Tuesday, May 26, 2015

Cara Tambah Tenaga Ketika Travel Dengan Makanan Travel-Friendly

Sebulan yang lalu, saya dan keluarga bercuti-cuti di Korea. Seronok sangat! Udara sejuk dan nyaman buatkan kami seronok berjalan kaki melihat bumi Tuhan.

Itu juga pertama kali saya travel dengan anak kecil umur setahun - jadi dalam fikiran saya sebelum berangkat adalah nak pastikan badan kekal cergas dan bertenaga supaya pengalaman bercuti tidak terjejas. Jadi hari ni saya nak kongsikan cara tambah tenaga ketika travel yang saya amalkan dengan makanan-makanan yang mudah dibawa / dibeli / dimasukkan dalam beg ni untuk semua.

Makanan Travel-Friendly dan Energy Booster

1. Pisang!



Kajian menunjukkan yang 2 biji pisang boleh membekalkan tenaga yang cukup untuk 90 minit senaman. Pisang ada banyak gula ringkas yang mudah dicernakan kepada tenaga dalam kadar segera dan berterusan, jadi ia sangat sesuai untuk traveler yang susah nak cari makanan halal.

Tambahan pula kami tinggal berdekatan dengan Namdaemun market, memang setiap hari akan singgah beli stok pisang dan sumbat ke dalam beg galas. Iman Nasuha pun suka..

2. Kurma



Makanan ni tak asing lagi, memang sumber tenaga instant yang mudah dibawa kerana saiznya yang kecil dan mudah dimakan tanpa perlu banyak renyah. Tahu tak kenapa disunatkan makan kurma sebaik sahaja berbuka puasa? Kurma membekalkan tenaga serta merta yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita yang dah berpuasa hampir seharian.

Sebelum bercuti, boleh bawa dan bungkus kurma untuk dimasukkan ke dalam kargo. Kebanyakan negara membenarkan kurma kerana ianya makanan kering dan bukan produk tenusu, cuma mungkin sahaja sesetengah negara seperti Australia memerlukan anda untuk "declare" kurma di kastam.

Sekiranya tempat percutian anda mempunyai perkampungan muslim, anda boleh cuba nasib untuk beli kurma di situ sebaik sahaja tiba.

Jadi cuba bayangkan tenaga yang boleh diberi kurma sekiranya anda perlu berjalan kaki menaiki bukit sewaktu bercuti? Anda mungkin dapat mengagumkan rakan-rakan anda dengan mampu menaiki bukit sambil berlari! Rahsianya? Shhhh....

3. Bijirin Oat


Ini agak susah nak dibawa untuk makan on-the-go, tapi sekiranya anda plan untuk berjimat dan tak mahu berbelanja berlebihan untuk breakfast, oat is the way to go. Secawan oat penuh serat di waktu pagi akan membekalkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda. Oat ni dikenali sebagai makan super tau (ie. superfood) disebabkan kemampuannya menjaga sistem percernaan.

Ada banyak cara untuk bancuh oat dengan ringkas sewaku bercuti, antaranya:

  •  Oat dengan air suam - ini untuk yang paling pemalas, hanya pentingkan tujuan tanpa rasa (macam saya! Bancuh dan minum, dua minit dah siap.. hehe)
  • Oat + Susu - Kalau gunakan susu full cream, rasa lemak-lemak enak..
  • Oat + Susu + Madu - Untuk rasa manis buat mereka yang mempunyai "sweet tooth"
Selalunya, di mana-mana negara pun ada jual oat, terutamanya di pasaraya atau kedai-kedai kecil. kadang-kadang, 7-11 pun ada jugal oat dalam bungkusan kecil. Sekiranya anda tak mahu bawa dari rumah, cuma perlu cari sahaja bijirin ringkas ni untuk stok, ya.


4. Yoghurt!



Kelembutan yoghurt menjadikannya sebagai makanan yang lebih efektif untuk dicernakan dan menambah tenaga berbanding makanan padat yang lain. Ia juga kaya dengan probiotik, bakteria baik yang membantu menjaga sistem usus dan membantu mengawal keletihan yang melampau.

Kebaikannya lagi? Mudah didapati di mana-mana saja! Mestilah sesuai dengan kita yang sedang berjalan-jalan ni, kan?


Supplemen yang Membantu Mengekalkan Kecergasan dan Tenaga


Selain makanan-makanan di atas, saya juga bungkus supplemen kecil-kecil yang saya bawa ke Korea.

Untuk supplemen pula, cubalah kombinasi supplemen berikut. Saiz mereka yang kecil dan mudah di-pek semestinya mudah dibawa ke mana-mana, beg anda tidak akan sedar kehadiran mereka.

Vitalea Iron Formula

B Complex

Vitamin C

Ostematrix (Kalsium Magnesium) - Baca bagaimana Ostematrix bantu saya dapatkan tidur yang berkualiti sewaktu mula-mula melahirkan dulu... memang sama kesannya sewaktu di Korea!

Supplemen ni sangat sesuai diambil oleh semua golongan dewasa, terutamanya untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Saya amat galakkan dan syorkan supplemen ni, sebab sepanjang saya travel, Iman Nasuha makin kerap menyusu - mungkin kerana tempat baru dan tekaknya tak berapa sesuai dengan makan Korea, hehe.. Alhamdulillah, saya tak mengalami letih melampau sampai menjejaskan susu..


Jangan tunggu lagi nak belanjakan sedikit wang supaya pengalaman bercuti anda menyeronokkan. Sedih kan kalau dah beli tiket kapal terbang mahal-mahal, rancang aktiviti pelbagai tapi akhirnya terpaksa terperuk di bilik hotel sebab penat, lesu atau jatuh sakit?

Hubungi saya untuk dapatkan set suplemen anda sebelum berangkat terbang, dan selamat bercuti dengan tenang!


Nama : Putri Zulaikha
Phone / Text Message / Whatsapp : 017-6021189
Facebook Page : Add Sihat on Saudagar Untamu dan private PM

Monday, May 25, 2015

Set Berpantang Untuk Ibu Menyusu Biar Baby Puas Minum dan Ibu Kekal Bertenaga

Sejak kebelakangan ni, ramai pula kawan-kawan yang baru melahirkan anak. Seronok tengok. Teringat pulak zaman-zaman melahirkan Iman Nasuha dulu.

Anak sulung biasalah, mak masih tak berpengalaman sangat so semua pun kiasu. Paling ingat sekali, bertekak dengan emak set berpantang mana yang nak diambil. Yang pasti, saya ingat saya nakkan set berpantang untuk ibu menyusu biar susu saya banyak! Orang berazam nak menyusukan baby la katakan...

Naturally, memang inclined towards Shaklee, sebab masa hamil pun memang rajin amalkan set hamil Shaklee yang berbaloi-baloi dan sangatttlah saya suka (sebab boleh perasan tenaga banyak dan makan Omega Guard untuk bina sel otak bayi, siapa tak nak, kan?).

Tapi Mak suruh tengok-tengok jugak set-set pantang lain, so saya research jugak lah.

Tak ingat apa jadi in between, tapi last-last saya makan pil Shaklee untuk pantang, tambah minyak panas NR.

Jadi hari ni saya nak imbas balik kenangan berpantang dengan shaklee, harap-harap ada ibu dan bakal ibu yang baca dan dapat manfaat, inshaAllah!

Luka cepat sembuh

Salah satu vitamin dalam set pantang Shaklee tu namanya Zinc Complex. Fungsi dia, kalau tradisional sama dengan minum pati ikan haruan banyak-banyak - ie. membantu sembuhkan luka dengan cepat. Ikan haruan tu kaya dengan zinc - sebab tu selalunya orang yang baru lepas melahirkan atau pembedahan memang digalakkan makan ikan haruan supaya luka cepat sembuh.

Saya lebih suka makan zinc complex ni sebab mudah ditelan :) hehe


Tak berapa banyak bengkak susu

Kalau dah habis pam susu dan breast sentiasa kosong TAPI masih kadang-kadang tersumbat, saya rasa Lecithin boleh membantu. Saya alhamdulillah sepanjang breastfeeding Iman, hanya sekali dua saja yang susu tersumbat dan bengkak. Lecithin ni membantu mengelakkan bengkak susu.. dan kurangkan berat badan. Bagus kan?


Bertenaga. Yes, bertenaga!

Bayangkan sudahlah baru melahirkan, lepas tu baby pulak asyik kembung dan tak tidur malam. Memang penat sangat sebab kita pun tak cukup tidur... Set pantang Shaklee ada Vitalea yang bantu pastikan badan sentiasa bertenaga dan tak lesu. Best dan penting sebab kalau badan penat dan stress, ibu pun mood merudum, susu berkurang, etc etc. Kesimpulannya, ibu happy baru semua orang happy!


Saya kongsikan tiga benefits dalam tulisan kali ini. Jangan tunggu lama nak rasakan kesan yang sama macam saya ni. Boleh hubungi saya untuk konsultasi lanjut dan belian produk. Bye!




Nama : Putri Zulaikha
Phone / Text Message / Whatsapp : 017-6021189
Facebook Page : Add Sihat on Saudagar Untamu dan private PM



Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com