Thursday, December 4, 2014

4 Tips Menawan Hati Suami Supaya Tak Bernasib Seperti Mah (Apa Lagi Salah Mah, Ni?)

Surat suami curang kepada isterinya, Mah tempoh hari memang meletup-letup di internet.

Tambah-tambah dengan populasi wanita yang lebih ramai dari lelaki, maksudnya lebih ramai wanita lah yang gunakan facebook dan nampak surat suami curang tu..

maka, sebagai kaum yang beremosi, tentulah bertambah-tambah viralnya surat Mah tu.

Kesian Mah, rahsia rumah tangganya satu Malaysia (ke satu dunia?) dah tahu.

Walaupun suami Mah tu tak ada hak langsung nak berzina semata-mata sebab Mah bau busuk dan nampak tak bermaya, kita orang perempuan yang baca ni, selain daripada nak emosi dan rasa nak bunuh lelaki macam suami Mah tu...

kena juga fikir..

Kena jaga-jaga ni jangan laki sendiri jadi macam suami Mah durjana tu.

Tak nak kot kalau nasib macam Mah, walau apa pun sebabnya dan walau tak se-logik mana pun, kan?

Jangan Tunggu Jatuh Ditimpa Tangga


Ramai wanita yang ambil mudah dalam hal menawan hati suami. Lebih-lebih lagi kalau dah terlalu sibuk dengan urusan kerja, anak, belajar part time, berbisnes MLM dan sebagainya.

Suami yang lalu depan mata pun buat nampak tak nampak aja.

Sudahnya, jadi lah kes seperti Mah ni.

Sedih kan - nasi dah jadi bubur. Dah tak dapat buat apa-apa. Hati dah remuk redam. Sudahnya, viralkan aja cerita di facebook untuk dapat sokongan orang ramai.

Kan elok kalau sebelum nasi jadi bubur, kita pastikan jumlah air yang sesuai supaya nasik masak enak dan empuk?

Jadi hari ni saya nak kongsikan 4 Tips Menawan Hati Suami yang tak ada sangkut paut dengan saiz, bau dan bentuk badan - so orang yang rasa terlalu banyak lemak degil yang tak tahu boleh ke lemak nak hilang dalam masa sebulan boleh jugak cuba..

Tips #1 : Sentiasa Manis Muka


Walaupun dalam hati panas terbakar sebab kita pesan suruh beli ikan tongkol, suami beli ikan pari. Berbeza kot?

Maniskan muka. Senyum dan ucapkan terima kasih atas usaha suami nak membantu membeli ikan, kemudian boleh lah kalau nak beritahu perbezaan ikan tongkol dan pari. Boleh buat teguran disertai lawak-lawak manja contohnya "Awak ni dulu kelas sains dapat markah D ke tak tahu beza ni? Ha.. ha.. (cubit manja yang terlebih kuat kalau nak lepaskan perasaan geram) - tapi kekalkan wajah manis.

Teknik memikat suami ni yang paling mudah dan paling penting....free.....

Kenapa wajah yang cerah dan air muka yang menenangkan paling penting dan saya letakkan sebagai tips #1?

Sebab walaupun kulit licin macam kulit telur rebus dikupas bahana makan kolagen Shaklee tak berhenti-henti tapi asyik masam berkerut, suami nak pandang pun sakit hati. Dia buat lawak pun kau masam, dia beri bantuan pun kau cemberut... hai la sayang, awak tahu tak senyuman awak tu adalah matahari abang?

Kalau awak tak senyum, abang cari matahari kat luar la... 

Kau nak?

Tips #2 : Jadi Wanita Paling Jujur dan Amanah Di Matanya...




Di penghujung hari, tiada apa yang lebih menyejukkan hati seorang suami melainkan keyakinan yang sang isteri sentiasa:

  • Jujur dalam perkataan
  • Jujur dalam pergaulan

Jujur dalam berkata-kata penting supaya suami tak asyik ragu-ragu dan cemburu. Betul ke isteri aku ni tak ada skandal kat office? Semalam si Hafiz tu cakap dia nampak isteri aku makan berdua dengan si Polan, tapi kenapa bila tanya isteri cakap dia makan seorang?

Ha.... nampak bibit-bibit curiga dah ada? Lama-kelamaan suami mungkin jadi malas nak percaya lagi cakap-cakap kita dan... 

alangkah suramnya rumah tangga tanpa kepercayaan yang utuh.

Cara mudah untuk raih kepercayaan suami termasuklah:

  • Kalau terpaksa bekerja berdua dengan rakan sekerja lelaki, beritahu. Mungkin bukan untuk meminta izin (kalau dia tak izin pun nak buat macam mana, kerja kot?), tapi lebih kepada memaklumkan kepadanya yang tiada apa yang perlu dirisaukan, hati anda tetap untuknya. Mesti suami berbunga-bunga kembang hati.
  • Kurangkan kemungkinan untuk tidak menjawab panggilan telefonnya. Kalau tak boleh jawab atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, contohnya sedang presentation depan CEO, atau melintas jalan dan sebagainya, hubungi suami sebaik sahaja anda available. Kiriman SMS pun cukup untuk melegakan hati suami.
  • Jangan sesekali menipu. Pantang larang paling besar sekali sebab sekali dah tipu, susah nak dapat balik kepercayaan!

Tips #3 : Bertutur dalam nada yang disenangi suami



Kalau suami awak suka awak cakap kasar-kasar, cakap la kasar.

Kalau suami cakap suara halus dan lembut boleh menggugurkan jantungnya, awak berbisiklah.

Ada juga suami yang suka

Bukan susah sangat pun..

Susahlah! Suami saya tu pening sikit orang nya... kadang-kadang dia marah saya cakap kasar, kadang-kadang dia marah saya cakap lembut - habis saya perlu bisu, ke?


Hai awak, kita kan ciptaan Allah yang kuat dan resourceful, takkan begitu mudah mengalah?

Boleh bincang dan tanya suami apa preference nya.. Suami tentu suka dan dengan senang hati beritahu.

Kalau malu, boleh beri lebih perhatian pada situasi-situasi yang buatkan suami tiba-tiba jadi macam tak ada pendirian.

Macam saya - sejak azali cara pertuturan sedikit keras, lantang dan kadang-kadang makan hati la jugak sesiapa yang mendengar.

Suami tak kisah rasanya, tapi saya perasaan waktu bertekak atau sedang berdiskusi, suami kadang-kadang tercakap - Abang rasa nada suara Yang ni buatkan kita susah nak discuss baik-baik, sebab hati makin jauh dengar nada keras macam ni...

So, saya cuma jaga waktu sedang berbincang la.. agak-agak nak tertinggi nada suara tu, pepandai lah..

Kenapa nada pertuturan itu penting?





Setuju tak?

Kadang-kadang kita dengar orang cakap benda biasa je, tapi nada dia aikkkk perli semacam. Terus rasa nak bergaduh.

Lagi la pulak dah lah nada macam mintak penampo, benda yang dicakapkan pun sarat dengan perkataan-perkataan yang membakar hati.

Jangan jadikan satu keadaan normal untuk bertutur yang menyebabkan suami sakit hati sebab bila hatinya dah sakit dengar awak berkata-kata, makin laju lah dia cari kata-kata lain yang lebih menyenangkan di luar sana.

Tak sanggup tau!

Tips #4: Jaga keluarga dan harta benda sebaik yang boleh


Kalau google cara memikat hati suami dalam Islam, ditekankan yang isteri bertanggungjawab untuk menjaga keluarga dan harta benda suami - terutamanya anak-anak.

Cuba baca kisah pendek di bawah.

Suami, Farid, adalah seorang jurutera di syarikat minyak terkemuka. Sesuai dengan pangkatnya yang tinggi, kerjanya kadang-kadang terlalu banyak sampaikan beliau sering pulang ke rumah dalam keadaan hampir pengsan kepenatan.

Maria pula, isterinya, mempunyai skim flexible hours di tempat kerjanya, maka nasib Maria tak lah seteruk Farid. Maria boleh pulang ke rumah seawal jam 3 setiap hari tanpa perlu terperangkap di dalam trafik.

Agak-agaknya, Maria yang manakah yang lebih menawan hati Farid?

Maria Versi #1 :

Habis kerja jam 3, Maria melepak dulu dengan rakan-rakan sekerjanya di Starbucks untuk bertukar-tukar gosip office dan artis antarabangsa. Jam 5 petang Maria bergerak pulang, dan dalam perjalanan sempat Maria bungkuskan McDonalds untuk 3 orang anak-anaknya di rumah sebagai hidangan makan malam.

Dek terperangkap dalam trafik, Maria tiba di rumah agak lewat dan alamak, tak sempat lagi nak selesaikan kain yang bertimbun-timbun tu. Mungkin esoklah kalau sempat.

Anak bongsunya pula tak makan McDonalds - maka Maria pun masakkan Maggi yang pantas dan ringkas supaya anaknya tak kelaparan.

Maria Versi #2:

Maria bergegas pulang sebaik sahaja tamat kerja jam 3. Sebaik tiba di rumah, Maria terus ke dapur menyiapkan makan malam yang dimasak dari bahan-bahan yang sihat kerana anak-anaknya masih dalam proses pembesaran dan Maria yang banyak membaca sangat maklum tentang kepentingan nutrisi dan makanan seimbang untuk tumbesaran otak anaknya.

Anak bongsunya pula agak cerewet dan memilih makanan - dan selepas melihat pengalaman dan perkongsian seorang ibu yang turut mempunyai masalah yang serupa dalam video ni, Maria lebih berdisiplin untuk gunakan teknik yang serupa untuk anak bongsunya. Alhamdulillah anak bongsunya kelihatan lebih sihat dan bermaya.




Tatkala Farid pulang dalam keadaan penat dan lihat anak-anaknya sihat dan rumahnya teratur, alangkah sejuknya hati.

Makin jatuh hati dan sayang pada sang isteri.

Makin kuranglah kejadian curang mencurang macam kisah si Mah tu..

Selamat bercinta hingga ke syurga!

Sekiranya bermanfaat, jemput tekan butang share di bawah ni supaya lebih ramai lagi yang mendapat manfaatnya, ya!


Salam Sayang,

Putri Zulaikha Amin,
FB : Putri Zulaikha Amin
Email : saudagaruntamu@gmail.com
SMS / Whatsapp : 017-6021189
ID Shaklee : 917819

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com