Tuesday, July 21, 2015

Normal Ke Alahan Semasa Mengandung Sampai Muntah 10 Kali Sehari?

Saya langsung tak ada alahan semasa mengandungkan Iman Nasuha dulu. Bersyukur sangat, sebab tengok ada kawan lain yang mengandung jugak masa tu Ya Allah alahan dia teruk sangat.. kadang-kadang sampai lembik terlantar dekat surau office..



Hampir 80% wanita sebenarnya akan mengalami alahan semasa mengandung, cuma bezanya teruk atau tak teruk sahaja.

Ada yang hanya berasa loya di waktu pagi.

Ada yang loya di waktu petang dan malam.

Ada yang loya sepanjang masa, tapi tak muntah-muntah.

Ada yang loya sikit, tapi muntah berkali-kali sampai lembik.


Ada yang kata loya lagi teruk dari muntah berkali-kali, sebab lepas muntah akan rasa lebih lega, tapi loya ni…. macam jadi tak selesa dan moody sepanjang hari lah sebab tak tahan (nak muntah ke taknak muntah ni?) lebih kurang persoalan dalam kepala..

Walaupun mak-mak mungkin rasa muntah lagi elok dari loya, BabyCentre cakap muntah berlebihan lebih membahayakan.

Muntah berlebihan boleh menyebabkan:

  1. Tekanan pada kandungan bila perut asyik kecut kendur nak keluarkan isi perut
  2. Orang yang selalu muntah dah tak lalu atau takut nak makan, sebab asal makan je akan keluar lagi dengan penuh terseksa. Jadi badan kurang khasiat dan zat, terus jadi lemah longlai tak bermaya
  3. Muntah berlebihan (kalau dah sampai 10 kali sehari tu…) boleh menyebabkan badan kurang air. Ada yang sampai terpaksa masuk wad supaya boleh pasang “drip” air sebab badan dah terlalu terhidrat.


Selalunya kalau ibu mengandung muntah-muntah, tak perlu tunggu sampai 10 kali sehari pun dah disarankan untuk berjumpa dengan doktor supaya keadaan tak jadi lebih teruk.

Selalunya doktor akan berikan “Oral hydration salt” untuk retain air dalam badan, dan mungkin prescribe vitamin2 yang boleh membantu.

Selain itu, ibu yang tahu diri sedang mengandung peringkat awal pun dah boleh ambil langkah berjaga-jaga di bawah kalau ada rasa loya atau nak muntah supaya tak melarat-larat:

Tips Atasi Muntah dan Alahan Semasa Mengandung 


#1 Makan dalam kuantiti sedikit, tetapi kerap


Memang serik kalau asal makan aja terus muntah atau loya, tapi tahu tak perut kosong lebih mudah untuk buatkan ibu mengandung rasa lebih teruk? 

Perut yang kosong buatkan angin gastrik lebih banyak keluar dan badan terasa lebih berangin, dan boleh buatkan rasa loya yang melebih-lebih.

Tak perlu tunggu waktu lunch atau dinner, sediakan biskut kering atau kudapan ringan berkhasiat untuk gigit-gigit ber”snek” sementara tunggu nak menghadap hidangan lengkap.

#2 Cuba kenalpasti punca ataupun “trigger” kepada alahan


Kebanyakan ibu akan mempunyai “trigger” tersendiri yang boleh sebabkan alahan tiba-tiba. Ada yang alahan sekitar 2-3 jam sebelum makan tengah hari, ada yang alahan disebabkan bau tertentu, etc.

Dengan tahu punca alahan, lebih mudah untuk ibu cuba untuk elakkan atau kurangkan potensi alahan dari berlaku..

#3 Bau lemon boleh membantu


Sesetengah ibu berkongsi yang alahan lebih terkawal bila cium bau lemon banyak-banyak, hehe. Ibu boleh cuba untuk letakkan hirisan lemon ke dalam air minuman untuk cuba membantu mengawal alahan

#4 Vitamin B6 boleh membantu



Pastikan Doktor anda dah berikan “go signal” untuk ambil vitamin, dan sekiranya anda amalkan set Kehamilan Shaklee, tak perlu risau sebab #4 ni dah buat. B Complex Shaklee memang salah satu vitamin wajib untuk ibu mengandung, siap dengan asid folik yang penting untuk bayi

#5 Rehat yang mencukupi


Stress dan rehat yang tak mencukupi boleh menyebabkan ibu diserang alahan dan kepenatan yang melampau. Ambil cuti dari ekerja untuk dapatkan rehat yang sepatutnya sekiranya perlu.

#6 Legakan perut dari asid


Salah satu sebab yang buatkan “ombak” mual menyerang kerap (terutamanya ibu mengandung) adalah angin badan yang melampau. Untuk legakan angin, ibu boleh ambil makanan berhalia, minum air halia, atau kalau malas sangat atau tak suka dengan halia (macam saya), boleh cuba amalkan Peppermint Ginger Plus yang berfungsi untuk legakan angin. 

Saya baru cuba amalkan lately and Alhamdulillah, lepas makan memang sendawa bersungguh-sungguh

#7 Tarik nafas panjang


Tak pasti apa saintifiknya, tapi ada juga ibu yang berkongsi beberapa nafas panjang sewaktu alahan menyerang boleh memberi “kelegaan” terhadap rasa nak termuntah tu..


 Apa-apapun, selalunya alahan akan hilang sewaktu masuk trimester kedua. Hanya 15% ibu sahaja yang akan mengalami alahan sepanjang 9 bulan mengandung, itu pun tak berterusan.

Anggap lah alahan ni antara pahit manis proses mengandung - no pain, no gain kata orang. Cuma tak perlu lah terlalu biarkan badan terseksa sampai boleh membayakan kandungan.

Semoga tips-tips di atas berguna untuk ibu, dan untuk ibu yang belum tahu lagi vitamin mana nak diambil sepanjang tempoh hamil ni, saya syorkan cuba Set Mengandung Shaklee - saya dah guna dan sangat berpuas hati - boleh baca benefit yang saya pernah rasa di coretan saya dulu..

Jangan tunggu-tunggu lagi untuk hubungi saya dan dapatkan vitamin anda hari ini. 

Mana lah tahu boleh bantu dengan alahan pulak kan....

Boleh juga terus beli dengan Shaklee dengan klik butang di atas..


Putri Zulaikha Amin,
SID 917819
017-6021189



Wednesday, July 8, 2015

Ada Ke Tanda Penyakit Gout Untuk Berjaga-Jaga dan Elak Sebelum Teruk?

Bila tanya kawan-kawan yang masih dalam lingkungan 30 tahun dan kena gout, mereka feedback memang tak sangka kena gout terlalu awal.

Iya lah, dulu tengok orang tua-tua aja yang kena gout kan..

Mereka cakap, kalau lah tahu ada tanda-tanda penyakit gout supaya boleh terus ambik langkah-langkah yang sepatutnya supaya gout tak jadi lebih teruk.

Kalau lah tahu..

Persoalannya, ada ke tanda-tanda penyakit gout peringkat awal?



Malangnya, menurut WebMD, penyakit gout yang disebabkan oleh mendapan asid urik di sendi kadang-kadang tak dapat dijangka sehinggalah “serangan” berlaku.

Pelbagai Variasi Tanda Penyakit Gout

Kebanyakan orang akan rasa kesakitan yang amat setiap kali serangan gout berlaku. Selepas fasa “serangan” tamat, dah tak sakit dah sampai la “serangan” seterusnya.

Ada orang sakit gout hamper sepanjang masa, bukan ikut masa serangan. Kesakitan mungkin tak berapa teruk, tapi berpanjangan, sampaikan orang ingat hanya sakit sendi biasa saja.

Gout pula menyerang sendi-sendi yang berbeza pada setiap orang. Ramai yang kena serangan di sendi kaki, tapi ada juga yang di jari tangan, siku, lutut, pergelangan tangan, dan sebagainya.

Macam kisah kawan saya ni, ayahnya menderita gout teruk yang setiap kali serangan, sampai tak mampu bangun dari katil. Alhamdulillah sekarang dah lebih baik keadaannya.

Kenapa Ramai Nak Tahu Langkah Awal Untuk Cegah Gout


  • Sekiranya ibu bapa kita ada sejarah gout, kita pulak ada risiko 20% untuk lebih terdedah kepada serangan gout
  • Kalau sebelum ni gout lebih kerap menyerang golongan tua, trend sekarang ni dah lain. Disebabkan pelbagai faktor seperti masalah obesiti di kalangan orang muda-mudi, pengambilan alkohol dan tekanan darah tinggi buatkan lebih ramai orang muda yang mendapat serangan gout.
  • Wanita lebih mudah diserang gout selepas menopaus.

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati


Bila dah lebih faham tentang sebab-sebabterjadinya gout, sebenarnya ada langkah-langkah mudah untuk sediakan badan kita supaya tak terjerumus pada kancah gout yang teruk.

Antaranya:

#1 : Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 3L sehari. Bila badan kurang air, proses perkumuhan akan terganggu dan asid urik dari badan mungkin tak dapat dikeluarkan dengan efektif. Lama-kelamaan, jika asid urik ni terus-terusan tak dibuang, mungkin mendapan akan mula terbentuk dan menyebabkan gout satu hari nanti, kan?

#2 : Sekiranya berat badan berlebihan, boleh cuba untuk kurangkan berat supaya BMI kembali pada paras sihat. Kajian dah sahkan yang orang yang BMI obese lebih berisiko untuk kena serangan gout.

Untuk kuruskan badan dengan sihat supaya tak kena yo-yo efek, boleh tengok tips sihat kurangkan berat yang saya pernah kongsikan dulu.

Shaklee pun ada offer set Kurus Badan yang inshaAllah bukan sahaja buat berat jadi lebih sihat, tapi beri banyak lagi kesan baik yang lain yang tak disangka-sangka!

#3 : Bagi yang pernah terkena serangan gout, boleh cuba amalkan set Gout Shaklee yang berfungsi untuk:

  • Kekalkan paras air dalam badan supaya asid urik dapat disingkirkan dengan elok;dan
  • Kurangkan radang sendi supaya sakit tak begitu teruk

Kalau ada bajet lebih, boleh cuba Vivix, atau cuba set Gout untuk yang mungkin ada masalah kekangan wang. Baca lebih lanjut berkenaan Vivix dan set gout di sini.

Untuk yang berminat untuk membeli Vivix / Set Gout menggunakan kredit kad (tak perlu lagi bank-in kepada agen), boleh klik dan beli terus dari Shaklee dengan tekan link di bawah:







Jangan tunggu lama sampai tiba-tiba dah kena gout! Hubungi saya sekarang untuk dapatkan set gout anda..

Putri Zulaikha Amin
SID 917819
0176921189












Friday, July 3, 2015

3 Cabaran Ibu Bekerja Yang Confirm Gagalkan Niat Nak Menyusu Badan

So...

Dah melahirkan anak, dah habis berpantang, now it's time to go back to work.

Takut? Risau? Semangat? Sekarang dah bertukar status jadi seorang ibu, apa agaknya cabaran ibu bekerja yang mungkin akan kita hadapi?


Masalah #1 : Bos yang Tak Berapa Memahami


Cabaran ibu bekerja yang pertama adalah jenis bos yang bila kita hilang seminit, dia cari.

Kita duduk tercongok kat meja berjam-jam tu, tak ada pulak dia kacau. Alih-alih bangun nak pergi pam susu sekejap, aik terus bunyi telefon cakap ada urgent things to discuss.


Solusi: Talk to your boss dan fahamkan dia.


Mungkin bos tak tahu rutin seorang ibu menyusu? Tak tahu yang perlu mengepam kalau tak breast akan bengkak dan sakit dan mungkin kena infection, akhirnya MUNGKIN terpaksa ambik MC?

Mungkin bos pun sebenarnya bukannya kisah sangat kita keluar sekejap, tapi takut apa pulak kata orang lain?

Mungkin bos nervous, tak tahu nak expect berapa lama kita akan pergi mengepam, berapa kerap (setiap jam akan hilang ke atau macam mana).. Kalau bos kita seorang yang control-freak, berada dalam keadaan "tak tahu" adalah agak stress so dia pun kacau lah kita.

So talk to your boss, dan fahamkan dia.

Fahamkan dia yang:

1. Kita sedang cuba berikan yang terbaik untuk bayi dan diri sendiri. Dengan breastfeeding, pakar sependapat yang kesihatan imunisasi bayi akan lebih baik, so bayi akan kurang jatuh sakit so anda tak perlu lah sentiasa dalam keadaan risau dan terpaksa ambil cuti untuk jaga anak sakit.

Win-win for both.

2. Penyusuan bayi tanpa bayi (iaitu melalui pengepaman susu) memerlukan kita untuk sentiasa beritahu breast yang "demand" masih ada. Jadi memang perlu untuk kita keluar pam susu dalam jangka waktu yang tertentu dan boleh kata agak "fixed" setiap hari.

Bincang dengannya waktu-waktu yang kita have in mind, dan tanya pendapat sekiranya waktu tersebut tak sesuai.

3. Beritahu juga jangkamasa mengepam supaya beliau tahu dan boleh agak-agak kita ni sebenarnya pergi mengepam susu ataupun pergi mengulor..

Kebanyakan Bos akan memahami selepas difahamkan.. Sekiranya anda memang memiliki Bos yang pro-breastfeeding, tahniah. Lebih mudah lah urusan anda nak pergi mengepam.

Tapi, kalau dah diterangkan Bos masih jugak muka masam tak setuju kita ambil masa pergi pam, apa nak buat?

Invest dalam Pam Susu Canggih, Mudah Bergerak dan Ringan dan Pakaian Mesra-Breastfeeding


Untuk apa?

Supaya senang nak pam susu di tempat kerja.

Sewaktu mengandung, kita dah boleh assess dah Bos jenis macam mana, dan keperluan kerja sama ada boleh tak kita nak menyelit keluar sekejap.

Kalau kerja jenis meeting terus-menerus, gap cuma setengah jam untuk tulis nota, then mungkin kita akan ada masalah untuk keluar mengepam, bukan?

Banyak pam susu yang tujuannya untuk memudahkan pergerakan ibu sewaktu mengepam.

Ada yang designnya kecil, tak perlu disambungkan pada plug, seperti Freestyle.

Ada yang designnya tidak berbunyi dengan kuat. Ada yang "collection cup" seperti brand Freemie yang boleh terus selit dalam bra, tak perlu guna botol.

Baju menyusu yang hanya perlu selak sedikit sahaja pun dah berlambak-lambak sekarang supaya ibu tak perlu selak sampai nampak perut dan pusat kalau nak mengepam.

Semuanya untuk memudahkan ibu pam secara "discreet" tanpa perlu bangun dari meja.

Cuba explore dan kumpul wang sedikit-demi-sedikit untuk invest dalam peralatan-peralatan di atas.

InshaAllah tak rugi sebab boleh digunakan untuk anak-anak yang akan datang (ecewah) but the point is, tak perlu terlalu kedekut untuk berikan yang terbaik untuk anak kita.

Tahu kan penghasilan susu ibu berkait rapat dengan emosi dan tahap stress?

Jadi bayangkan kalau setiap kali nak pam susu kat office je ibu dah stress takut kena marah, pam cuma sebelah so instead of 20 minit, terpaksa ambil 40 minit untuk dua belah breast.... susu pun malu-malu nak keluar.

Bertambah-tambah stress.

Not very good, kan?

Masalah #2 : Orang Lain yang Dok Perli


So sekarang peralatan mengepam dah canggih, bos dah understanding..... senanglah hidup.

Yes?

Urm... mungkin tak.




Pengalaman saya sendiri yang sedang menyusukan anak berumur 1 tahun 5 bulan ni adalah... mak-mak lain pulak yang dengki ke apa entah tengok kita dok mengepam dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Alah, akak dulu menyusukan 6 bulan je..lepas tu malas.

Eh, masih menyusu ke? Tak elok tau, nanti dia tak belajar tidur malam..anak akak 3 bulan dah tidur malam..

Rajinnya.. (sinis)

Orang cakap lepas setahun dah okay dah kalau nak berhenti... takkan nak jadi lembu forever?


Untuk ibu yang memang teguh pendirian, memang komen-komen macam ni masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Tapi saya pernah dengar perbualan macam ni di surau, dan ya Allah kesian tengok ibu yang diserang tu terkebil-kebil dan akhirnya terpaksa keluarkan kenyataan yang dia pun tengah "plan" nak berhenti..

Solusi : Jauhi mak-mak ni


Senyum, cakap terima kasih dan beritahu anda memang tak menyusukan sampai XX bulan / tahun.

Kalau tak tahan, tolong cuba jauhkan diri dari berbual dengan mak-mak jenis macam ni.

Salah satu faktor kejayaan penyusuan ibu adalah persekitaran yang menyokong, dan kita yang mungkin berada dalam lingkungan mak-mak negatif ni sangat tak membantu.



Masalah #3 : Nampak susu macam sikit... dah tak cukup kot? Topup Lah


Antara perbezaan ibu yang duduk rumah dan direct feeding versus ibu bekerja yang mengepam sangat-sangat mempengaruhi mindset ibu:


  • Direct feeding tak perlu buat stok. Bila bayi nak, suapkan aja sampai dia kenyang. Ibu bekerja sudahlah kena pam, kena buat stok jadi agak stress bila stok nampak macam makin berkurangan.
  • Pam susu adalah kurang efektif jika nak dibandingkan dengan hisapan bayi. Bayi hisap akan dapat lebih banyak susu, tapi bila pam, kuantiti susu bergantung pada saiz corong, berapa efektif pam kita dan sebagainya. 

Kadang-kadang, bila pam nampak macam sikit, tapi bayi menyusu "direct" cukup aja.. 

Tapi sebabkan kita bekerja, terpaksa buat stok so yang sikit tu seolah-olah tak cukup.

Bila tak cukup....kebanyakan ibu yang tak tahu akan terus campur dengan susu formula.

Campur susu formula = less demand untuk breast = makin kurang susu = lama-lama tak ada susu!

Niat nak menyusukan pun gagal.

Solusi: Pejam mata pada hasil pam, buat masa ini. Buat pelbagai perkara yang boleh meningkatkan kuantiti susu.

Jangan skip jadual mengepam. Agak-agak nampak macam bila pam macam berkurangan, kalau boleh tambahkan kekerapan mengepam. Makin banyak pam, makin banyak susu sebab breast ingat bayi mintak lebeh.. hewhew jom tipu breast kita

Buatkan power pumping. Baca macam mana nak buat power pumping di sini. Untuk yang beli peralatan menyusu canggih macam freemie dan freestyle, boleh power pumping sambil kerja pun. No problem.

Pastikan badan sihat dan bertenaga dan tidak stress. Kesihatan badan ibu mempengaruhi kerajinan ibu mengepam susu, dan emosi ibu akan signal pada badan berapa banyak susu nak dihasilkan. banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan kudapan yang sihat.

Jika mempunyai duit lebih, boleh belanjakan pada makanan tambahan supaya kalau tak terasa macam rutin makanan adalah sihat, suplemen ni boleh topup mana yang patut. Kita adalah wanita on a mission, so buat segala yang patut supaya misi berjaya. Saya makan Shaklee, semulajadi dan berkesan untuk saya alhamdulillah so far masih okay..

Kenali milk-booster yang sesuai dengan badan. Ada orang susu bertambah bila ambil halba, orang lain mungkin tak. Know your body.




Tu je Top 3 cabaran ibu bekerja yang saya dengar sepanjang menyusukan Iman Nasuha ni...

Doa saya untuk ibu-ibu supaya tak mudah menyerah kalah, sebab penyusuan ibu walaupun tak mudah, tapi sangat-sangat dituntut dan inshaAllah bermanfaat untuk ibu dan bayi sekali.

Kalau teringin nak cuba set menyusu Shaklee atau pun nak tanya-tanya dulu tengok perlu atau tak, jangan segan nak whatsapp / call saya di 017-6021189. Jom kita sama-sama jayakan misi penyusuan kita, jom!

Putri Zulaikha Amin
SID 917819
017-6021189






Thursday, July 2, 2015

7 Tips Elak Gugur Kandungan Yang Tak Boleh Dipandang Remeh

Kegembiraan sewaktu disahkan hamil sangat tak terkata.. happy! Cahaya mata yang dinantikan setelah sekian lama dan doa yang dipanjatkan tak putus-putus akhirnya berhasil.. anda mengandung!

Tapi kegembiraan musnah apabila kandungan gugur. Tak tahu di mana silapnya, dah bermacam cara anda lakukan untuk elak gugur kandungan, tapi begini pula jadinya.

Sudahlah susah nak lekat, ni gugur pulak.

Muram dan mendung.

Tahu tak?


Statistik menunjukkan dalam setiap 5 wanita yang mengandung, satu kandungan akan keguguran. 20%.

Dari ini, 60% keguguran adalah disebabkan kecacatan genetik, yang tidak boleh dielakkan.

Walaupun keguguran selalunya bukan dalam kawalan ibu mengandung, pakar perubatan wanita dari Massachusette, Henry Lerner, seorang pengarang buku Miscarriage: Why it Happens and How Best toReduce Your Risks--A Doctor's Guide to the Facts menyatakan yang ibu-ibu boleh meningkatkan kejayaan kandungan dengan menjaga kualiti kesihatan badan.

Bagaimana?


PERTAMA: Bersenam dalam kadar yang sederhana 


Ramai yang percaya, bila mengandung aje dah tak boleh berjalan laju, bermain bola dengan anak kecil, jogging dan sebagainya.

Well, nak sertai marathon atau triathlon mungkin perlu fikir dua kali buat masa ni, tapi aktiviti senaman ringan yang lain seperti yoga, pilates dan sebagainya sebenarnya membantu melegakan simptoom-simptom ketidak-selesaan yang dialami seperti sakit pinggang.

Ahli perubatan berpendapat yang aktiviti senaman yang melampau (contohnya larian yang melampau) boleh meningkatkan suhu badan dan mengurangkan kadar aliran darah kepada fetus.

Untuk langkah berjaga-jaga, pilih senaman yang ringan dan tidak terlalu memberikan tekanan pada badan dan cuba elakkan senaman yang menyebabkan badan mungkin terhentak, terutamanya di bahagian abdomen (contohnya sukan terjun papan berenang atau menunggang kuda)

Tak payahlah nak menunggang kuda masa mengandung... bahaya!

KEDUA : Kurangkan, atau lebih baik lagi, tinggalkan alkohol dan rokok


Nampak macam perkara yang paling logik nak dielakkan sewaktu mengandung, kan? Tapi tau tak ramai ibu mengandung yang menganggap rokok sebatang sehari tidak akan memberi sebarang kesan pada kandungan.

Rokok, alkohol dan kafein bukan sahaja memberi kesan buruk kepada kandungan, tapi boleh menyebabkan keguguran. Dr Lerner mencadangkan tidak lebih dari 2 cawan kopi sehari untuk menjaga kandungan kafein yang diambil di awal kandungan.


KETIGA : Lakukan pemeriksaan doktor (sekiranya telah keguguran lebih dari 2 atau 3 kali)


Laporan dari American Society for Productive Medicine (ASRM) menyatakan walaupun dalam kes keguguran berturut-turut, 50% wanita akan berjaya mengandung semula dan melahirkan dengan selamat.

Maksudnya sekiranya ibu keguguran dua atau tiga kali berturut-turut selepas 20 minggu kandungan, cepart-cepat berjumpa dengan doktor untuk mengadakan pemeriksaan sebelum mencuba untuk hamil lagi.

Mungkin anda mempunyai masalah genetik dan sebagainya yang memerlukan pendapat dan bantuan perubatan professional.

KEEMPAT : Kekal Positif


Ingat statistic di atas dan laporan dari ASRM? Keguguran kandungan tidak bermakna ibu akan terus-menerus gugur dan gagal mendapatkan zuriat.

Emosi ibu turut mempengaruhi kesihatan bayi jadi bayangkan kalau ibu stress dan risau sebaik sahaja dapat berita tentang kehamilan dek risau mungkin gugur? Not good.

KELIMA : Sediakan “medium” yang sihat untuk fetus sebelum mengandung


Asid folik dinyatakan membantu menyediakanzat dan nutrisi yang sihat untuk perkembangan fetus. Ibu disarankan untuk mula ambil sekurang-kurangnya 400mg asid folik dua bulan sebelum mengandung.

Maksudnya… ambil saja asid folik mulai dari sekarang, walaupun anda belum kahwin pon! Bersedia lebih baik daripada mengubati later. Pilih asid folik yang selamat dan semulajadi.

KEENAM : Amalkan makan seimbang dan berkhasiat


Walaupun mungkin di awal kehamilan banyak loya-loya dan alahan, ibu tak boleh terlalu menurutkan hati dengan tak makan langsung. Fetus memerlukan zat untuk berkembang dengan sihat.

Ibu yang mempunyai masalah rahim lemah juga memerlukan protein untuk bantu dinding rahim kuat dan janin tidak “gugur” dari dinding.

Apatah lagi yang mempunyai sejarah keguguran hingga dua tiga kali – sangat penting untuk pastikan badan sihat dan optimum.

Sebaik sahaja disahkan mengandung, doktor akan berikan pil asid folik dan obimin (multivitamin) serta pil kalsium.

Makan semua.

Jangan skip supplemen-supplemen ini walaupun anda rasa anda dah makan berkhasiat. Ibu mengandung memerlukansesetengah nutrient dalam kadar yang lebih dari biasa.

Jika anda lebih suka untuk ambil suplemen yang dibuat dari bahan semulajadi, boleh cari alternatif tapi bottom line, don’t skip your supplements.

KETUJUH : Hati-hati sewaktu bersama suami di awal kehamilan


Walaupun tidak terdapat banyak kajian yang mengesahkan hubungan seksual di awal kehamilan boleh menyebabkan keguguran, ramai juga yang mengadu mereka keguguran selepas melakukan hubungan seksual.

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan hubungan seks di awal kehamilan sehinggalah kandungan stabil.



Memang perit perasannya kalau tak mampu elak gugur kandungan setelah sekian lama menanti. Sudahlah sedih, kadang-kadang orang sekeliling pun tidak menunjukkan sokongan yang sepatutnya.

Saya doakan semoga ibu-ibu di luar sana berjaya mendapatkan zuriat dan semoga tips-tips di atas memberi manfaat.

Semoga dikurniakan kesabaran dan jangan berhenti berusaha dan berdoa.


Putri Zulaikha Amin,
SID 917819
0176021189










Kejang Kaki Semasa Mengandung Sampai Bangun Tidur Malam Menangis..Ini Mungkin Membantu

Kejang kaki semasa mengandung (atau tak mengandung sekalipun) adalah salah satu benda yang mengerikan dan let's be honest, tak ada siapa yang mahu tengah syok-syok tidur, sekali kaki macam ada orang sentap dan terus jadi keras dan rasa sakit kalau bergerak sikit sakit berganda-ganda.

Tak ada.

Tapi ni lah masalah yang sering dihadapi, terutamanya untuk ibu-ibu yang sedang hamil.



Apa Sebenarnya Kejang Kaki Ni?


Kejang kaki boleh terjadi bila otot pada kaki menjadi tegang, yang boleh disebabkan oleh kekurangan air, ketegangan otot, kecederaan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, penyebab kepada kejang kaki semasa mengandung tak dapat dikenalpasti dengan jelas, tapi menurut website ini, wanita mengandung lebih kerap mengalami masalah kejang kaki kerana:


  1. Perubahan aliran darah sewaktu hamil
  2. Berat badan yang meningkat sewaktu mengandung memberikan lebih tekanan kepada otot kaki
  3. Kandungan yang makin membesar menekan salur darah dan urat ke arah kaki

Bila Kejang Kaki Sering Menyerang?


Bila-bila masa, tapi lebih kerap pada waktu malam atau waktu tidur, dan lebih menyakitkan di trimester akhir kandungan.

Apa Nak Buat Untuk Elakkan Kejang Kaki?


Sadly, kita tak akan tahu bila kejang kaki akan menyerang jadi untuk totally prevent, mungkin tak berapa logik.

Langkah untuk mengelakkan dan mengurangkan kekerapan kejang kaki, however, are available.


1) Regangan Otot


Sebelum tidur, boleh buat senaman ringan untuk meregangkan otot-otot kaki dan betis. Berdiri satu meter dari dinding dan hulurkan tangan ke depan sehingga menyentuh dinding, dan sandarkan berat badan kepada tangan. Pastikan tapak kaki rapat ke lantai. Anda akan dapat rasakan sedikit regangan di bahagian otot kaki. Tahan selama 10 saat, dan ulang selama 5 minit.

2) Kekal Aktif


Kalau boleh, cuba elakkan daripada duduk atau tidak bergerak dalam jangka masa yang lama. Ini menyebabkan darah terkumpul di kaki dan boleh menyebabkan otot menjadi tegang.

Kalau bekerja di ofis, setiap setengah jam boleh lah ke tandas atau pun bangun dan buat regangan ringan.

Kalau di rumah, tak perlu asyik tidur. Saya percaya ada banyak juga perkara yang boleh dibuat kan? Kurang-kurang, pusing-pusing rumah untuk mengagumi kebersihannya pun boleh menambahkan pergerakan, hehe

Tak perlu lah sampai nak check atap cantik atau tak untuk kekal aktif pulak... 

3) Ambil suplemen kalsium yang mengandungi magnesium


Sesetengah kajian mencadangkan pengambilan magnesium bagi mengelakkan kejang kaki. Kebanyakan suplemen kalsium dah dilengkapi dengan magnesium, tapi awas ada juga yang tidak jadi anda perlu memilih dengan bijak. Boleh tanyakan kepada doktor suplemen yang sesuai untuk masalah ini.

Dulu, waktu saya mengandung, saya amalkan Ostematrix dari Shaklee, sejenis suplemen kalsium yang dilengkapi dengan magnesium. Alhamdulillah memang kejang kaki sangat kurang, dan ada satu minggu yang saya tak amalkan suplemen ni (sebab malas), kejang kaki memang jadi banyak kali. Boleh baca pengalaman saya di sini. Saya cadangkan kalau tak tahu sangat mana nak cari kalsium-magnesium yang elok, boleh cuba ambil yang saya pernah cuba ni. Alhamdulillah berkesan.

4) Minum air 3L


Maksudnya, jangan biarkan badan dehidrat. Pastikan bendalir cukup dalam badan supaya otot pun tak kurang air. Minimum sekurang-kurangnya 3L air sehari, jadi tips paling senang nak minum air adalah dengan pastikan kita sentiasa bawak botol air ke mana-mana. Kalau boleh, botol air biar bertanda berapa kapasitinya (ie. 1L ke, 2L ke) so bila kita dah habis minum rasa motivated dan tahu berapa liter lagi nak kena minum untuk cukupkan kuota harian.

Saya sharekan jugak tips mudah untuk minum air 3L dalam badan di bawah:


5) Mandi air suam sebelum tidur / sapu lotion panas ke kaki


Dua-dua saranan ni adalah untuk bantu otot kaki lebih relaks sebelum tidur. Boleh cuba.


Itu sahaja. Saya yang pernah rasa kejang kaki semasa hamil ni memang kalau boleh serik tak mahu dah kena lagi.. sakit sangat sangat tau, boleh meraung kalau salah cara kena. Syok kan kalau next time kita mengandung, tak kena cramp kaki lagi? Hubungi saya kalau anda rasa macam nak cuba ostematrix ni, ya (017-6021189). Saya boleh cadangkan juga suplemen lain yang turut sesuai untuk atasi sembelit, rahim lemah dan sebagainya.

Putri Zulaikha
SID 917819
017-6021189





Wednesday, July 1, 2015

Ubat Untuk Gout Supaya Ayah Boleh Berlari Kejar Cucu

Bapa mertua saya mempunyai sakit gout. Ubat untuk gout bersepah, tapi seolah-olah tak berkesan. Mungkin salah ayah sendiri yang sukar nak jaga makan.. Bila seleranya naik, dibelasahnya apa-apa sahaja tak ingat dunia.

Kalau telefon, seringkali dengar beliau demam dan sakit-sakit kaki. Kadang-kadang beliau tipu di telefon cakap kesihatannya okay, tapi kita anak yang dengar tahu lah. Mak pun cakap kadang-kadang ayah terbaring tak boleh ke tandas sampaikan abang terpaksa pikul. Teruk sangat bila goutnya menyerang.

Kerapkali juga ayah ke klinik untuk “cucuk” bila gout datang yang tak boleh nak tahan. Bila cucu balik pun, malas nak main dengan atoknya sebab atok asyik "duduk" saja. 


Huhu..

Saya tahu ramai lagi anak-anak yang bapanya mungkin gout lebih teruk smpai kena cucuk setiap hari / minggu. Jadi saya nak kongsikan ubat untuk gout alternatif semulajadi yang mungkin boleh bantu perbaiki situasi..

Sebelum tu...

Kenapa Gout boleh terjadi?


Puncanya adalah lebihan asid urik dalam badan yang termendap di sendi-sendi. Dua sebab utama:
  • Intake asid urik yang berlebihan
  • Kegagalan buah pinggang menyahkan asid urik dari badan

Faktor keturunan, pengambilan makanan tertentu, obesiti, pengambilan alkohol, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik iaitu ubat untuk buang air dan garam dalam badan boleh menyebabkan dua perkara di atas

Asid urik yang berlebihan ni lama lama dia akan semakin banyak.. dan banyak.. dan banyakk.. dan..termendap di sendi-sendi menyebabkan bengkak dan radang, dan mungkin juga boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang (batu karang).

Gout Boleh Menyerang Bila-Bila!


Tak seperti penyakit lain, gout boleh menyerang badan pada bila-bila masa. Kadang-kadang tu, tak tahu pun apa sebabnya tiba-tiba dah gout lagi. Secara umum, gout mungkin menyerang sekiranya:

  • Badan kekurangan air i.e. orang berpuasa atau kurang minum air. Bila badan kurang air, proses perkumuhan toksin akan terjejas
  • Kecederaan sendi
  • Makan makanan yang tinggi asid urik seperti seafood..


Disebabkan serangannya yang entah bila nak datang ni, penting untuk bantu badan kurangkan “peluang” gout menyerang..

Bagaimana Shaklee Membantu Gout

Shaklee memberikan nutrisi untuk:
  • Membantu mengurangkan kesakitan ketika gout menyerang
  • Membantu mengurangkan frekuensi serangan


Untuk yang mempunyai bajet tinggi, saya amat syorkan Vivix. Untuk anda yang ingin cuba dulu Shaklee dan rasa kesannya, boleh mula dengan Set Gout Shaklee alternatif yang lebih murah dan mampu milik.

Saya ada kongsikan dalam artikel lalu bagaimana Alfalfa, Performance Drink dan Omega Guard (Set Gout Shaklee Alternatif) boleh membantu pesakit gout secara spesifik. Ada juga yang dah cuba dan rasa keberkesanan set ni:



Bagaimana Nak Dapatkan Set Gout Ini Sekarang Tanpa Perlu Hubungi Siapa-Siapa?

Mudah sahaja. Seperti yang saya ceritakan dalam artikel yang lalu "Beli Produk Shaklee Tanpa Melalui Agent", anda boleh terus membeli produk Vivix atau Set Gout di sini.

Jika anda ingin cuba Vivix, klik butang dibawah untuk dapatkannya sekarang.


Sekiranya anda mempunyai masalah budget tapi masih hendak cuba supplemen gout, boleh beli Set Gout Shaklee alternatif di bawah. Harga set alternatif ini hanyalah RM288.59 termasuk GST. 






Sekiranya anda masih ingin bertanya berkenaan produk dan sebagainya sebelum membeli, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di 017-6021189 untuk bantuan. Apa salahnya belanjakan sedikit wang untuk membantu perbaiki kualiti hidup orang tersayang..


Nama : Putri Zulaikha

Phone / Text Message / Whatsapp : 017-6021189
Facebook Page : Add Sihat on Saudagar Untamu dan private PM





Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com