Saturday, June 7, 2014

Kongsi Suplemen untuk Ibu Kurus dan Anak Cerdas

Rasa macam penting untuk tahu kepentingan satu-satu produk yang kita consume supaya bila produk dah habis, penyakit "M" nak sambung tak menguasai hati (mungkin akan datang jugak, tapi tak menguasai akal yang membuat keputusan).

Baru sahaja sudah order Omega Guard untuk diri sendiri. Terus beli 2 botol, sebab makan max dose so hanya tahan 1.5 bulan saja..

Ni lah rupa kapsul Omega Guard tu kalau dilambakkan - setiap kapsul mengandungi ekstrak minyak ikan tulen yang diproses secara semulajadi, baik dan sedia berkhidmat untuk badan

Saya ambil Omega Guard atas dua sebab:
  1. Nak boleh makan  Secret Recipe's Raspberry Yoghurt Cheesecake tanpa rasa bersalah.
  2. Sediakan Iman Nasuha untuk jadi saintis 
Macam mana tu? 

Kenapa Omega Guard untuk #1
Omega Guard berfungsi untuk membakar lemak-lemak tepu dalam badan supaya mudah disingkirkan. Walaupun saya turut mengamalkan Lecithin (yang berfungsi untuk membakar lemak-lemak dalam makanan yang baru dimakan), saya ambil juga Omega Guard kerana tidak seperti Lechitin yang bertindak ke atas lemak 'real-time', Omega Guard bantu atasi lemak-lemak degil yang dah lama termendap di pembuluh darah...


Jadi boleh lah saya makan 30 20 10 5 keping kek dengan rasa tak berapa nak bersalah, hehe..\

Saya juga amalkan Lecithin sebab ia membantu mengurangkan masalah 'blocked duct', satu masalah yang agak mengerikan kalau dihadapi oleh ibu menyusukan macam saya ni...

Blocked duct, jika tak dirawat dengan segera, boleh mengundang masalah-masalah penyusuan lain seperti engorgement, mastitis dan sebagainya. Lagi kesian pada baby yang susah nak 'melekap' dengan betul untuk menyusu bila payudara dah keras macam batu!

Jika berminat nak baca lebih lanjut tentang peranan Omega Guard untuk #1 dan fahami macam mana Shaklee membantu mengawal berat badan yang sihat, boleh rujuk artikel saya di SINI.

Kenapa Omega Guard untuk #2

Perasan tak susu formula di pasaran berlumba-lumba nak buat kajian dan incorportate DHA & EPA dalam formula mereka? Makin banyak DHA / EPA, makin mahal lah susu, sebab kajian terbaru banyak mengaitkan tentang kepentingan DHA & EPA untuk pertumbuhan otak yang sihat.

Dalam satu kajian, kanak-kanak yang mendapat DHA & EPA melalui ibu sewaktu mengandung dan menyusukan mendapat keputusan yang lebih baik dalam satu ujian kognitif pada umur 4 tahun, berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mendapat EPA & DHA.

Selain daripada kualitinya yang semulajadi, perbandingan dengan produk-produk kesihatan yang lain menunjukkan yang Omega Guard Shaklee membekalkan DHA & EPA yang tertinggi!

Untuk ibu yang menyusukan badan, yakinlah bahawa anda tak perlu terkejar-kejar nak berikan susu formula semata-mata kerana nak dapatkan DHA & EPA sintetik tu...Yakinlah yang susu badan anda adalah rezeki terbaik buat anak, dan berusaha untuk pastikan kualiti susu badan yang paling hebat.

Antara yang mempengaruhi kualiti susu badan dalah nutrisi yang diambil oleh ibu - ibu menyusu perlukan makanan yang berkhasiat.

Salah satu usaha saya untuk pastikan susu kaya dengan DHA & EPA (sebab tak adalah kaya rajin sangat nak makan salmon hari-hari) adalah dengan makan Omega Guard - semoga Allah limpahkan nutrisi-nutrisi yang sihat dalam susu badan untuk Iman Nasuha ameen!

Jika anak telah besar dan boleh menelan makanan solid, boleh tambahkan Omega Guard dalam diet harian mereka - ada cara makan yang tertentu supaya selamat untuk kanak-kanak, khas untuk pelanggan saya :)

Jika anda berminat nak tahu suplemen untuk ibu menyusu Shaklee (yang terbukti membantu saya kekal bertenaga dengan susu melimpah ruah), boleh klik SINI


Itu 2 sebab kenapa saya masih konsisten makan Omega Guard, walaupun sebelum ni saya lah yang paling liat nak makan suplemen - anda bagaimana? :)


Putri Zulaikha

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com