Monday, December 22, 2014

4 Kepentingan Makan Vitamin Semasa Hamil? (Khas Buat First Time Mothers)

Penting!

Assalamualaikum semua..

Sebaik sahaja bakal ibu disahkan mengandung oleh doktor, perkara pertama yang akan dibekalkan adalah peket-peket vitamin yang doktor cakap wajib dimakan untuk tumbesaran baby, kesihatan bakal ibu dan sebagainya.

Selalunya, doktor akan berikan Obimin (sejenis multivitamin), pil asid folik dan juga pil kalsium, sekiranya ibu tak berapa lalu nak minum susu.

Nah, sekiranya anda mengandung sulung, anda akan bersungguh-sungguh untuk pastikan vitamin-vitamin bekalan doktor tu dimakan tepat pada masanya..

Tapi ada juga yang teruk, ambil mudah saja saranan doktor tu. Sudahnya, peket vitamin entah ke mana, sedangkan kandungan semakin sarat dan semakin memerlukan nutrisi tambahan tersebut.

Di sini saya nak senaraikan 4 kepentingan makan vitamin semasa hamil:

Sumber Tenaga dan Kesihatan Ibu


Ibu yang berbadan dua akan mudah letih. Tak perlu cakap jauh-jauh berkenaan perubahan hormon la ape la, tengok aja perut yang saban hari kian membesar pun boleh tahu yang ibu memerlukan lebih tenaga untuk bergerak, memasak, malah tidur pun akan menjadi sukar, tau!

Di sini lah vitamin semasa mengandung berperanan untuk suplemen apa-apa yang kurang.

Menurut Dr Zubaidi, ibu hamil pun memerlukan nutrisi yang lebih banyak berbanding wanita yang tak mengandung.

Membantu mengelakkan kelahiran bayi pramatang dan mengelakkan kecacatan bayi


Kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid folik sewaktu hamil membantu mengurangkan risiko spina bifina pada bayi - sejenis kecacatan pada tulang belakang.

Malah, ekoran kajian ini, ramai pengamal perubatan yang mencadangkan asid folik diambil oleh ibu yang sedang merancang untuk hamil untuk menyediakan persekitaran yang optimum kepada bakal janin.

Mengurangkan risiko osteoporosis pada ibu, dan membantu pertumbuhan tulang, gigi dan rambut yang sihat untuk bayi


Bayi yang sedang membesar di dalam kandungan akan membina tulang dengan aktif - dan sumber kalsiumnya akan diserap dari diet sang ibu.

Sekiranya ibu malas nak menambahkan kalsium dalam diet hariannya - contohnya dengan tak nak minum susu, malas makan cheese, dan sebagainya - baby pun akan menyerap kalsium dari tulang dan gigi ibu.

Itu yang banyak kes-kes selepas anak tiga, gigi ibu mula mereput dan akhirnya kena pakai gigi palsu.

Tak cantik.. dan paling penting, tak cun lah umur baru 30 tapi dah terpaksa pakai gigi palsu sedangkan kalau ibu tahu hal ini dan konsisten mengambil kalsium dalam jumlah yang disarankan, ini takkan berlaku, kan?

Mengelakkan Malnutrisi


...terutamanya untuk ibu yang alahan, mual dan muntah teruk sewaktu awal kehamilan.

Bayangkan tak dapat makan apa-apa sebab setiap kali makan, akan muntah. Badan akan jadi lemah dan lesu. Baby pun tak dapat zat yang sebaiknya untuk berkembang.

Multivitamin, asid folik, zat besi dan sebagainya membantu untuk topup nutrisi-nutrisi yang kurang ni sementara menanti ibu pulih dari fasa 'mabuk' ni.

Jadi... jangan malas makan supplemen lagi!

Lebih elok lagi kalau vitamin yang diambil tu adalah semulajadi dan bersih - yang confirm paling bagus untuk baby dan ibu tanpa ragu-ragu lagi.

Sewaktu mengandungkan Iman Nasuha - saya paling tak lalu nak telan obimin. Sudahlah warnanya semacam, saiznya pulak mashaAllah, terbayang-bayang bakal tercekik dek terlalu besar!

Kebetulan saya sedang ambil suplemen Vitalea dan B Complex - maka saya cuma tambahkan Vita C, Ostematrix dan Energizing Soy Protein saja untuk lengkapkan set vitamin untuk mengandung.

Lagi best sebab Vitalea tu memang dah sekali dengan iron, hehe..

Sebab saya first time mother yang tak pasti dengan semua benda, saya bawak botol-botol vitamin jumpa doktor.

Doktor cakap - ni sama je fungsi dengan vitamin-vitamin yang saya berikan hari tu, cuma ni semulajadi, yang klinik beri adalah sintetik sebab tinggi kosnya kalau nak berikan semua orang vitamin semulajadi.

Jadi kalau dah ambil set lengkap Shaklee tu, dah tak perlu consume vitamin dari klinik lagi.

Syok kan?

Boleh juga baca Frequently Asked Questions yang saya dah compile khusus berkenaaan set Mengandung Shaklee ni..

Dapatkan vitamin kehamilan semulajadi anda hari ni, jangan bertangguh lagi untuk consume yang terbaik sepanjang tempoh kritikal ni!




Nama : Putri Zulaikha
Phone / Text Message / Whatsapp : 017-6021189
Facebook Page : Add Sihat on Saudagar Untamu dan private PM







0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com