Friday, June 26, 2015

Cara Tahu Jantina Baby Dalam Kandungan Yang Melucukan.. Tapi Mungkin Berkesan?

Untuk yang dah mempunyai anak, ingat lagi tak waktu sedang mengandung? Ramai pasangan yang tak sabar-sabar nak tahu jantina baby sampai tercuba-cuba bermacam cara yang kadang-kadang macam tak logik pun ada!

Ada jugak orang-orang melayu teka menggunakan bentuk perut dan sebagainya..

Sebenarnya, kenapa nak tahu sangat jantina baby sebelum lahir ye?

Saya teka aja (saya nak tahu jantina Iman Nasuha dulu sebab ni...)


  • Mudah nak shopping dan decide nak beli skirt ke seluar panjang, warna pink gegurl atau biru boys (tak mahu lah warna natural kan..)
  • Senang nak google macam mana cara nak jaga.. ie. kalau boys kan kena pakai socks lebih lama, kalau boys kena bersiap sedia mungkin kena "pancut" ke muka, dan sebagainya
  • Untuk nak cari nama! Nak pilih dan settle on one name pun dah lama... so bayangkan kalau kita tak tahu yang akan lahir tu lelaki atau perempuan.. perlu pilih dan sediakan dua nama tau!
  • Sebab orang selalu tanya.. hehe...

Anyway! Saya senaraikan beberapa cara yang kononnya boleh membantu kita tahu jantina baby sebelum lahir lagi untuk suka-suka... cuba lah mana tahu berkesan, ye dak? 




Denyutan Jantung Bayi


Orang cakap denyutan jantung janin melebihi 140 denyutan sesaat menandakan bayi perempuan, dan kurang dari 140 adalah lelaki. Jadi waktu anda berjumpa doktor untuk next check-up, minta doktor beritahu berapa denyutan jantung baby anda tau!

Jenis craving atau mengidam


Anda jenis orang yang mengidam makanan manis seperti aiskrim.. atau makanan masam dan masin seperti asam, mangga muda dan sebagainya?

Kalau manis, sila beli skirt sekarang dan barang-barang berwarna pink.

Kalau lebih kepada mangga muda... jauhi pink. Hehe.

Seri Ibu Mengandung


Kalau sewaktu mengandung terasa macam sering dapat pujian anda berseri-seri dan cantik, kemungkinan anda mengandungkan anak perempuan..hehe

Kalau tak dipuji, masih lagi okay. 50-50.

Kalau dikutuk buruk... oh oh.. mungkin lelaki?

Jangan pula sampai begini semata-mata nak baby girl pulak..

Gantung Cincin dengan Tali


Sesetengah ibu suka nak gunakan teknik di atas lebih kepada "fun". Caranya:
1. Cabut cincin dan gantung dengan tali atau benang
2. Angkat hujung benang dan biarkan tergantung di atas perut ibu.
3. Sekiranya cincin bergerak ke depan dan ke belakang, dipercayai ibu mengandung anak lelaki.
4. Sekiranya cincin bergerak dalam keadaan melintang, kemungkinan bayi dalam kandungan is a girl!

Morning Sickness


Anda mempunyai masalah "morning sickness" yang teruk? Kemungkinan anak anda adalah girl...

Kelakuan Ibu


Selalunya, ibu akan berkelakuan mirip jantina anak yang dikandungkan. Contohnya sekiranya ibu mengandung anak lelaki, kelakuannya akan lebih lasak dan lebih suka melihat permainan budak lelaki berbanding budak perempuan.

Ultrasound


Cara yang paling tepat dan lebih "reliable" adalah dengan mengadakan ultrasound untuk check jantina.


Apa-apa pun, yang paling penting adalah kandungan dalam keadaan sihat, tak kisah bayi lelaki atau bayi perempuan. Semua ibu bapa inginkan anak yang dilahirkan sempurna dan cergas, dan tempoh mengandung merupakan waktu kritikal untuk membina organ-organ penting bayi anda.

Selain daripada memastikan makan makanan yang bernutrisi tinggi, ibu hamil juga sangat digalakkan oleh pakar perubatan untuk menambahkan kualiti nutrisi dengan pengambilan supplemen khas untuk ibu mengandung.

Saya syorkan Set Mengandung Shaklee yang dibuat dari bahan semulajadi untuk mengurangkan komplikasi sewaktu hamil seperti sembelit, anemia dan sebagainya. Untuk beli, boleh klik pada butang "Order Sekarang" di bawah, dan set vitamin anda akan dihantar terus ke rumah anda.




Bagi yang mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan set Hamil ini sama ada untuk isteri sendiri atau adik mahupun diri sendiri, boleh hubungi saya di 017-6021189. Kita borak-borak dulu :)

Selamat meneka jantina baby dalam kandungan dan selamat menjaga kandungan anda dengan baik! Tak perlu risau untuk melaburkan sedikit wang supaya baby berkembang elok dan dapat zat yang cukup.. kita pun happy baby membesar dengan sihat inshaAllah.. :)


Putri Zulaikha
SID 917819
017-6021189

1 comment:

  1. Saya masa hamil ank sulong mmg lasak...setiap kali check up balik rumah jln kaki..padahal tgh sarat tu..sampaikan ramai jgk yg offer nak tumpangkn..scan n keluar perempuan..

    ReplyDelete

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com