Monday, November 17, 2014

Dilema Ibu Bekerja Yang Nak Banyakkan Susu Badan Supaya Tak Payah Topup Formula SELAMANYA

Salam sejahtera semua..

Hari ini, ramai ibu-ibu muda yang semakin bersemangat untuk menyusukan bayi seawal kelahiran. Cita-cita setiap insan yang bergelar ibu, adalah untuk berikan yang terbaik buat sang manja.

Bermacam-macam informasi dah dicari sewaktu zaman sebelum kehamilan lagi.

Hadiri kelas penyusuan. Heret suami untuk sama-sama belajar dari pakar laktasi, cara yang betul melekapkan bayi, sokongan suami, dan sebagainya.

Google segala macam cara banyakkan susu, tips susu melimpah ruah, susu badan memancut-mancut, semuanya lah.

Belum lagi nak dikira persedian menyambut bayi yang 'mesra' breastfeeding.

Nursing cover, beli.

Pam susu - kalau mampu, memang akan beli Medela Freestyle yang jadi bualan ramai ibu-ibu sekarang.

Nursing bra, nursing blouse, sedia.

Semua menanti si manja, untuk perjalanan penyusuan badan anda dan dia.

Teruja.

Tak sabar menanti.

Dan hari kelahirannya pun tiba....




Si Manja Yang Disayangi


Kali pertama bertentang mata, hati anda jatuh sayang.

Apatah lagi saat istimewa anda menyusukannya. Terasa begitu dekat dan rapat - betullah yang dikata, penyusuan badan merupakan hubungan istimewa ibu dan anak.

Azam anda semakin tekad - akan anda susukan si kecil ini sehingga umurnya mencecah 2 tahun.

Semoga rezeki susu anak ini dimurahkan..

Diam-diam, anda berdoa di dalam hati, rendah hati mengharap Tuhan perkenankan doa anda.

2 bulan berlalu, tempoh berpantang diganti dengan pulangnya anda ke tempat kerja.

Andalah Ibu Cekal Itu...




yang setiap hari gigih mengangkut beg susu, pam susu dan segala persiapan mengepam susu ke pejabat.

yang duduk di pojok surau kecil, mengepam susu sambil mengimbangi laptop untuk menyelesaikan kerja..

yang seringkali makan bungkus, supaya anda dapat menyelesaikan waktu mengepam dan solat dalam waktu makan tengah hari yang diperuntukkan..

yang kadang kala terpaksa meminta diri dari mesyuarat penting, kerana anda disuruh menghadiri meeting demi meeting tanpa waktu rehat yang secukupnya..

yang sanggup tidak keluar lunch, asalkan bekalan susu dapat disediakan untuk kesayangan hati.

Anda lah ibu cekal itu.

Azam anda tidak pernah berganjak - anak itu akan merasai setiap titisan susu dari badan anda selagi termampu.

Tapi Entah Dimana Silapnya...


Saban hari, walau tidak pernah terlepas waktu mengepam, susu semakin hari semakin berkurangan.

Jika dulu sekali mengepam dapat 8 oz, sekarang satu sesi hanya dapat menyimpan 5oz.

Si kecil semakin lincah, minatnya terhadap susu semakin tinggi.

Stok susu di rumah semakin berkurangan.

Gusar dan resah.

Makanan untuk banyakkan susu badan dah diambil. Tapi masih tiada kesan.

Urutan banyakkan susu - hanya membantu sedikit sahaja. Masih juga tidak memberi hasil yang memberangsangkan.

Suami dan ibu mula menyebut-nyebut susu formula.




Sehinggalah suatu hari, perkongsian seorang sahabat di laman sosial memberi kesan dan membuka minda anda.

Ibu Ceria, Bayi Gembira.


Allah!

Bukankah dah ditekankan sewaktu kelas penyusuan yang pernah anda sertai satu masa dahulu, yang emosi ibu mempengaruhi penghasilan susu?

Rupanya sewaktu mengepam di sudut surau, fikiran anda ligat memikirkan tugas pejabat yang menanti.

Hati kadang-kadang tertekan dek berat beg susu, pam susu dan ketulan ais yang terpaksa dikelek ke hulu ke hilir.

Beban kerja di pejabat, tidur yang tidak mencukupi, tugasan di rumah - semua menyebabkan badan anda penat dan stress.

Pesanan pakar laktasi - ibu perlu tenang dan ceria, barulah susu keluar dengan senang hati.

Allah!

Kasihan anak yang bakal jadi mangsa!

Familiar tak?


Situasi di atas adalah situasi yang biasa dihadapi ibu muda bekerja yang mengadu tak cukup susu dengan saya.

Mereka semua mahu terus menyusukan, tapi dengan keadaan susu yang makin berkurangan, malah ada yang terus merudum, menyebabkan ramai yang terus berhenti dan mengambil langkah untuk topup dengan susu formula.

Bayangkan, azam dan persediaan untuk menyusukan yang telah dibuat sekian lama, hilang begitu saja.

Panik menguasai akal.

Jangan Jadi Sebegitu!


Anda mahu tak jika saya nak kongsikan salah satu lagi usaha untuk cuba membanyakkan susu badan semula?

Bismillah, saya kongsikan pengalaman saya sendiri semoga perkongsian ini membuka hati ibu-ibu yang memerlukan bantuan..

dan juga membantu anak-anak syurga kita untuk terus mendapat susu yang terbaik untuk mereka.

Saya juga seperti anda..


mengimpikan penyusuan sehingga dua tahun buat anak sulung saya. 

Tapi sewaktu minggu-minggu pertama mula bekerja, saya begitu tertekan. Sikap seorang 'perfectionist' yang mahukan semua kerja disiapkan dengan terlalu sempurna, ditambah dengan keadaan saya yang tidak cukup tidur, cukup-cukup membuat otak dan badan saya penat.

Terlalu penat.

Sering kali saya pulang ke rumah dengan perasaan mahu terus tidur - tapi tak boleh lah, kerana bayi kecil perlukan perhatian.

Beberapa hari kemudian, saya perasan susu makin berkurangan.

Kuantiti susu perahan semakin sedikit.

Saya mula terpaksa menggunakan susu stok, dan lama-kelamaan, stok makin menipis.

Rasa nak menangis. Kerja pun tak tentu hala, sekarang baby pun bakal disogokkan dengan susu formula.

Saya tak mahu!




Saya bertekad makan supplemen. 

Walaupun sedikit skeptik, saya sudah hampir kehabisan usaha. Saya pejam mata dan beli Set Penyusuan Shaklee yang banyak dipasarkan di internet.

Pengedar Shaklee yang saya hubungi waktu itu menyarankan saya ambil set lengkap penyusuan.

Kesan Positif Selepas 3 Hari..


kepada badan.

Susu tidak bertambah serta-merta, tapi saya dapat rasa kelainan kepada badan dan minda.

Tubuh tidak lagi sepenat dulu. 

Kalau dulu saya sering mengantuk dan hampir tertidur sewaktu memandu pulang dari tempat kerja, selepas mengambil supplemen saya lebih bertenaga.

Emosi pun semakin stabil. Saya lebih mudah tersenyum, dan otak terasa ringan. Tak lagi terasa berat dengan tekanan yang entah apa-apa.

Saya pulang dan dakap bayi saya dengan lebih tenang.

Saya rasa lebih dekat dengan bayi. 

Selain itu, saya masih teruskan semua konsep penyusuan yang saya ketahui selain pengambilan supplemen secara konsisten.

Dan Tanpa Saya Sedari, Susu Tidak Lagi Hanya 4 Oz Sekali Pam.


Saya tidak pasti bila, tapi perlahan-lahan, kuantiti susu perahan berhenti berkurangan. 

Saya lega.

Dan semakin saya lega, susu perahan semakin banyak.

Gembira tak terkata bila stok susu dalam peti mula bertambah dan bertambah.

Syukur tak terhingga.

Saya Mahu Kongsi Perasaan Ini dengan Anda Semua..


ya, anda.

Ibu-ibu yang mempunyai azam untuk menyusukan bayi yang tinggi, seperti azam yang saya miliki terhadap anak syurga saya.

Keazaman andalah yang sebenarnya menjamin susu badan yang berterusan.

Bukan makanan banyakkan susu yang anda google.
Bukan nursing blouse dan nursing cover yang anda beli.
Bukan juga medela freestyle yang dibeli dengan mahal.

Bukan.

Anda lah sebenarnya resepi utama yang membolehkan anak anda menikmati susu badan yang penuh berkat dan khasiat.

Jangan biarkan perasaan skeptik terhadap supplemen menghalang kejayaan pengalaman penyusuan anda.

Saya bersyukur saya tidak tunduk pada perasaan skeptik saya.

Sekiranya anda turut mengalami masalah yang sama, saya harap anda hubungi saya.

Benarkan saya kongsikan pengetahuan dan pengalaman saya tentang suplemen yang sesuai dan tips-tips penyusuan yang lain supaya kita sama-sama berjaya.

Berjaya memberikan yang terbaik untuk anak syurga kita.


Selamat berjaya dalam perjalanan penyusuan anda,


Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor 917819
SMS / Whatsapp : 017-6021189









0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com