Monday, June 8, 2015

Anak Cerewet Makan? Tips Mudah Faham Mudah Praktik ni Boleh Mengurangkan Stress Anda...

The topic for today is….Picky Eater! Kenapa anak cerewet makan dan nak makan benda-benda tah hape hapeee je memang memeningkan kepala ibu… termasuklah saya sendiri!

Masa Iman Nasuha mula-mula makan dahulu (lebih kurang 6 bulan), saya memang tak baca langsung tentang masalah budak memilih makanan ni sebab Iman basically makan apa saja yang saya suap.. mudah sangat kot. Bila saya dengar ibu lain merungut anak diorang susah makan lah memilih lah saya akan tunjuk muka simpati dan empati, tapi dalam hati… KAHKAHKAH



Sekarang KAHKAHKAH padan muka saya pulak!

Iman is now 1 year 4 months, and Ya Allah waktu nak kasi makan adalah waktu yang sangat menyeramkan pada saya sebab risau nak agak mood dia hari ni – makan ke tak makan, perang ke tak perang…

Sering juga saya mengadu pada suami tentang menu yang sesuai untuk saya berikan pada Iman untuk pastikan dia dapat karbohidrat, protein, vitamin, mineral yada yada yada yang lengkap dan cukup, so dengan brilliantnya akan come up dengan bermacam-macam menu toddler-friendly.. tapi tak semestinya toddler-happy… Contohnya?
  • Home-made chicken nugget with cheese… hello, siapa yang tak suka? Chicken + cheese is the best combination ever… tapi nope, ditolak mentah-mentah
  • Sup kentang + fish…. Pun harapan tinggal harapan
  • Kentang goreng – yang ni laku lah jugak, tapi bergoreng lah, not really at the top of the healthiest food list
  • Aaaannnddd many more..
Hasil masih tak memberangsangkan, good job mummy but not good enough!

Walaupun dengan homemade food yang saya sediakan, saya masih juga tak berjaya nak galakkan Iman Nasuha makan. Kadang-kadang seharian, hanya dua-tiga mulut nasi sahaja yang masuk. Susu pun dah tak berapa banyak.

Yang dia minat sangat is makan “lolat… lolattt” (Coklat mahal yang dibelikan oleh neneknya)..


Tak berapa nak makan pun, Saya tengok tenaganya macam makan 5 pinggan nasi.. melompat berlari sana sini, terjerit-jerit..

Bila bawa untuk check-up, beratnya naik cantik, siap dipuji doctor..

Mana dia dapat tenaga semua tu?

Cerewet Makan Adalah Normal!


Rupanya kanak-kanak yang memilih makanan adalah normal, terutamanya untuk budak yang berumur setahun ke atas (anak saya!). Kebanyakan pakar kesihatan / kanak-kanak berkongsikan tips yang serupa untuk membantu ibu-ibu yang susah hati macam saya ni menangani anak yang agak cerewet. Saya kongsikan tips-tips di-sini:

Pertama, Jangan memaksa anak makan

Antara kesalahan saya adalah suka nak paksa Iman makan pada waktu saya nak makan. Bila saya lapar, saya letakkan Iman di kerusi budaknya dan paksa dia makan nasi jugak..

Saya lupa yang tengah lapar tu saya, bukannya budak tu.

Logically, budak yang tak lapar memang tak akan mahu makan. Sekiranya anda terus-terusan memaksa, anak akan mula “associate” waktu makan dengan perkara yang menakutkan.. maka akan jadilah situasi jeritan kuat bila dia tengok anda mula nak angkatnya untuk duduk di meja makan.

Disarankan anda involve anak pada waktu makan (ie. anak turut sama duduk di meja makan, dihidangkan makanan) tapi sekiranya anak anda tak berapa bersemangat nak makan, let it be. Chances are he is not yet hungry, and forcing him to eat will only worsen the situation.

Fuh.. lega rasanya hilang pressure nak make sure anak makan sekali dengan kita! Kan?

Kedua, Kurangkan Gangguan Sewaktu Makan


Saya pernah jugak tengah syok-syok suap Iman makan (hari yang tiba-tiba semangat makan dia datang), tiba-tiba suami lalu sambil tayang-tayang mainan. Terus Iman tak mahu makan dah dan meronta-ronta nak bangun ambil mainan.

Naik hantu jugaklah aku ngan suami tu… grrr

Gangguan kehidupannya seperti mainan, TV, handphone yang tengah tayang youtube boleh buatkan anak hilang tumpuan terhadap pasta yang anda cuba suapkan tu dan teruja nak bermain. Jawabnya, kirim salam lah kat kau pasta…

Ketiga, Jangan Rasuah


Ye, budak-budak jangan diajar rasuah semenjak kecil.

Saya seboleh-bolehnya nak anak makan makanan yang sihat dan seimbang (mak mana yang tak?) jadi seboleh-bolehnya makanan yang tak berapa nak bermanfaat sepertu “lolat” dan junk food saya cuba kurangkan.

Tapi bila dua tiga kali tengok Iman Nasuha macam nak tak hendak aje makan, saya terasa macam nak “umpan” beliau makan nasik berlaukkan “lolat” kegemarannya.

Eh, bukan terasa, tapi macam dah buat pun.

Berjaya pulak tu… tsk tsk

Tapi saya diingatkan suami yang tabiat macam tu tak sihat. Saya sepatutnya lebih kreatif memancing minat Iman untuk makan.. Jangan kita sebagai mak bapak nak terjebak dalam kancah yang tidak bermoral ni pulak

Keempat, biarkan anak tentukan “selera”nya


Bukanlah dengan bermaksud kalau anak berselera untuk makan “lolat” sepanjang bulan, anda ikutkan.
Maksudnya lebih kepada biarkan anak beritahu anda kuantiti dan masa makannya.

Anda boleh “involve” anak sewaktu makan dengan meletakkan anak di meja makan dan sebagainya, tapi sekiranya anak tak mahu makan, tak apa. Anak mungkin sedang memberitahu yang dirinya tidak lapar.

Jangan pula mak tunjukkan muka stress dan marah-marah anak tak mahu makan (opps, saya guilty yang ini.. ). Anak mungkin akan buat perangai tak mahu makan saja-saja nak tarik perhatian anda pulak. Naya…

Kelima, snack-ing juga dikira makan!


Kalau saya, paling stress kalau Iman Nasuha tak mahu makan nasik!

Darah kemelayuan saya yang pekat likat ni buatkan saya fikir nasik adalah makanan wajib setiap insan bernyawa, so bila anak sekarang asal pandang nasik aja dah jerit “NANAKKKK” maka darah tinggi emaknya pun mencanak sama.

Sampailah Suami mengingatkan saya yang banyak lagi makanan lain yang boleh menggantikan nasik.

Pasta, roti, biskut, dan sebagainya. Iman pun lebih mudah dipujuk untuk makan sebab dia boleh pegang dan suap sendiri.

Jangan terlalu strict dengan makanan yang diberikan (kecualilah yang nak diberi tu tak berkhasiat).. anak-anak yang sedang aktif mungkin tak berapa sabar untuk duduk menghadap pinggan nasi in one sitting so snacking pun dikira makan jugak. Ibu-ibu boleh pilih snack yang sihat seperti yoghurt, cheese, juraian pasta, roti, baked potato, dan sebagainya.

Yang penting masuk. Kawtim?

Usaha nak sumbat snack dalam perut Iman Nasuha di tepi pantai... setting dah cantik, snack dah sodap (jagung dan fries) tapi masih tak mahu? Grrrr

Keenam, Beritahu awal yang masa makan akan datang in XX minutes


Untuk kanak-kanak yang sudah boleh memahami arahan, satu teknik yang boleh digunakan untuk mendapatkan kerjasama untuk makan adalah dengan pre-warn anak yang mereka perlu berhenti daripada bermain/tidur/melepak/tengoktv in 15 minutes, contohnya.

Kenapa?

Cuba bayangkan kau tengah syok-syok baca buku novel yang tak pernah umur kau rasa macam sangat menarik, tiba-tiba ada makhluk besar datang, tarik buku tu dan paksa kau cakap “HEY PERGI MANDI SEKARANG JUGAK I DON’T CARE”.. how would you feel?

Mungkin kau akan sengaja tak mandi seminggu saja nak balas dendam..




Hoho but jokes aside, childs are no different. Kalau orang puteh punya philosophy, dia suruh treat kids sepertimana we want to be treated, and tak bestlah kalau tengah syok-syok main tiba-tiba kena suruh makan SAAT ITU JUGAK kan

Nak lebih mudah, macam yang disarankan oleh Adele Faber dalam bukunya How to Talk so Kids Can Listen, and How to Listen so Kids Can Talk, ibu boleh berikan pilihan (yang ibu boleh terima) supaya anak lebih mudah untuk beri kerjasama..

Contohnya,

“Ayip, ibu tengah masak makanan. Ayip nak makan lagi 10 minit atau 15 minit?”
“Ah Tong, Food is ready. Do you want to eat now or eat when the jarum panjang is at number 2? *points at jam

Jangan pulak beri pilihan.. Ayip, nak makan sekarang ke esok? Beranilah cakap esok..

Ketujuh, Cuba makanan tambahan untuk naikkan selera


Dulu masa kecik, mak saya beri kami adik beradik makan Scott’s Emulsion perisa Oren. Sedap sampai berebut-rebut nak makan setiap pagi. Saya tak pasti lah kalau Scott’s Emulsion ni tambahkan selera ke apa tapi kitorang masa budak-budak memang dedomoks la.. mungkin terlebih nutrient kot.

Untuk Iman, saya ada juga nak cuba berikan dia Vitalea for Kids (from Shaklee of course) tapi baru tahu yang budak umur 2 tahun ke atas aja yang elok ambil.. so tak jadi. Tapi saya cuba jugak vitamin dari Cordells dan apa tah lagi satu jenama.

Tak berapa nampak kesannya dan sekarang dah tak makan sebab vitaminnya keras, Iman Nasuha akan hisap-hisap dan ludah.

Ada banyak makanan yang boleh menaikkan selera anak-anak di pasaran. Appetons for Kids, contohnya. Tak pernah cuba, tapi Appeton macam famous. Elok juga beri makanan tambahan, kurang-kurang walaupun anak tak makan khasiat sangat, zat-zat boleh dapat dari vitamin/drinks ni.

Saya dok godek-godek video iReach (kumpulan Shaklee saya) dan terjumpa video ni:


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Ahmagad kenapa boleh terlupa dengan Mealshakes! Saya hari-hari makan mealshakes untuk sarapan (memang kenyang!), mungkin lepas ni saya akan bancuh sikit dan beri pada Iman lah agaknya. Harap-harap berkesan. Sapa-sapa yang nak cuba mealshakes ni boleh contact saya jugak (promo sikit…)

Kelapan, Berikan Galakan, Bukan Paksaan


Galakkan anak makan banyak, tapi jangan marah sekiranya tak dihabiskan. Letakkan snek-snek yang kering di dalam botol-botol yang mudah dilihat oleh anak supaya sekiranya beliau terasa lapar, mudah untuk anak untuk ambil botol tersebut dan berikan pada ibu untuk dibuka.

Letakkan air kosong / just di dalam botol yang tidak mudah tumpah merata-merata supaya anak ada banyak one-stop-centre untuk refuel.. ye tak salah treat anak macam kereta dan kita sediakan “Petronas” banyak-banyak, asalkan anak sihat.
Kesembilan, Puji-pujian apabila anak makan

Kata-kata ibu yang disertai dengan senyuman manis akan menggalakkan anak untuk makan dengan lebih bersemangat.

Setiap kali anak buat tabiat yang elok di meja makan / sewaktu makan, ringankan mulut memuji. Anak akan berasa berkeyakinan dan mungkin akan mengulangi tabiat yang sama untuk mendapatkan pujian ibunya.


Sekian saja tips & tricks yang saya dah research untuk bantu diri sendiri beri anak makan.. memang nak menangani anak suka memilih makanan ni mencabarrrr sangat. Ada hari-hari yang saya resah bila fikirkan hanya 5 ketul kentang goreng sahaja yang masuk dalam badan anak saya pada satu-satu hari. Boleh tak tidur malam wo… bila timbang aja, rasa risau kalau berat turun. Bila dukung pun macam dok agak-agak ni makin berat ke makin ringan ni…

Semoga ibu-ibu sekalian berjaya! Share lah apa yang anda buat dan berjaya untuk anak anda kat sini...

Hmm mana tin mealshakes saya ni….

Bye!


Untuk pesanan dan konsultasi sebarang produk Shaklee, anda boleh hubungi saya di 017-6021189 dan saya doakan masalah anda dipermudahkan dengan hubungan kita ini. Let me help you!:)



0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com