Thursday, July 10, 2014

5 Tips Tak Jatuh Sakit Musim Jerebu Hebat Ni

Dengan kualiti udara yang makin merosot dan jerebu di Malaysia yang nampaknya tak surut-surut ni, makin ramai pulak yang terbatuk-batuk / selsema / demam / MC berturut  kat office... hmm, sudah lah bulan puasa, kerja lagi, kalau yang berfamily, pasangan dan anak lagi..

Memang menuntut untuk lebih jaga diri supaya tak jatuh sakit..

Sebagai langkah keselamatan waktu jerebu ni, kita boleh ambil langkah-langkah di bawah ya!

Kurangkan 'exposure' pada udara yang berkeladak
Kalau boleh, kurangkan dari rumah tanpa urusan yang penting. Kalau setakat nak bersiar-siar ambil angin seperti selalunya tu, mungkin dalam tempoh ni boleh bersiar-siar keliling ruang tamu dulu. Tutup semua pintu dan tingkap supaya udara kotor dari luar tak dapat masuk ke dalam.

Sekiranya sangat sangat perlu untuk keluar (contohnya isteri mintak belikan kicap, nak ambik anak sekolah, etc), beli topeng muka yang mempunyai penuras supaya udara yang dihidu kekal bersih (ataupun, tak berapa kotor)

Pengguna motosikal, mungkin dah sampai masanya untuk anda membeli kereta? Erk. Ataupun jika tak mampu (duh), perlu lah gamaknya anda spend dengan agak lebih untuk beli topeng kelas hospital yang lebih berkesan berbanding topeng biasa yang boleh dibeli di kedai Ah Chong tu.

Topeng N95 gred tinggi ni lebih berkesan untuk menghalang partikel-partikel halus dari masuk ke dalam peparu sewaktu bernafas


To smokers, it's about time to quit, please?
Apakah logiknya kalau udara dah berkepuk dan anda masih lagi menambahkan kekepukannya? Mungkin ini masa yang terbaik untuk perokok sekalian berhenti merokok. Bukan sahaja anda dapat menyelamatkan diri anda, anda juga telah berbakti kepada masyarakat dengan tidak memburukkan lagi kualiti udara!

Sekiranya tak mampu nak berhenti sekaligus (atau tak mampu sangat nak berhenti langsung atas sebab-sebab tertentu yang saya tak akan faham apa sebabnya), sila pastikan anda merokok di luar rumah, terutama jika anda mempunya anak kecil, orang tua, pesakit asma dan sebagainya di dalam rumah anda. Anda dah terbiasa dengan asap, mereka tidak. Please be considerate.


Jaga kebersihan diri
Basuh badan yang terdedah dengan lebih kerap (ie. muka dan tangan-tangan) dengan mandi lebih kerap. Badan dan kulit yang segar akan membantu kita untuk terus ceria dan 'fresh', dan tak terlalu terasa lemau dengan udara yang berhabuk.

Pastikan badan sihat dan bertenaga!
How?
Minum air kosong / mineral EXTRA banyak dari biasa. Air membantu melancarkan penyerapan semua nutrien yang kita makan, and dalam waktu darurat sebegini, we need to make sure those nutrients tak hanya keluar sebagai air kencing. Pastikan minum sekurang-kurangnya 3L air, lagi banyak, lagi bagus. Air tu takkan membuatkan anda buncit, jangan bimbang.


Makan makanan yang sihat dan berkhasiat. To those yang tak suka makan sayur, maybe its time to start sebab sayur dan buah-buahan kedudukannya lebih rendah dari ayam dan daging dalam piramid makanan, ie. perlu diambil dengan lebih banyak.


Selain itu, pertimbangkan untuk mengambil makanan tambahan / suplemen yang meningkatkan keupyaan imun badan untuk kekal tinggi dan lawan sebarang anasir-anasir yang tak diinginkan. Garlic contohnya, adalah immune booster semulajadi yang hebat untuk bantu lawan cold and flu. Vitamin C - oh the good vitamin C. Selain itu, kalau keen nak cuba supplements, boleh cuba check out Shaklee's Garlic (dalam bentuk tablet yang senang nak ditelan untuk mereka yang tak berapa gemarkan bau dan rasa garlic yang over dalam makanan) dan Shaklee's Sustained Release Vita-C (yang dilepaskan secara berperingkat dalam badan so bayangkan sekali telan vitamin C tu aktif dalam badan selama 5 jam!). Dan kalau nak yang lebih hebat, cuba Shaklee's Nutriferon, satu-satunya suplemen dalam dunia yang membantu meningkatkan penghasilan interferon semulajadi dalam badan yang sangat penting untuk sistem imun. 


Set Immune Booster Shaklee

Kalau keadaan menjadi teruk, segera dapatkan rawatan
Bila simptom sakit asma, selsema, batuk, sakit mata, sesak nafas dan sebagainya seems to be getting out of hand, jangan pulak hanyak togok air berliter-liter dan makan makanan sedap-sedap berkhasiat dengan harapan anda akan sembuh. Anda kenali badan anda and please know when it is too much. Berjumpa segera dengan doktor untuk dapatkan nasihat perubatan.


Selamat mencuba - harapnya walaupun jerebu di Malaysia ni nampaknya makin melampau-lampau, kita tetap sihat malah bertambah-tambah sihat hendaknya!





0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com