Thursday, November 13, 2014

Tips Anak Bijak Supaya Tak Lagi Rimas Dengan Jiran Sebelah Yang Berlagak Anaknya Hebat

Semalam, saya hadiri majlis graduasi adik saya tahun 6, dan duduk di sebelah seorang ibu beranak tunggal.

Selepas hampir 3 jam duduk, saya rasa muka saya dah beku dengan senyuman plastik dan sikit sahaja lagi kesabaran yang tinggal sebelum saya cakap "Sudah-sudahlah berlagak tentang anak awak yang pandai A, B , C dan 1001 perkara lagi tu, saya tak mahu tahu"

Hehe.

Pernah tak ibu semua berada dalam situasi seperti ini?

Ibu Tertekan Cari Cara Supaya Anak Pintar


Rata-rata ibu bapa hari ini semua tertekan nak buat anak jadi pintar dalam segala macam hal. Toleh kiri dan kanan, semua orang saling berlumba-lumba apa kelebihan anak masing-masing.

Soalan-soalan seperti "Anak awak dah apply sekolah mana?"

atau

"Baby dah boleh buat apa dah? Baby saya dah boleh makan makanan keras (tanpa tunggu kita jawab pun soalan dia - sendiri tanya, sendiri jawab)

atau

"Si Anita tu (anaknya) memang bagus - di sekolah masuk tarian, kawad, pidato, bahas, kuiz matematik, lagi.... lagi.... lagi...."

sedikit sebanyak menyebabkan ibu bapa sanggup buat apa saja untuk membolehkan anak masing-masing bersaing dalam suasana yang kompetitif melampau ni.

Cuba bayangkan,

Jiran sebelah anaknya selalu dapat nombor 1 di sekolah, markah semua melebihi 90 pulak tu.

Jiran depan, anak sulungnya baru graduasi sebagai jurutera dari universiti terkemuka di Amerika.

Di kampung pulak, mak baru beritahu yang cucu ketua kampung umur 4 bulan dah boleh berdiri.

Pressure, kot?

Ukuran Kejayaan




Kalau perasan, sebenarnya yang mudah membuatkan ibu bapa Malaysia ni tertekan adalah bila kejayaan dan kelebihan anak diukur dalam unit KEPANTASAN dan AKADEMIK.

Kalau anak lambat bercakap, tak bagus. Kalau anak tak dapat 90 markah, tak bagus.

Tapi, tak ada yang rasa tertekan bila lihat anak kawannya rajin membantu orang, pandai mengucapkan terima kasih dan sebagainya.

Ada ke mak tengok anak jiran ucapkan terima kasih dengan sopan, lepas tu rasa dengki dan paksa anak sendiri cakap terima kasih, arigatou dan syukran dalam 5 bahasa berbeza? Mana ada.

Yang lagi tak dengki langsung kalau tengok anak orang lain boleh mengaji umur 3 tahun. Kita cakap - Wah, baguslah! - and thats about it.

Sedih nya...

Akibatnya...

Kesian la kat budak. Kecil-kecil dah dipaksa ke kelas tambahan sampai larut malam. Hujung minggu dicatu, tak boleh bermain sesuka hati sebab perlu hafal kamus. Kalau tak dapat markah 100 dalam ujian sifir, kau duduk lah kat meja belajar hafal sifir guna belakang buku latihan coklat tu.

Kasih Sayang Lebih Utama


Buku yang mempunyai ilustrasi berbentuk komik supaya ibu bapa yang
membaca lebih mudah memahami dan mengaplikasikan teknik-teknik 'talking' yang disarankan

Dalam keadaan stress dan tertekan nak anak bijak dengan cepat, ibu bapa mungkin akan terkeluar perkataan-perkataan yang tak sepatutnya.

Adele Faber, pengarang buku terkenal How to Talk so Kids Can Learn menulis bahawa untuk melahirkan kanak-kanak yang bijak akademik DAN sahsiah, kasih sayang ibu bapa dan pendidik adalah amat penting.

Anak akan lebih terbuka untuk menerima teguran dan memahami pelajaran sekiranya mereka selesa dan tidak terasa terancam dengan 'inferiority' ibu bapa.

Percayalah - anak bijak lahir dari rumah dengan ibu bapa yang hebat.

Jadilah Ibu Bapa Hebat Itu, Hari Ini


Doa, doa dan doa. Jangan jemu.


Doa ibu bapa adalah senjata yang paling ampuh - bukan sekadar untuk anak, tapi juga untuk membersihkan hati ibu bapa supaya dapat pandang anak dengan penuh kasih sayang. 

Sewaktu anak hampir terlena, bisikkan harapan anda di telinganya. Waktu ini minda separa sedar sang anak masih jaga, dan inshaAllah doa dan harapan anda akan meresap masuk ke dalam hati dan mempengaruhi tingkah lakunya.

Sediakan persekitaran yang merangsang kecemerlangan


Kajian menunjukkan pendedahan berterusan kepada bau busuk dan keadaan yang huru-hara akan merendahkan fungsi otak dan menyebabkan emosi terganggu.

Tempat khas untuk anak bermain yang bersih dan kemas boleh mengelakkan otak anak merosot secara semulajadi.

Bawa juga anak-anak melihat alam - banyak yang boleh dipelajari dengan melihat ciptaan Allah.

Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang




Senaman berbasikal beramai-ramai di hari minggu? Good idea.

Berkelah di taman dan biarkan anak berkejaran lebih bermanfaat untuk perkembangan anak berbanding iPad beratus ribu yang anda mungkin terfikir untuk  belikan kepada anak sebab lihat anak jiran sebelah pun ada iPad.

Lagi pun, berkelah lebih murah.. hehe...

Dari sudut pemakanan pula, saya rasa semua ibu bapa pun dah tahu pentingnya makanan yang seimbang zatnya.

Tak kurang juga yang memberikan kismis, kurma, minyak zaitun, minyak ikan, dan sebagainya kepada anak sebagai 'neuro-booster'. Bagus. Tak salah berikan, kerana ini semua adalah usaha. Bagi anak yang tak suka makan makanan pelik-pelik ini live, boleh juga gunakan alternatif pil minyak ikan semulajadi ini.

Ibu bapa juga peru kreatif untuk menangani anak yang memilih dalam soal makanan. 

Contohnya, kalau anak pantang melihat sayuran, sayuran tersebut boleh dikisar dan dimasukkan dalam bebola ikan kegemarannya.

Boleh juga mencuba bancuhan enak berperisa vanilla yang boleh mengembalikan selera makan anak. Tapi, awas, jaga juga jangan sampai selera terlalu membuak!

Dan akhir sekali...

Terima Anak Seadanya


Ingat lagi suatu masa dahulu, anda pernah berdoa panjang dan lama supaya anak itu hadir buat penyeri hidup.

Jangan dilupakan saat-saat sukar anak tersebut dikandung dan dilahirkan - dan bagaimana hidup anda berubah selepas kehadirannya. Penat dan tidak tidur malam - tapi ceria. Bahagia.

Ramai yang di luar sana masih menanti penyeri hidup seperti yang telah anda miliki.

Jangan rosakkannya dengan hati yang membuta tuli tak mahu kalah dengan tekanan dunia.

Anak anda, anda yang mencorakkannya. Dan yakin lah setiap anak dilahirkan dengan keistimewaan tersendiri, dan sekiranya sampai sekarang anda masih tak lagi nampak-nampak apa special sangat anak anda tu..

Ingat.

Mereka adalah jawapan Allah kepada permintaan anda suatu masa dulu. 

Istimewa, kan?


Salam sayang,

Putri Zulaikha 
Shaklee Independent Distributor (917819)
SMS / Whatsapp : 017-6021189
Email : saudagaruntamu@gmail.com



















2 comments:

  1. Ibu bapa yang tertekan akan bertindak menekan anak pula.
    Kesudahannya suasana penuh tekanan yang terjadi dalam sebuah keluarga, hubungan kasih sayang juga akan tergugat.

    ReplyDelete

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com