Tuesday, May 6, 2014

Fobia Pil - Ketahui Kelebihan Meal Shake Shaklee Sebagai Solusi

Salam semua!

Sempena promo mealshakes bulan Mei ni, hari ini  saya kongsikan serba sedikit tentang kelebihan mealshake shaklee.

Oh sebelum tu nak share, hari ni hari pertama saya masuk kerja selepas cuti bersalin selama 3 bulan! Ya Allah kelam kabut jugak lah nak plan, sampai tertinggal-tinggal botol susu untuk pam susu... Nasib baik ada terselit dua tiga helai 'storage bag' plastik tu, boleh lah guna untuk terus pam...Lepas tu nak jadi cerita, tengah-tengah pam tu tak perasan bergerak agaknya (sebab sambil pam sambil baca buku), sekali tertumpah atas bajuu Allahhh agak stress di situ.
Pam milik saya - Medela Freestyle. Lepas pergi kelas penyusuan, baru tahu yang Medela ni termasuk dalam kategori pam yang bagus, tapi agak overpriced. Tapi suami cakap tak apa, invest lebih sikit supaya experience mengepam menyenangkan, lebih motivasi. Mungkin suami harapkan selain dapat beri baby susu berkualiti, dia dapat jimat duit beli susu formula. Mungkinlah.

Apa-apa pun, memang best Freestyle ni - sambil pam boleh baca buku, update facebook, susun kain dalam almari dan basuh botol susu. Sangat mobile. 


Kenangan hari pertama..hihi..kelam kabut..

Anyway, kembali semula pada kelebihan mealshakes shaklee ni, saya nak kongsikan tiga perkara di bawah.

Kelebihan Mealshakes Shaklee berbanding Mealshakes lain

  • Semestinya semulajadi dan selamat. 
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral tambahan yang diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan
  • Berperisa vanilla, sangat sedap dan sesuai untuk kanak-kanak yang fussy eater


Jadi apa beza Mealshakes dengan Vitalea? Dua-dua pun multivitamin kan?
Mealshakes ni kira macam alternatif lah untuk sesiapa yang tak gemar telan pil, tapi teringin nak ambil multivitamin untuk suplemen. Mealshake ni pun sangat sesuai ditarget pada anak-anak yang agak memilih makanan, untuk pastikan mereka masih dapat gizi yang lengkap untuk membesar dengan sihat.

Yang menariknya tentang mealshake ni berbanding dengan Vitalea, kerana ia merupakan protein shake, ia memberi rasa kenyang berbanding vitalea yang merupakan pil dan tidak memberi impak kepada rasa kenyang atau lapar. Oleh yang demikian, ramai pengguna mealshake seringkali berikan testimoni yang mealshake ni adalah antara hidangan breakfast yang sedap dan pantas untuk disediakan.

Tambah-tambah kalau digabungkan dengan ESP dan Performance Drink, lagi lah mengancam.




Fungsi Mealshake:

  • Meningkatkan sistem imun badan anak. Jadi anak tidak mudah dijangkiti penyakit. 
  • Membantu mengurangkan masalah ekzema 
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Menjadikan anak lebih sihat, bertenaga dan aktif sepanjang hari
  • Membantu mengatasi masalah sembelit 
  • Membantu mencantikkan tekstur kulit
  • Mengatasi alahan mengandung dan membuka selera makan ibu mengandung
  • Bagi ibu menyusu yang nak kuruskan badan, mealshake bertindak sebagai protein shake untuk berikan rasa kenyang
  • Bagi ibu menyusu, mealshake juga membantu melancarkan penyusuan

Mealshakes yang promo beli 6 percuma 1 bulan ni. Kalau beli ni dan tambah produk worth 14 UV / points lagi, boleh dapat keahlian percuma dan cash rebate the following month. Keahlian seumur hidup.

Baiklah setakat ini dulu perkongsian saya. Mata dah mengantuk, sekarang dah pukul 12:20 pagi - baju kena digosok, dan keperluan kerja esok nak disediakan.

Maklumlah orang baru masuk kerja, masih kena adjust dengan jadual..he he..

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang mealshakes, boleh terus hubungi saya ya.


Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6



0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com