Sunday, May 4, 2014

Bertindak Sebelum Botak - Vitamin Shaklee Untuk Rambut Gugur

Walaupun saya seorang perempuan Islam yang bertudung, saya rasa macam tak sanggup nak menghadapi satu hari nanti jika rambut saya gugur melampau. Kata mak, selepas melahirkan anak, perubahan hormon akan menyebabkan rambut gugur perlahan-lahan dan kalau tak dijaga, alamatnya ‘jarang’ lah barisan rambut di kepala ni. Ai tak sanggup~

Nasib baik memang dah consume Set Bersalin Penyusuan yang lengkap dengan vitamin Shaklee untuk rambut gugur ni…

Kalau ikut hasil bacaan saya, rambut gugur ni disebabkan oleh macam-macam factor:
  • Rambut rontok kerana ubat-ubatan khusus – contohnya pesakit yang mengikuti rawatan kimoterapi untuk merawat kanser, ataupun wanita yang mengambil pil mengawal kelahiran kadangkala boleh gugur rambutnya akibat kesan ubat kepada hormone badan
  • Masalah kesihatan tertentu seperti penyakit kencing manis, tiroid, lupus dan kekurangan zat besi
  • Perubahan hormon – agaknya inilah yang mak saya dok cakapkan tu. Perubahan hormon dan ketidakseimbangan nya mungkin menyebabkan keguguran rambut sementara. Perubahan hormon ini boleh berlaku dengan banyak sebab, termasuklah melahirkan anak, permulaan menopause, dan sebagainya.
  • Genetik – kalau bapa, atok, moyang dan bapa kepada moyang anda mempunyai masalah ini, kemungkinan anda juga akan menghadapi masalah yang serupa. Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi, ya?
  • Jangkitan – jangkitan seperti kelemumur boleh memburukkan lagi keadaan rambut.
  • Kurang gizi dari pemakanan – Diet yang terlalu ketat (makan itu, makan ini tak boleh) atau diet yang terlalu longgar (makan lah apa pun tak kisah banyak MSG ke GMO ke) boleh mempengaruhi kesihatan rambut dan menjadi punca rambut rontok.

Semakin baca, semakin ku risau deh…Tak dapat bayang satu hari nanti pakai tuala nipis lepas mandi pun okay sebab rambut dah tarak, huh!

Tambahan pula, sejak kebelakangan ni sering terlupa hendak makan Zinc Complex…bila terlupa, terus tak makan.

Bayangkan perasaan ngeri bila tengok aik ade sehelai rambut atas baju Iman Nasuha.

Eh sekejap, nak kena buang sehelai lagi rambut atas katil sebelum letak Iman Nasuha tidur.

APE NI RAMBUT DEKAT TANGAN ANAK NI?



Maka saya dengan ini berikrar akan istiqamah dalam mengambil vitamin yang sepatutnya, kurangkan stress dan syampu rambut dengan sebaiknya untuk memelihara rambut dari gugur melampau. Selepas itu, baru boleh redha.

Set Vitamin Shaklee untuk Rambut yang Kuat dan Tabah

Untuk yang dah ambil set bersalin dari Shaklee, jangan risau kerana vitamin yang membantu mengawal keguguran rambut dah pun termasuk sekali kat situ.

Cuma kalau tak makan konsisten, mintak maaf lah ya.

Untuk membantu keguguran rambut ni, saya mencadangkan vitamin B Complex dan Zinc Complex untuk pastikan rambut kurang rontok dan anda tak perlu risau tengok rambut melekat-lekat merata-rata. Jom saya kongsikan peranan dan fungsi setiap vitamin ya..

B Complex bantu percambahan rambut baru

Salah satu jenis vitamin B yang ada dalam B Complex iaitu Inositol berperanan membantu pertumbuhan rambut baru bagi menggantikan rambut yang lama. Vitamin B5 pula berfungsi untuk melambatkan pertumbuhan uban.

Jika anda nak tahu lebih lanjut lagi faedah B Complex yang saya alami sendiri, sila klik sini

Kawal Hormon dan Kelenjar Minyak dengan Zinc Complex

Seperti yang dikongsikan di atas, salah satu punca rambut gugur adalah ketidakseimbangan / perubahan hormon badan. Zinc Complex berperanan membantu mengawal hormon dan memnyelenggara kelenjar minyak pada kulit kepala. Kulit kepala yang terlalu berminyak akan menyebabkan rambut mudah gugur, terutamanya ketika basah. Kulit kepala terlalu kering pun tak elok juga, kerana bila kulit kepala kering, kepala mungkin akan rasa gatal dan bila digaru-garu, akan member kesan kepada kesihatan rambut juga.

Itu saja vitaminnya. Dua vitamin hebat untuk rambut yang lebih sihat.

Tambah menarik kerana harga kedua-duanya adalah KURANG DARI RM 100, dan tahan sehingga 4 bulan. :)

Selain pemakanan dalaman, Shaklee juga turut menawarkan rangkaian Shampoo dan Conditionernya yang tersendiri, semestinya semulajadi dan selamat serta lembut pada kulit kepala.  Prosante Hair Care, jenama syampu keluaran Shaklee ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia seperti paraben dan sebagainya, menjadikannya alternative yang selamat berbanding produk syampu di pasaran.

Kalau nak ber-serum pun, ada jugak. Nourishing Scalp Treatment, serum khas yang diterbitkan oleh Shaklee ini mudah diserap oleh kulit, melancarkan peredaran darah dan membekalkan khasiat kepada kulit kepala.

Dan tak perlu kot nak saya ulang lagi, semulajadi dan selamat? J

Saya cuma gunakan vitaminnya aja, dan sebab rambut dah nampaknya mulai gugur hari ini, perlu lebih konsisten lah makan Zinc Complex tu…masih berbaki lagi dari set bersalin Shaklee yang saya makan dulu..

Jika anda berminat nak cuba vitamin-vitamin ataupun syampu semulajadi ni, boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan.

Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6





0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com