Friday, July 18, 2014

Tragedi Tragis.. Pray for MH17

Laman sosial mempunyai berita yang mengejutkan buat saya dengan tragedi yang berlaku terhadap MH 17.

Bulan puasa ni, saya sering 'flat' lepas buka puasa, jadi biasanya akan ambik baby dan berharap baby akan cooperate untuk tidur smpai pukul 10 macam tu baru bangun semula.

Semalam terlajak sehingga jam 12 malam dan entah kenapa tangan macam laju je ambik telefon nak check Facebook.

Saya macam tak percaya... kisah MH 370 pun masih belum sepenuhnya selesai, sekarang kisah MH 17? Allah... dugaan apakah yang sedang Kau berikan kepada kami?

Tak dapat bayangkan perasaan ahli keluarga mangsa ahli pesawat yang terlibat.. semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan kepada kalian, terutamanya di bulan yang mulia ni..

Saya toleh kiri dan pandang wajah suami yang sering travel menggunakan air travel..  semakin tak dapat bayangkan agaknya bagaimanakah keadaan saya jika tragedi yang sama menimpa diri saya.. :(

Ya Allah kau lindungi lah keluargaku dari bala bencana...

Harapnya tiada spekulasi bodoh yang bakal dikeluarkan oleh mana-mana pigak berkenaan MH17. Tak perlu bomoh dan kelapa. Tak perlu politik.

The bare truth is there are real human souls involved, so please be a human and just respect each other.

Ya Allah, Kau berikanlah ketabahan hati kepada kami.

Ya Allah, lindungi lah kami.

Ya Allah, lindungilah negara kami.

#prayforMH17
#prayforMH370

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com