Thursday, June 25, 2015

7 Tips Galakkan Anak Cepat Bercakap Supaya Tak Dianggap Lembab

Dua hari lepas, saya berjumpa dengan seorang kanak-kanak 2 tahun yang amat petah bercakap. Ayatnya sahaja dah sampai dua,tiga patah sekali keluar. Emaknya beritahu, anak cepat bercakap tu sebab bapanya rajin sangat berbual dengannya.. pasal bola lah, pasal politik lah.. macam-macam lah.

Seronok tengok budak-budak kecil-kecil dah pandai bercakap kan? Pernah juga saya dengar keluhan ibu di bilik pam susu yang anaknya sudah 3 tahun tapi cakapnya sangat kurang. Kawan-kawannya semua dah bercakap. Dia dah tak tahu nak buat apa lagi supaya anaknya nak bercakap. Jiran sebelah dah perli-perli cakap anaknya ada masalah dan dah tak tahan lagi bila balik kampung semua orang nak komen anaknya belum bercakap...

Anak Perlu Dilayan Macam Orang Dewasa


Sebenarnya, kanak-kanak perlu rasa diri mereka dihargai dan kata-kata mereka tidak dipandang remeh untuk berasa “selamat” dan rajin bercakap. Seringkali ibu bapa akan "ignore" atau "dismiss" apa-apa yang dirasakan tak berguna keluar dari mulut anak jadi anak pun rasa malas nak bercakap lagi..

Tips di bawah boleh diamalkan dengan serta merta oleh ibu bapa untuk galakkan anak bercakap:


1. Komunikasi 2-Hala

Maksud komunikasi dua hala ni adalah bukan mak atau bapakkkk aje yang bercakap dan anak kena dengar. Memang anak belum ada banyak “vocab” untuk respond tapi tu tak bermaksud mak perlu bercakap macam murai tercabut ekor dan biar anak terkebil-kebil pandang.

Komunikasi dua hala maksudnya macam ni:

Mak : Iman, Iman tengok “duck” kuning ni.. dia berenang tau.. Iman suka tak “duck” berenang?

Dan berikan ruang untuk anak respon dulu. Buatkan mimik muka yang tak zabar nak tunggu responnya sampai anak pun terasa tak sabar nak respon. Jangan melulu terus bercakap sampai anak pun terpikir.. biarlah mak aku cakap, dia peramah orangnya.. no..no..

Respon anak pula akan berbeza mengikut umur. Anak mungkin tak akan respon melalui kata-kata, tapi akan respon dengan mimik muka, senyuman, ketawa dan bahasa badan. Mak perlu pandai untuk baca isyarat-isyarat bukan-lisan ni dan teruskan perbualan.

InshaAllah bila anak rasa setiap responnya dihargai, dia akan mula respon kepada kita melalui perkataan pula..

2. Gunakan Bahasa dan Nada Normal


Saya paling berbulu kalau dengar mak-mak bercakap dengan anak guna bahasa “pelat” atau bahasa baby. Geli!

Bahasa baby / pelat tak mengajar anak-anak apa-apa, melainkan yang mereka masih budak-budak.

Bercakap dengan anak seperti mana kita bercakap dengan orang dewasa yang lain. Ajarkan mereka cara yang betul untuk berkata-kata.

3. Bercakap Tentang Perkara “Normal”

 Rasa macam malas tak nak bercakap kalau asyik cakap benda samaaaa aja?

Iman, ni Bola. Bola. Iman! Bola!

zzzzzzz

Samalah. Lebih elok kalau bercakap secara normal sebagaimana kita akan bercakap dengan orang lain tentang bola.

Iman, tengok ni bola merah! Semalam Iman main bola merah ni kan? (Pause) Ummi ingat lagi bola ni bergolekkk bila Iman sepak.. Iman nak sepak lagi? (pause)

Menarik lah sikit...

4. Baca Buku dan Bercerita dengan Penuh Semangat dan Animasi! Tapi Ingat, Harus Libatkan Anak



Kanak-kanak sukakan gambar dan interaksi. Boleh jadikan aktiviti untuk baca buku cerita yang penuh dengan gambar berwarna-warni dan baca dengan nada yang mengasyikkan (bukan macam baca buku sejarah atau kisah politik yang membosankan..)

Bagaimana nak libatkan anak?

Biarkan anak membelek halaman buku. Sebutkan nama binatang, dan gerakkan telunjuk anak untuk tunjuk binatang tersebut di buku. Jika anak belek halaman sekali dua halaman, biarkan. Jika 2 minit anak dah tak mahu baca buku, jadi kreatif – tutup buku dan sambung dengan cerita rekaan sendiri yang lebih syok dan penuh gaya.

Saya sendiri masih ingat kisah dongeng yang Ayah saya karang semasa kami kecil-kecil dahulu – tentang 5 Pendekar Bersaudara. Meleleh-leleh air liur nak dengar tau! Jadi jangan rasa rendah diri atau tak berkeyakinan.. anda adalah hero di mata anak anda!

5. Slow Down


Walaupun kita nak bercakap dengan anak seperti bercakap dengan orang dewasa, jangan lupa yang anak kita masih anak-anak. Kapasiti otaknya untuk memproses dan memahami perkataan masih rendah so go slow!

Bercakap dengan tempo yang lebih perlahan akan memberikan masa untuk anak menangkap kata dengan jelas dan mengaitkan situasi untuk memahami maksudnya.

6. Babbling is Talking


Dah buat semua di atas, tapi yang keluar dari mulut anak hanyalah blablabla gurrglseggs?

Tahniah! Teknik anda berjaya dan anak anda sudah semakin bersemangat untuk bercakap!

Bagi kanak-kanak, “Babbling” merupakan bahasa mereka. Respon seolah-olah anda mengerti dan galakkan mereka untuk “babble” dengan lebih banyak lagi.

Cara galakkan bukan dengan “babble” semula kepada mereka ataupun “Ignore”, ingat, kita perlu layan mereka seperti orang dewasa, kan?

Beri galakan dengan respon-respon seperti

Oh, banyaknya anak ummi bercakap hari ini!

Iman tengah nak bagitahu ummi sesuatu ya? Iman nak bagitahu kucing Comel kat luar tu nak kawan dengan Iman?

Dan tengok respon anak yang semakin bersemangat untuk “berbual” dengan anda

7. Relax and Be Patient


Sekiranya anda dah buat semua dia atas tapi anak masihhhh jugak tak bercakap-cakap, sabar.. Setiap kanak-kanak akan memulakan percakapannya bila dia bersedia, tapi tugas kita sebagai ibu bapa adalah untuk tidak jemu-jemu menggalakkan anak dan menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat untuk anak bercakap.





Tu saja tipsnya. Lagi satu masalah ibu bapa bekerja ni adalah balik kerja aja dah rasa penat, dan malas nak luangkan masa untuk bercakap dengan anak-anak macam ni. Please dont. Jangan salahkan anak lambat bercakap jika kita tak luangkan masa untuk menggalakkan mereka bercakap. Please take all necessary measures seperti tidur berkualiti, makan makanan bernutrisi atau ambil suplemen untuk tambah tenaga dan kurangkan stress, berdoa dan ingat anak adalah tanggungjawab kita.

Selamat menggalakkan anak masing-masing bercakap :)


Putri Zulaikha Amin
SID 917819
017-6021189


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com