Monday, December 22, 2014

4 Kepentingan Makan Vitamin Semasa Hamil? (Khas Buat First Time Mothers)

Penting!

Assalamualaikum semua..

Sebaik sahaja bakal ibu disahkan mengandung oleh doktor, perkara pertama yang akan dibekalkan adalah peket-peket vitamin yang doktor cakap wajib dimakan untuk tumbesaran baby, kesihatan bakal ibu dan sebagainya.

Selalunya, doktor akan berikan Obimin (sejenis multivitamin), pil asid folik dan juga pil kalsium, sekiranya ibu tak berapa lalu nak minum susu.

Nah, sekiranya anda mengandung sulung, anda akan bersungguh-sungguh untuk pastikan vitamin-vitamin bekalan doktor tu dimakan tepat pada masanya..

Tapi ada juga yang teruk, ambil mudah saja saranan doktor tu. Sudahnya, peket vitamin entah ke mana, sedangkan kandungan semakin sarat dan semakin memerlukan nutrisi tambahan tersebut.

Di sini saya nak senaraikan 4 kepentingan makan vitamin semasa hamil:

Sumber Tenaga dan Kesihatan Ibu


Ibu yang berbadan dua akan mudah letih. Tak perlu cakap jauh-jauh berkenaan perubahan hormon la ape la, tengok aja perut yang saban hari kian membesar pun boleh tahu yang ibu memerlukan lebih tenaga untuk bergerak, memasak, malah tidur pun akan menjadi sukar, tau!

Di sini lah vitamin semasa mengandung berperanan untuk suplemen apa-apa yang kurang.

Menurut Dr Zubaidi, ibu hamil pun memerlukan nutrisi yang lebih banyak berbanding wanita yang tak mengandung.

Membantu mengelakkan kelahiran bayi pramatang dan mengelakkan kecacatan bayi


Kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid folik sewaktu hamil membantu mengurangkan risiko spina bifina pada bayi - sejenis kecacatan pada tulang belakang.

Malah, ekoran kajian ini, ramai pengamal perubatan yang mencadangkan asid folik diambil oleh ibu yang sedang merancang untuk hamil untuk menyediakan persekitaran yang optimum kepada bakal janin.

Mengurangkan risiko osteoporosis pada ibu, dan membantu pertumbuhan tulang, gigi dan rambut yang sihat untuk bayi


Bayi yang sedang membesar di dalam kandungan akan membina tulang dengan aktif - dan sumber kalsiumnya akan diserap dari diet sang ibu.

Sekiranya ibu malas nak menambahkan kalsium dalam diet hariannya - contohnya dengan tak nak minum susu, malas makan cheese, dan sebagainya - baby pun akan menyerap kalsium dari tulang dan gigi ibu.

Itu yang banyak kes-kes selepas anak tiga, gigi ibu mula mereput dan akhirnya kena pakai gigi palsu.

Tak cantik.. dan paling penting, tak cun lah umur baru 30 tapi dah terpaksa pakai gigi palsu sedangkan kalau ibu tahu hal ini dan konsisten mengambil kalsium dalam jumlah yang disarankan, ini takkan berlaku, kan?

Mengelakkan Malnutrisi


...terutamanya untuk ibu yang alahan, mual dan muntah teruk sewaktu awal kehamilan.

Bayangkan tak dapat makan apa-apa sebab setiap kali makan, akan muntah. Badan akan jadi lemah dan lesu. Baby pun tak dapat zat yang sebaiknya untuk berkembang.

Multivitamin, asid folik, zat besi dan sebagainya membantu untuk topup nutrisi-nutrisi yang kurang ni sementara menanti ibu pulih dari fasa 'mabuk' ni.

Jadi... jangan malas makan supplemen lagi!

Lebih elok lagi kalau vitamin yang diambil tu adalah semulajadi dan bersih - yang confirm paling bagus untuk baby dan ibu tanpa ragu-ragu lagi.

Sewaktu mengandungkan Iman Nasuha - saya paling tak lalu nak telan obimin. Sudahlah warnanya semacam, saiznya pulak mashaAllah, terbayang-bayang bakal tercekik dek terlalu besar!

Kebetulan saya sedang ambil suplemen Vitalea dan B Complex - maka saya cuma tambahkan Vita C, Ostematrix dan Energizing Soy Protein saja untuk lengkapkan set vitamin untuk mengandung.

Lagi best sebab Vitalea tu memang dah sekali dengan iron, hehe..

Sebab saya first time mother yang tak pasti dengan semua benda, saya bawak botol-botol vitamin jumpa doktor.

Doktor cakap - ni sama je fungsi dengan vitamin-vitamin yang saya berikan hari tu, cuma ni semulajadi, yang klinik beri adalah sintetik sebab tinggi kosnya kalau nak berikan semua orang vitamin semulajadi.

Jadi kalau dah ambil set lengkap Shaklee tu, dah tak perlu consume vitamin dari klinik lagi.

Syok kan?

Boleh juga baca Frequently Asked Questions yang saya dah compile khusus berkenaaan set Mengandung Shaklee ni..

Dapatkan vitamin kehamilan semulajadi anda hari ni, jangan bertangguh lagi untuk consume yang terbaik sepanjang tempoh kritikal ni!




Nama : Putri Zulaikha
Phone / Text Message / Whatsapp : 017-6021189
Facebook Page : Add Sihat on Saudagar Untamu dan private PM







Thursday, December 4, 2014

4 Tips Menawan Hati Suami Supaya Tak Bernasib Seperti Mah (Apa Lagi Salah Mah, Ni?)

Surat suami curang kepada isterinya, Mah tempoh hari memang meletup-letup di internet.

Tambah-tambah dengan populasi wanita yang lebih ramai dari lelaki, maksudnya lebih ramai wanita lah yang gunakan facebook dan nampak surat suami curang tu..

maka, sebagai kaum yang beremosi, tentulah bertambah-tambah viralnya surat Mah tu.

Kesian Mah, rahsia rumah tangganya satu Malaysia (ke satu dunia?) dah tahu.

Walaupun suami Mah tu tak ada hak langsung nak berzina semata-mata sebab Mah bau busuk dan nampak tak bermaya, kita orang perempuan yang baca ni, selain daripada nak emosi dan rasa nak bunuh lelaki macam suami Mah tu...

kena juga fikir..

Kena jaga-jaga ni jangan laki sendiri jadi macam suami Mah durjana tu.

Tak nak kot kalau nasib macam Mah, walau apa pun sebabnya dan walau tak se-logik mana pun, kan?

Jangan Tunggu Jatuh Ditimpa Tangga


Ramai wanita yang ambil mudah dalam hal menawan hati suami. Lebih-lebih lagi kalau dah terlalu sibuk dengan urusan kerja, anak, belajar part time, berbisnes MLM dan sebagainya.

Suami yang lalu depan mata pun buat nampak tak nampak aja.

Sudahnya, jadi lah kes seperti Mah ni.

Sedih kan - nasi dah jadi bubur. Dah tak dapat buat apa-apa. Hati dah remuk redam. Sudahnya, viralkan aja cerita di facebook untuk dapat sokongan orang ramai.

Kan elok kalau sebelum nasi jadi bubur, kita pastikan jumlah air yang sesuai supaya nasik masak enak dan empuk?

Jadi hari ni saya nak kongsikan 4 Tips Menawan Hati Suami yang tak ada sangkut paut dengan saiz, bau dan bentuk badan - so orang yang rasa terlalu banyak lemak degil yang tak tahu boleh ke lemak nak hilang dalam masa sebulan boleh jugak cuba..

Tips #1 : Sentiasa Manis Muka


Walaupun dalam hati panas terbakar sebab kita pesan suruh beli ikan tongkol, suami beli ikan pari. Berbeza kot?

Maniskan muka. Senyum dan ucapkan terima kasih atas usaha suami nak membantu membeli ikan, kemudian boleh lah kalau nak beritahu perbezaan ikan tongkol dan pari. Boleh buat teguran disertai lawak-lawak manja contohnya "Awak ni dulu kelas sains dapat markah D ke tak tahu beza ni? Ha.. ha.. (cubit manja yang terlebih kuat kalau nak lepaskan perasaan geram) - tapi kekalkan wajah manis.

Teknik memikat suami ni yang paling mudah dan paling penting....free.....

Kenapa wajah yang cerah dan air muka yang menenangkan paling penting dan saya letakkan sebagai tips #1?

Sebab walaupun kulit licin macam kulit telur rebus dikupas bahana makan kolagen Shaklee tak berhenti-henti tapi asyik masam berkerut, suami nak pandang pun sakit hati. Dia buat lawak pun kau masam, dia beri bantuan pun kau cemberut... hai la sayang, awak tahu tak senyuman awak tu adalah matahari abang?

Kalau awak tak senyum, abang cari matahari kat luar la... 

Kau nak?

Tips #2 : Jadi Wanita Paling Jujur dan Amanah Di Matanya...




Di penghujung hari, tiada apa yang lebih menyejukkan hati seorang suami melainkan keyakinan yang sang isteri sentiasa:

  • Jujur dalam perkataan
  • Jujur dalam pergaulan

Jujur dalam berkata-kata penting supaya suami tak asyik ragu-ragu dan cemburu. Betul ke isteri aku ni tak ada skandal kat office? Semalam si Hafiz tu cakap dia nampak isteri aku makan berdua dengan si Polan, tapi kenapa bila tanya isteri cakap dia makan seorang?

Ha.... nampak bibit-bibit curiga dah ada? Lama-kelamaan suami mungkin jadi malas nak percaya lagi cakap-cakap kita dan... 

alangkah suramnya rumah tangga tanpa kepercayaan yang utuh.

Cara mudah untuk raih kepercayaan suami termasuklah:

  • Kalau terpaksa bekerja berdua dengan rakan sekerja lelaki, beritahu. Mungkin bukan untuk meminta izin (kalau dia tak izin pun nak buat macam mana, kerja kot?), tapi lebih kepada memaklumkan kepadanya yang tiada apa yang perlu dirisaukan, hati anda tetap untuknya. Mesti suami berbunga-bunga kembang hati.
  • Kurangkan kemungkinan untuk tidak menjawab panggilan telefonnya. Kalau tak boleh jawab atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, contohnya sedang presentation depan CEO, atau melintas jalan dan sebagainya, hubungi suami sebaik sahaja anda available. Kiriman SMS pun cukup untuk melegakan hati suami.
  • Jangan sesekali menipu. Pantang larang paling besar sekali sebab sekali dah tipu, susah nak dapat balik kepercayaan!

Tips #3 : Bertutur dalam nada yang disenangi suami



Kalau suami awak suka awak cakap kasar-kasar, cakap la kasar.

Kalau suami cakap suara halus dan lembut boleh menggugurkan jantungnya, awak berbisiklah.

Ada juga suami yang suka

Bukan susah sangat pun..

Susahlah! Suami saya tu pening sikit orang nya... kadang-kadang dia marah saya cakap kasar, kadang-kadang dia marah saya cakap lembut - habis saya perlu bisu, ke?


Hai awak, kita kan ciptaan Allah yang kuat dan resourceful, takkan begitu mudah mengalah?

Boleh bincang dan tanya suami apa preference nya.. Suami tentu suka dan dengan senang hati beritahu.

Kalau malu, boleh beri lebih perhatian pada situasi-situasi yang buatkan suami tiba-tiba jadi macam tak ada pendirian.

Macam saya - sejak azali cara pertuturan sedikit keras, lantang dan kadang-kadang makan hati la jugak sesiapa yang mendengar.

Suami tak kisah rasanya, tapi saya perasaan waktu bertekak atau sedang berdiskusi, suami kadang-kadang tercakap - Abang rasa nada suara Yang ni buatkan kita susah nak discuss baik-baik, sebab hati makin jauh dengar nada keras macam ni...

So, saya cuma jaga waktu sedang berbincang la.. agak-agak nak tertinggi nada suara tu, pepandai lah..

Kenapa nada pertuturan itu penting?





Setuju tak?

Kadang-kadang kita dengar orang cakap benda biasa je, tapi nada dia aikkkk perli semacam. Terus rasa nak bergaduh.

Lagi la pulak dah lah nada macam mintak penampo, benda yang dicakapkan pun sarat dengan perkataan-perkataan yang membakar hati.

Jangan jadikan satu keadaan normal untuk bertutur yang menyebabkan suami sakit hati sebab bila hatinya dah sakit dengar awak berkata-kata, makin laju lah dia cari kata-kata lain yang lebih menyenangkan di luar sana.

Tak sanggup tau!

Tips #4: Jaga keluarga dan harta benda sebaik yang boleh


Kalau google cara memikat hati suami dalam Islam, ditekankan yang isteri bertanggungjawab untuk menjaga keluarga dan harta benda suami - terutamanya anak-anak.

Cuba baca kisah pendek di bawah.

Suami, Farid, adalah seorang jurutera di syarikat minyak terkemuka. Sesuai dengan pangkatnya yang tinggi, kerjanya kadang-kadang terlalu banyak sampaikan beliau sering pulang ke rumah dalam keadaan hampir pengsan kepenatan.

Maria pula, isterinya, mempunyai skim flexible hours di tempat kerjanya, maka nasib Maria tak lah seteruk Farid. Maria boleh pulang ke rumah seawal jam 3 setiap hari tanpa perlu terperangkap di dalam trafik.

Agak-agaknya, Maria yang manakah yang lebih menawan hati Farid?

Maria Versi #1 :

Habis kerja jam 3, Maria melepak dulu dengan rakan-rakan sekerjanya di Starbucks untuk bertukar-tukar gosip office dan artis antarabangsa. Jam 5 petang Maria bergerak pulang, dan dalam perjalanan sempat Maria bungkuskan McDonalds untuk 3 orang anak-anaknya di rumah sebagai hidangan makan malam.

Dek terperangkap dalam trafik, Maria tiba di rumah agak lewat dan alamak, tak sempat lagi nak selesaikan kain yang bertimbun-timbun tu. Mungkin esoklah kalau sempat.

Anak bongsunya pula tak makan McDonalds - maka Maria pun masakkan Maggi yang pantas dan ringkas supaya anaknya tak kelaparan.

Maria Versi #2:

Maria bergegas pulang sebaik sahaja tamat kerja jam 3. Sebaik tiba di rumah, Maria terus ke dapur menyiapkan makan malam yang dimasak dari bahan-bahan yang sihat kerana anak-anaknya masih dalam proses pembesaran dan Maria yang banyak membaca sangat maklum tentang kepentingan nutrisi dan makanan seimbang untuk tumbesaran otak anaknya.

Anak bongsunya pula agak cerewet dan memilih makanan - dan selepas melihat pengalaman dan perkongsian seorang ibu yang turut mempunyai masalah yang serupa dalam video ni, Maria lebih berdisiplin untuk gunakan teknik yang serupa untuk anak bongsunya. Alhamdulillah anak bongsunya kelihatan lebih sihat dan bermaya.




Tatkala Farid pulang dalam keadaan penat dan lihat anak-anaknya sihat dan rumahnya teratur, alangkah sejuknya hati.

Makin jatuh hati dan sayang pada sang isteri.

Makin kuranglah kejadian curang mencurang macam kisah si Mah tu..

Selamat bercinta hingga ke syurga!

Sekiranya bermanfaat, jemput tekan butang share di bawah ni supaya lebih ramai lagi yang mendapat manfaatnya, ya!


Salam Sayang,

Putri Zulaikha Amin,
FB : Putri Zulaikha Amin
Email : saudagaruntamu@gmail.com
SMS / Whatsapp : 017-6021189
ID Shaklee : 917819

Wednesday, December 3, 2014

The Epidural That Was Meant To Be

When we first arrived at Hospital UMRA (the hospital where I am giving birth), I was scared.

Not from being in labour pain atau ketakutan nak melahirkan.

Tapi takut sebab dok pikir.. "macam mana nak tipu contractions ni, kang kantoi maluu je..."

Dek ketakutan yang maha dahsyat (saya seorang yang skema), I almost wanted to stay outside konon-konon nak tunggu contractions jadi 3 in 10 mins but Azam was taking none of my nonsense. He dragged me inside and went to the counter, feigning a husbandly-panic and cakap - nurse, isteri saya dah nak beranak ni...

while I try my best to make my most painful face. Contraction ni tak nak pulak datang time nih!

Anyway, we were told to sit down for a while to wait for the next doctor to be available while Azam sorted out the room bookings and stuff.

Boy, that took some time!

I have always known that UMRA's always busy at night. Especially at night. I have once came for a check-up after work, and it took me 2 hours just to have a 10 mins session with my doctor.

So tonight, took me around 20 minutes before I was wheeled into the doctor's room.

My heart was beating like gaya orang penipu punya berdebar - ye lah kau time contractions sendiri baru 2 in 10 dah nak mengaku active labour ye? Jaga la kau kantoi kejap lagi.


Doktor : Okay, dah nak bersalin ye Puan... saya VE sekejap ye..berapa banyak contraction dah?

Me : Erm.. Macam dah 3 in 10..

Doktor : Macam ye? Takpe kita check.. (She knew. OMG she knew......)

2 mins later..

Doktor : Masih 2 cm ni...

Me : Tapi dah sakit sangat ni Doktor.. saya taknak balik rumah dah...

Doktor : Ok lah, awak masuk wad malam ni..

YES!


This was me waktu ditolak keluar dari bilik doktor...bangga dengan kejayaan dapat masuk wad, hehe...

I am now officially in labour, people!


Dunno how I felt about that, sebab dah lama sangat tunggu. Dah dua hari!

Everything went very fast. Tiba-tiba je Azam dah dapat VIP room (alhamdulillah one was available at that time), I was wheeled into the ward, then belum sempat apa-apa, nurse dah tolak masuk bilik pemantauan to do some ECG scanning.

It was fascinating to see the pain chart spikes with every contraction (albeit painful la..).. we sure have come a long way in the medical world to assist mothers giving birth, especially first time mothers like me, hehe..

Nurse : Awak ni, dah nak bersalin ke?

Me : Err... no, I dont think so..Doktor cakap baru 2cm..

Nurse : Oh, hmm first ke?

Me : Haah..baby girl (volunteering information)

Nurse : Hmm lambat lagi lah ni, pagi esok baru bersalin ni..

Me : Takpe lah, asalkan saya kat sini..

Nurse : You sure you belum rasa nak bersalin? Ada rasa macam nak terberak tak?

Me: Err....tak sure la..

Nurse : Your pain spikes are pretty high for 2 cm..

Me : (Tau takpe nurse oi, gigi rasa nak tercabut dah ni)



Yeah, you go girl!

Habis ECG dengan happynya - I am seriously so happy to be admitted already - cannot wait to get my hands on some epidural..

It was 11:45 PM, Thursday.


I was back on my bed. Azam by my side, holding my hands and whispering Zikr and all in my ears everytime the contractions came. For some reason, I didnt really mind him being close and all now - perhaps the hospital environment is making me focus.

You see, in UMRA, there is the option to book your doctor.

When you book a doctor, you basically have your monthly / fortnightly / weekly checks with her, she would know all your history and your concerns etc and she will be the one delivering your baby.

The catch? You have to topup RM 300 as the booking fee - not so expensive, but still when you are expecting another human being to enter the household, you kinda want to save whatever that you can.

So I said.. nah, let's not bother. 

Plus even if we don't book a doctor, it will still be a female doctor on standby for normal deliveries.

But Azam... oh again that husband of mine who would go the extra lengths to make his wife comfortable was adamant that we booked a doctor, because according to him:

  1. You would not want tiba-tiba tengah sakit nak bersalin datang seorang doktor yang tak pernah dikenali, garang dan muka masam sebab penat dah deliver 10 orang patients lain. Kau pun takut nak teran, ya?
  2. A doctor who knows your history, your priorities and worries will be able to better support you emotionally. Physcially semua doktor boleh, but it takes some kind of pre-relationship with your doctor to be comfortable having her around in your most crucial and private moments.
  3. We need to know that the doctor is pro natural birth. Taknak ada doktor yang baru try push sekali and fail, terus nak caesar. Or nak guna vacuum. 
  4. He will belanja that RM300, its okay if Sime Darby does not cover the amount
  5. It's his money, he can do whatever he wants with it.
  6. Dan 101 lagi alasan lain yang buatkan aku give up dan cakap OK OK OK BOOK LAH BOOK

So.....because we booked a doctor and I was admited at around 11:30am camtu, we have to wait for the doctor to come la, obviously.

11:55 PM


Doktor Yus : Assalamualaikummmm *Smiles

Phew, she's here.

Me : Doktor, saya dah 2 cm. Nak epidural.

Doktor Yus : Haha.. semangat ni. Let me VE dulu and see if you need the epidural..

Me : (What do you mean if I need? I of course need!) 


But chicken la, takde lah menjawab. Cuma sengih dan angguk-angguk je la..

Honestly at that point, I only have my eyesight on the epidural.

During pregnancy, being the nerd that I am, I researched high and low on epidurals. The pros and cons, why people take it, what form of epidurals are available, which is the safest, etc..

You know, the kind of researched that leads you to wanting a natural birth as much as possible.

I found out that whilst generally it is safe to take the pain relief, there are isolated cases showing negative impacts on the mom and the baby.

And while so many people are against pain reliefs, a lot of young mothers have had a 'pleasant' birth experience with the aid of these pain reliefs.

It is all about making informed decisions, you see - do drop me an email / comment if you'd like to know more about the different pain reliefs and my personal thoughts on them.

But yes, my pre-contraction stand was against epidural or any sort of pain reliefs.

My daughter will see the world drug-free. Yeah..yeah..

After the two days of gruelling contraction pains and not having sleep, well, I now sided with mothers who had the epidural and still live a normal life today.

Epidural! Tak sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrr

The second last VE



Doktor Yus : Haha

Me : Napa doktor?

Doktor Yus : *Ignores me* Nurse, prep the delivery room. Awak ni dah nak bersalin dah ni. Dah 8 cm.

Me in the shockest moment of my life : WHAT THE HECK??

Azam : Ish Yang ni ape pulak cakap camtu!


Terkejut badak mak noks!

Dah lah tak dapat epidural idaman, pastu dah nak bersalin dah pulak?????????

Apakah nasib badan...


----------------------------------------------------------------------------

So, this will be the second last instalments of my labour story - I do enjoy writing these here and I hope those reading may have laughed, cried and benefited from these series as well. Below are the few episodes that I've written on my delivery journey, if you're keen:


Part 1 - Ways to Manage Contraction Pains

Part 2 - Two Emotional Guys in My Life

Part 3 - Off to the Hospital We Go!

Part 4 - Off to the Hospital We Go... Again?

Part 5 - How My Husband Helped Eases My Pain..Without Being Near Me

Part 6 - The Epidural That Was Meant To Be... 

Part 7 (Finale) - The Irony of Calling for Your Mother...When You're About to Become One


In the final episode (cewah) of this wonderful, wonderful experience of mine (albeit painful), saya akan ceritakan panjang lebar tentang:


  • Doktor lebih berminat nak berbual dengan suami - what I did to make sure the Doctor focus on me, and only me (hello, I yang terberanak sini, fokus sikit please?)
  • Teknik unik meneran / push yang diturunkan oleh Doktor Yus untuk pastikan kurang terkoyak
  • Pengalaman kena marah doktor, sebab marah husband..errr...
  • The first word I said when Doktor suruh push - and its reflection on our relationship with our mother.
  • How choosing Doctor helped increase your chances to give the first colostrum to your baby

But...

This exciting final chapter will be something exclusive after you have helped me with the following!

Ha!

iPhone 6 Giveaway 


Upline saya yang tersangat lah awesome is doing a giveway of iPhone 6 - boleh tak?

Dan disebabkan handphone saya sekarang yang tersangatlah tak berapa nak awesome, I would like to seek your help to increase my chance to win :)

Senang aja, I need your help to watch the video below and play it till the end (all of the videos) - each completed play will give me a count and hopefully with your help, I'll stand a chance in the giveaway..

For those who helped, do drop me an email at saudagaruntamu@gmail.com / comment below to indicate you have played all three videos to the end and I will email the Final Part of my experience for your exclusive eyes to read.

Win-win, yes? :)


Video #1:


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Video #2


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Video #3



Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.


Thank you!

Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor (917819)
SMS / Whatsapp : 017-6021189






Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com