Wednesday, November 12, 2014

Kenapa Ramai Orang Nak Bakar Lemak - Lemak Jahat Sangat, Ye?

Lambakan produk menguruskan badan untuk bakar lemak yang kita tengok di pasaran hari ini sedikit sebanyak sepatutnya buatkan kita terfikir.

Kenapa semua orang nak bakar lemak? Jahat sangat ke lemak ni?

Lemak Baik Untuk Kesihatan


Siapa yang belajar biologi di sekolah mesti tahu ada vitamin yang larut lemak untuk diserap dengan baik. Ingat ADEK? Vitamin empat bersaudara ni lah yang perlukan lemak untuk larut dan memberi manfaat kepada badan.

Protein dan karbohidrat yang berlebihan pun ditukarkan kepada lemak - takut nanti suatu masa kita terpaksa skip lunch dan dinner sekali harung (tak sihat, jangan buat selalu, kesannya pada berat tak bagus!), lemak-lemak ni akan dibakar semula untuk dijadikan tenaga.

Fakta lemak lain yang mungkin kita tak tahu:

  • Lemak membekalkan tenaga
  • Lemak melindungi organ-organ dalam badan macam kusyen
  • Kajian menunjukkan sesetengah lemak tidak tepu membantu mengurangkan risiko anser
  • Berguna untuk membentuk membran sel - maksudnya setiap sel kita diliputi dengan lapisan lemak yang halus.
Jadi....

Kalau cita-cita nak makan produk kuruskan badan sampai tinggal tulang, itu namanya nak melanggar hukum alam.

Bakar Lemak pinggang
Obsesi terhadap saiz pinggang...

Lemak BERLEBIHAN lemak jahat


Apa-apa yang berlebihan, selalunya tak membawa manfaat yang baik.

Termasuklah dalam kes lemak.

Punca utama lemak berlebihan adalah pemakanan yang tidak terkawal. Keburukan pengambilan lemak yang berlebihan :

1. Termendap dalam saluran darah, menyebabkan aliran darah jadi sempit dan tak efisyen.


Akibatnya - tekanan darah tinggi, sering sakit kepala sebab tak cukup oksigen, dan paling teruk, sakit jantung bila jantung terpaksa bekerja keras nak 'push' darah melalui laluan salur yang berkeladak.

2. Menyumbang kepada berat badan berlebihan, dan lebih teruk, obesiti.

Obesiti, bukan saja menyebabkan pemilik badan rasa rendah diri, tidak cantik dan 'less of a human', malah merupakan salah satu punca awal terhadap penyakit lain seperti diabetes, sakit lutut dan sebagainya.

3. Terkumpul di bahagian badan seperti paha, bawah lengan, pinggang, punggung dan sebagainya.

senaman bakar lemak
Orang panggil lemak di pinggang, spare tyre...

Oleh sebab tak mahu kelihatan menggeleber, ramai yang tak sabar-sabar nak ambil jalan pintas untuk menguruskan badan dengan menggunakan produk kurus di pasaran. 

Janji-janji seperti kurus_dengan_cepat_dalam_masa_30hari dan seksi_menawan_tanpa_lemak sangat faham keinginan golongan sebegini yang nak kurus sekelip mata.

Berbaloi ke?


Bayangkan lemak yang dah lama melekat dan tiba-tiba datang orang RENTAP dari tempat dia bergantung, terkejut tak?

Tempat lemak bergantung tu (aka badan / salur darah / organ), terperanjat dan mengamuk tak?

Jangan terpedaya dengan produk-produk yang menjanjikan kurus sekelip mata. 

Lebih baik cuba rawat dan turunkan berat dengan sihat melalui:

  1. Aktiviti aktif seperti berjalan kaki, bermain dengan anak-anak atau berlari setempat supaya kadar jantung meningkat dan lemak dibakar secara semulajadi
  2. Betulkan pola pemakanan. Kebanyakan produk segera akan suruh diet melampau - sekali lagi, badan terkejut ape kejadah tiba-tiba tak dapat makan macam biasa, kan? Hasilnya, kurus tapi tak bertenaga. Lembik.
  3. Tidur yang cukup. 
  4. Ambil suplemen yang bantu detoks badan. Badan berlemak berkemungkinan besar dipenuhi dengan toksik-toksik yang menghalang nutrisi dari diserap masuk dengan efektif.
  5. Ambil pemakanan untuk bakar lemak secara semulajadi. Minyak ikan, teh hijau dan oat adalah antara contoh makanan bakar lemak semulajadi yang boleh dimasukkan dalam diet seharian.

Dari spend beratus ribu beli produk kurus_sekelip_mata, lebih baik invest duit beli vitamin / supplemen yang membantu badan nyahkan lemak-lemak tak berguna semula jadi.

Vitamin sekurang-kurangnya tak RENTAP lemak dari badan. Gentle sikit, ok.


Pertanyaan berkenaan vitamin yang sesuai untuk buang lemak, boleh hubungi:
Putri Zulaikha
Shaklee Independent Distributor : 917819
SMS / Whatsapp : 017-6021189
Email : saudagaruntamu@gmail.com






0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com