Thursday, May 1, 2014

Kebaikan alfalfa shaklee sejak 2500 tahun yang lalu

Dek kerana manfaatnya yang pelbagai, Shaklee telah mengbotolkan alfalfa yang dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”.

Mantap, kerana kebaikan alfalfa Shaklee ni merangkumi pelbagai golongan dan masalah – dari kecik sampai la ke besar..

Hebat, kerana anda terus dapat nikmati kebaikan alfalfa Shaklee dalam bentuk ringkas kaplet hijau, tak perlu nak kutip dedaunan alfalfa yang berklorofil dan seterusnya tunggu lama untuk keringkan menggunakan udara bebas sebelum dapat manfaatnya. Shaklee telah menjalankan keseluruhan proses menuai daun alfalfa yang matang, mengeringkannya, menjadikannya kepada bentuk serbuk dan akhirnya dikompres ke dalam bentuk tablet khas untuk pelanggannya, menggunakan teknik canggih yang dikawal ketat dan teliti.

Fantastik, sebab specialnya alfalfa Shaklee ni ditanam secara ORGANIK di California. Ape ke jadah yang organiknya? Bebas pestisid, herbasid, dan sebab nak pastikan pokok alfalfa ni tumbuh cantik dan segar bugar, Shaklee gunakan baja kompos / baja bebas kimia. Asal keturunan pun dah suci, nak lagi dengan cara proses yang kemas dan teliti, makanya alfalfa Shaklee yang sampai ke tangan kita bukan setakat halal, tapi ‘thoyyib’.

Rupa tumbuhan Alfalfa yang dikenali dengan nama saintifik Medicago Sativa - pokoknya mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar, dan akarnya dalam sehingga 20 kaki untuk menyerap pelbagai nutrisi dalam tanah.

Slimming dengan Alfalfa?

Ini pasti akan menarik kebanyakan golongan tak kira tua atau muda, sebab asal nampak slimming je, kita akan bayangkan cantik, sihat dan cergas.

Konsep slimming yang ditawarkan dan disyorkan oleh Shaklee adalah konsep slimming 3B – bakar, buang dan bina. Boleh klik sini jika nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan alfalfa shaklee dalam konsep kurus badan. Fungsi alfalfa yang membantu dalam detox keseluruhan badan menjadikannya produk yang sesuai untuk individu yang inginkan slimming effect, kerana sifat alfalfa yang beralkali ini boleh meneutralkan keasidan badan dan seterusnya mengangkut keluar toksin dalam badan termasuklah lemak-lemak yang dah dicairkan oleh vitamin yang berfungsi untuk ‘bakar’.

Hilangkan gatal hidung berair dan badan bertompok dengan alfalfa

Alfalfa juga turut berkesan untuk membantu merawat kesan alergi / alahan, salah satunya adalah resdung. Macam mana tu? 

Daun alfalfa yang berklorofil ni mempunyai sifat antimicrobial yang membantu melawan kesesakan sinus yang disebabkan oleh bacteria , virus atau jangkitan kulat. Alfalfa jugak memberikan ‘soothing effect’ pada membrane yang rengsa, sehinggalah tak berapa nak nampak kalau anda resdung dan tak tergaru-garu.

Tiada lagi masalah untuk makan seafood kegemaran anda menggunakan kedua-dua belah tangan nak mengopek ketam, sebab anda dah tak perlu gunakan tangan kiri (harapnya kiri lah ye) untuk sapu hingus yang meleleh-leleh akibat gatal.

Lancarkan proses “pembuangan”

Sakit punggung saya meneran... :(

Salah satu masalah yang paling annoying sekali adalah jika kita dah makan bermacam jenis makanan berserat tapi masih jugak terpaksa teran bersungguh-sungguh setiap kali nak buat ‘bisnes’. Memang annoying.

Salah satu punca ini mungkin terjadi adalah usus yang tidak dapat menyerap nutrient dengan sempurna, menyebabkan pisang-pisang yang kita dah makan tu, dahlah khasiatnya kurang diserap, sisanya plak menimbun di dalam badan. Alfalfa membantu memperbaiki masalah saluran penghadaman ini seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Buang Lemak dan Kolesterol Selepas Habis XXX Botol Alfalfa

Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan alfalfa dalam jangka masa yang panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, membantu mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.

Keistimewaan alfalfa ialah satu-satunya tumbuhan yang mengandungi saponin, yang bertindak seperti span yang menyerap serat-serat kolesterol yang degil itu!

Susukan anak sehingga dua tahun dengan susu melimpah ruah*

Susu melimpah ruah memerlukan ibu memahami konsep demand vs supply yang akan memberikan arahan kepada badan yang 'susu' masih diperlukan. Antara kesilapan biasa adalah memakan makan tambahan seperti vitamin dan sebagainya secara membabi buta dan apabila tak berjaya, mula lah nak meroyan cakap duit yang dilaburkan tak berkesan! Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan konsultasi dan penerangan percuma dari kami berkenaan konsep ini dengan membeli set penyusuan yang ditawarkan.

Alfalfa merupakan salah satu herba galactagogue, iaitu herba yang menggalakkan penghasilan susu badan. Contoh lain herba galactagogue adalah fenugreek, fennel, oatmeal dan sebagainya. Pengambilan alfalfa dalam diet ibu seharian mengikut tips pemakanan ekslusif boleh membantu mengurangkan kerisauan ibu yang takut stok expressed breast milk (EBM) nya tak cukup untuk bayi.

*Ibu masih perlu minum air secukupnya dan memahami konsep demand vs. supply terlebih dahulu sebagai asas kejayaan penyusuan bayi

Kesihatan dalam wanita sebelum dan selepas bersalin

Berfungsi sebagai ‘kacip fatimah’ dan membantu mengatasi masalah keputihan, jangan tak tahu yang dah ramai wanita sihat di luar sana yang mengamalkan alfalfa ni secara senyap-senyap untuk dapatkan manfaat kesihatan dalam ni.

Iyalah, keputihan yang melampau boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan dan lebih teruk lagi sekiranya membawa kepada jangkitan!

Itu aje kebaikan alfalfa shaklee?

Nah sebab anda sangat tamak, silalah tahu yang alfalfa juga boleh membantu:
  • Membantu mengurangkan bau badan dan merawat ulat air dengan berkesan
  • Merawat gangguan pencernaan
  • Mengawal kolestrol dalam darah
  • Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  • Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
  • Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
  • Mengurangkan simptom menopous
  • Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
  • Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
  • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  • Membantu masalah penghadaman
  • Mengurangkan masalah pundi kencing
  • Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
  • Meningkatkan kesihatan prostat
  • Menghangatkan hubungan suami isteri
  • Membantu tingkatkan kesihatan lelaki


Saya nak makan alfalfa, tapi biasanya digabungkan dengan vitamin apa?

Senarai set dibawah mempunyai alfalfa sebagai salah satu ahli setianya:

Set Perempuan
Set Bersalin Shaklee
Set Penyusuan 3M
Set Slimming
Set Kesuburan
Set Resdung
….dan macam-macam lagi tak larat nak listkan kat sini…sebab terlalu banyak kebaikan alfalfa shaklee yang awesome ni sampaikan kalau anda nak tahu,

lebih senang kalau anda terus hubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan konsultasi :)

 Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com