Tuesday, July 8, 2014

Nak Menyusukan Tapi Banyak Alasan!

Walaupun ramai ibu sekarang yang sedar tentang kepentingan untuk BERUSAHA menyusukan bayi, masih ramai yang hangat-hangat tahik kucing. Cakapnya nak menyusukan bayi sangat-sangat, tapi bila di-FBI-kan sebelum jual Set Penyusuan Shaklee, rupanya ramai yang:

  1. Nak menyusukan tapi malas nak bangun malam pam susu / bangunkan anak untuk menyusu...sanggup biarkan bengkak susu setiap malam sampai lah badan ingatkan susu sudah tarak mau guna dan kurangkan produksi susu..
  2. Nak breakfast makan maggi, lunch ramen, dinner cikedis super ring dan supper lolipop. Berkhasiat sangat..
  3. Duit lebih nak beli baju RM 1000 untuk melaram ok, duit lebih tengok double breastpump RM1000 cakap 'mahal lah....'
  4. Bila dicadangkan mengikuti kelas penyusuan, komennya "Alah...menyusukan je.. apa susah sangat?" Ha iye..
  5. Harapan dengan makan vitamin penyusuan dapat menghasilkan susu melimpah ruah menitis-nitis tanpa perlu ada demand? 
Grrrrrrr to these moms...

Kepada mak-mak yang bersimptom seperti di atas, saya malas nak cadangkan sebarang vitamin sebab kalau tak faham konsep penyusuan, telan berbotol vitamin pun tak akan membantu.

Dua konsep penyusuan sekali lagi saya nak tekankan:

Demand VS Supply
Lagi banyak menyusukan / pam susu, lagi banyak susu badan yang akan dihasilkan. Jadi untuk ibu-ibu bekerja yang selalu bagi alasan tak sempat pam kerja banyak etc etc, errrrr I rasa susu pun nak cakap - sorry cik saya malas nak keluar sebab tak ada orang mintak? Babai

Nutrisi yang sempurna untuk badan ibu
Tahukan penyusuan tu dipengaruhi oleh emosi dan kesihatan badan ibu? Ibu penat, susu sikit. Ibu stress, susu merudum. Ibu emotional tengok bola kalah, alamatnya susu pun merajuk. Jadi bila makan, ibu tak boleh memilih hanya nak makan dessertttttt aja tanpa makan kategori piramid makanan yang lain. Balance is key. Selain dari ambil makanan berkhasiat untuk each meal, ibu boleh juga cuba makanan yang menambahkan susu / milk booster, contohnya lobak putih, kurma, susu, ataupun nak mudah, cuba set penyusuan shaklee yang salah satunya mengandungi Energizing Soy Protein yang diwar-warkan boleh tambah susu dengan sangat menggalakkan.

Sekian, sesungguhnya saya tak berapa mempunyai kesabaran untuk melayan ibu-ibu yang konon nak menyusukan tapi tak bersemangat bulat tekad menempuh rintangan!

Sekiranya ibu masih nak beli produk penyusuan Shaklee tapi takut nak hubungi saya yang sedang mood garang ni, bergembiralah sebab sekarang Shaklee baru lancarkan sistem eSell - yang mana anda boleh beli barang terus tanpa perlu melayan kerenah distributor yang banyak tanya dan soal macam saya.

Boleh klik pada gambar di bawah untuk pilih sendiri kuantiti produk penyusuan pilihan hati anda, dan Shaklee akan terus poskan ke alamat yang anda berikan. Mudahkan?

Lepas beli, kalau masih perlukan khidmat nasihat, dan rasa nak kena pandu tentang penyusuan, boleh la hubungi saya... mana tahu masa tu saya dah cool down...kehkehkeh

Tekan pada gambar untuk self-order vitamin di atas, selamat mencuba...











0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com