Tuesday, November 11, 2014

Akibat Tak Tahu Cara Maintain Berat Badan Mudah Ini, Bakal Pengantin Perlu Alter Dress Pengantin LAGI dan LAGI

Semakin hampir hari bahagia, semakin banyak perkara yang perlu difikirkan dan diselesaikan. Teringat waktu zaman-zaman hari bahagia saya (ahem), saya google 'cara maintain berat badan'..

Kelakar pula kalau ingat.

Persiapan yang terlalu banyak, di tambah dengan desakan masa bagi bakal pengantin yang bekerja boleh meningkatkan tahap stress. Tambah pula kalau orang-orang lain di sekeliling seperti mak, makcik, bakal mak mertua, bakal pak mentua, atok, nenek segala rupa nak beri 1001 cadangan tentang cara nak menguruskan majlis

Walaupun niat mereka ni baik, tapi alahai susah jugak nak jaga hati semua orang - mana nak jaga hati sendiri lagi ni!

Tekanan emosi punca utama 'binge' eating

Pilih penampilan anda di hari bahagia - kiri atau kanan?
Sesiapa yang pernah tengok "Bride Wars" mesti faham apa kaitan stress dengan makanan terlalu banyak melampau di luar kawalan.

Akibat terlalu stress nak bersaing dengan sahabat baiknya tengok majlis kahwin siapa yang lebih grand, Liv, lakonan Kate Hudson, tak mampu mengawal berat badannya yang naik melampau sampai tak muat nak masuk ke dalam dress Vera Wang.

Ramai yang tak perasan mereka adalah salah seorang binge eater! Pernah tak anda:

  1. Lebih suka makan seorang diri sebab bila makan seorang diri, tak ada siapa yang nak terjojol mata tengok kuantiti makanan yang banyak 
  2. Diet bersungguh-sungguh 5 hari, jadi seorang 'pemakan' yang baik cuma makan clean food, salad dan sebagainyalah. Tapi sekali hari Sabtu terus telan satu tub ais krim sekali hadap. Pernah? Ini namanya impulsive eating
  3. Makan terlalu banyak dalam tempoh masa yang sekejap. Lunch makan nasik beriani sepinggan. On the way balik lunch makan sandwich pulak. Kat atas makan coklat. Err...
  4. Terasa tidak mampu untuk mengawal diri dari berhenti makan.
Sekiranya anda pernah mengalami salah satu dari ciri-ciri di atas, tidak tahniah. Anda mungkin salah seorang yang menghidap penyakit mental 'binge eating'.

Apa yang perlu saya lakukan?


Jangan risau. Semua orang mempunyai kecenderungan untuk melakukan salah satu daripada 4 perkara di atas sekali-sekala. 

Yang tak normal adalah bila anda perasan anda asyik jatuh dalam pola 4 di atas terlalu kerap.

Saya cadangkan bakal pengantin tarik nafas dalam-dalam dan cuba buat perubahan minimum ini dalam gaya hidup bakal pengantin anda :

  1. Tidur awal. Make it a point untuk dapat tidur yang cukup. Kajian menunjukkan individu yang tidak mendapat tidur yang cukup akan compensate dengan cara makan dengan lebih banyak daripada biasa.
  2. Walau sesibuk mana pun anda ke hulu ke hilir menguruskan persiapan kahwin, jangan lupa minum air! Tips mudah: Sentiasa bawa botol air 1L supaya mudah untuk anda rekod sama ada pengambilan air harian cukup atau tidak. Tak mahu pula kalau kulit jadi kering dan bibir mula merekah, kan?
  3. Jika anda mempunyai kawan baik, inilah masanya untuk mengambil kesempatan. Jadikan mereka sebagai 'polis' peribadi supaya anda tak hilang kawalan sewaktu dalam sesi 'food tasting', dan sebagainya.
  4. Chances are, anda telah banyak bergerak dalam menguruskan urusan perkahwinan dan badan telah banyak exercise. Bagus. Tapi jangan pandang rendah manfaat 5 minit senaman 'plank' setiap hari untuk mengempiskan lagi perut. 

Kesan Pola Pemakanan Terhadap Berat Naik Mendadak


Untuk bakal pengantin yang sedia berisi, saya cadangkan untuk mula makan dalam porsi yang kurang dari biasa, tapi lebih kerap sekiranya perlu.

Memasukkan makanan sekali hentak ke dalam perut memaksa badan bekerja dengan lebih keras dan sekiranya kadar metabolisme anda sedia rendah, belum sempat habis hadam lagi anda dah masukkan makanan baru.

Kesian lah perut.

Beri masa untuk badan menghadam kuantiti makanan dengan efektif.

Saya juga suka nak cadangkan pengambilan suplemen untuk membantu badan membakar lemak-lemak yang sedia ada dengan lebih berkesan.

Mulakan Hari Dengan Sarapan yang Power


Bagi bakal pengantin yang telah mempunyai berat badan ideal, tahniah. Tugas anda tak sukar - cuma perlu pastikan tidak terjadi kes-kes yang menyebabkan berat naik tak disangka-sangka.

Salah satu cara berkesan untuk mengawal berat badan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat lengkap sewaktu sarapan supaya badan memulakan hari dengan bertenaga - bukan craving for energy.

Pernah perasan tak - kalau kita tak sarapan, macam makin menjadi-jadi pulak nak mengunyah jam 10 pagi?

Tak pun, lapar waktu lunch berganda-ganda sampai kadang-kadang sepinggan nasi beriani pun rasa tak cukup!

Tapi masalahnya, nak bangun pagi siapkan sarapan yang berkualiti tu, agak remeh. Tambahan untuk bakal pengantin yang bekerja dan perlu bergerak ke ofis pagi-pagi.

Sudahnya, nasik lemak Kak Kiah jadi menu harian.

Set Kurus Shaklee
Nasik Lemak.... sedap di mulut, tak berapa nak sedap di paha, lengan, dan muka....

Alternatif untuk Sarapan yang Mengenyangkan... dan Tak Menyumbang Pada Berat Badan


Saya kongsikan sarapan saya sehari-hari..........

Menu sarapan perasa vanilla yang enak dan mengenyangkan


2 sebab utama kenapa saya rasa mealshakes paling bagus untuk buat menu sarapan:

  1. Sangat sangat sangat lahhhh mudah untuk disediakan. Nama pun 'shakes' - setiap pagi 3 minit sebelum keluar rumah saya shake dalam botol shaker dan teguk. Cepat, kan?
  2. Rasa kenyang tahan lama - kalau saya makan mealshakes ni pagi jam 7, pukul 12 tengah hari baru mula rasa lapar. Sebab pukul 12 baru rasa lapar, saya tak ada lah mengada-ngada nak mengunyah jam 8 - 11 pagi tu.
Rasanya sesuai jugak untuk bakal pengantin yang sibuk tak sempat nak sarapan sebab ada appointment dengan caterer, kan?

Tak sabar saya nak anda turut sama sayangkan mealshakes ni macam saya!



Putri Zulaikha Amin


♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ SMS / Whatsapp: 0176021189
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com