Monday, May 12, 2014

9 Rahsia Jayakan Penyusuan Ibu Bekerja

Ramai ibu yang berhenti menyusukan bayi apabila susu kelihatan mula sedikit. Tidak perlulah kita menghakimi ibu yang mengambil keputusan sedemikian, namun saya percaya tidak ada ibu yang tidak mahu memberikan yang terbaik untuk bayinya. Lebih-lebih lagi untuk ibu yang bekerja, penyusuan ibu bekerja lebih mencabar kerana bayi tidak ada bersama maka ibu perlu tahu cara yang terbaik untuk kekalkan susu, semangat dan keazaman.

Untuk bayi, tiada yang lebih baik untuk tumbesaran badan dan minda melainkan susu ibu yang penuh khasiat dan imunisasi. Untuk itu, saya kongsikan 9 Rahsia susu badan yang banyak, pekat dan menyelerakan. Selamat membaca!

1. Banyak minum air

Banyak mana?Tanya seorang ibu yang suka minum teh oh ais limau. Oh no...bukan banyak minum air teh ya, ya, tapi banyakkan minum air masak / air suam..

Tahukah anda bahawa ibu yang menyusukan perlu memastikan yang badannya terhidrasi dengan baik dan sempurna? Jumlah air yang disarankan untuk diminum adalah lebih kurang 3 liter sehari, lagi banyak, lagi bagus. Biar sampai berulang-ulang kali ke tandas, itu tandanya anda sedang membasahkan sel-sel badan dengan air supaya mereka segah dan dapat berfungsi dengan baik.

Kenapa perlu minum air yang banyak? Sel badan yang sihat adalah diperlukan untuk memastikan semua nutrien yang diambil oleh ibu berjaya diserap dengan baik..

Tips mudah dan praktikal untuk minum air secukupnya, klik untuk gambar yang lebih besar


2. Demand vs Supply

Sebenarnya, semakin kerap ibu menyusukan badan, semakin banyak susu yang akan dihasilkan oleh badan. Ini kerana payudara yang kosong akan memberi signal kepada otak dengan mengatakan - hey, susu dah habis lah! My baby is drinking so please generate more, sekarangggg - dan otak pun akan cakap - Oh okay - dan susu akan terhasil.

Kesalahan utama ibu adalah tidak faham tentang konsep demand vs supply ni, yang akhirnya akan menyebabkan susu berkurangan dan kering. Untuk ibu yang bekerja pula, disarankan untuk mengepam susu setiap 2-4 jam sekali dan menyimpannya dalam botol / plastik khas dan disejukkan untuk dibawa pulang dan diberikan kepada bayi keesokkannya sewaktu ibu pergi bekerja.

Kesalahan lain juga adalah apabila bayi mula 'sleep through the night', ibu pun sama nak sleep through the night jugak. Ewah. Apabila anda menjadi ibu yang menyusukan, tiada istilah sleep through the night lagi. Bayangkan jika anda tak menyusukan sepanjang malam! Badan akan signal kan kepada otak yang susu tidak lagi diperlukan, tau!

Hormon Prolaktin, sejenis hormon yang bertindak untuk memberi signal pada badan tentang kuantiti susu yang perlu dihasilkan pada hari esok juga tinggi pada waktu awal pagi sekitar jam 1 pagi - 5 pagi. Pada waktu ini, ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan digalakkan untuk membuat power pumping bagi meningkatkan kembali supply.

Cara power pumping...


Berbalik pada penyusuan apabila bayi dah sleep thru the night, sebaiknya berikan susu kepada bayi anda yang sedang tidur - ini dinamakan 'dream feeding'. Saat bayi nampak bergerak-gerak tu, walaupun belum bangun, suakan payudara anda kepadanya dan anda akan lihat bayi menghisap susu sebelum kembali lena. Sekiranya payudara masih terasa penuh, bolehlah di pam dan disimpan.

Jika bayi tak mahu dream feed, anda boleh terus mengepam dan sambung tidur selepas itu...tapi jangan lupa ya, masih perlu kosongkan payudara!

3. Pemakanan suplemen untuk kesihatan badan

Ramai pakar perubatan yang mengatakan, apa yang dimakan oleh ibu akan turut sama dimakan oleh anak melalui air susunya. Maka penting untuk ibu mengambil gizi yang seimbang dan penuh khasiat untuk pastikan kualiti susu yang dihasilkan memberi manfaat yang optimum kepada baby.

Jika ibu tak mampu untuk makan sihat, disarankan mengambil suplemen dalam bentuk kapsul atau serbuk untuk melengkapkannya. Nutrisi asas seperti B Complex dapat membantu mengawal hormon stress ibu dan membantu menenangkan fikiran. Multivitamin pula diperlukan untuk menampung kelompongan nutrisi dari makanan.

Selain itu, nutrisi yang lengkap melalui pemakanan atau suplemen akan menjamin badan ibu yang sihat dan bertenaga untuk tujuan penyusuan. Ya lah, bukan senang nak bangun malam pam susu tanpa rasa letih dan mengantuk pada keesokkan harinya, kan?

Antara suplemen penyusuan yang laris adalah Set Penyusuan Shaklee,
yang lengkap dengan nutrisi asas dan juga herba galactagogue yang membantu
merangsang penghasilan susu..

Baca Dilema Normal Setiap Ibu Bekerja yang Menyusukan

4. Bina rangkaian sokongan yang kuat dan hebat

Bukan mudah nak menyusukan. Nak bangun malam, istiqamah pam susu sewaktu bekerja, belum lagi sakit puting digigit anak bila gigi dah tumbuh...hui, kalau semangat tak kuat, boleh give up kot?!

Oleh yang demikian, dapatkan sokongan. Bergaul dengan ibu yang berjaya menyusukan anak selama 2 tahun akan lebih memotivasikan diri untuk turut sama menjayakan tempoh penyusuan, berbanding jika ibu bergaul dengan rakan yang pro-susu formula ataupun tidak pernah menyusukan badan sama sekali.

Sekiranya anda mempunyai akaun facebook, boleh join kumpulan-kumpulan yang pro-breastfeeding...Ramai ibu-ibu di luar sana mendapatkan sokongan moral dengan cara sebegini. Check out group The Breastfeeding Advocates Network dan juga Mentor Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Beritahu suami dan ahli keluarga terdekat tentang niat anda untuk menyusukan bayi sehingga umurnya xx tahun, dan cuba dapatkan sokongan. Jika mereka tak sokong, perlahan-lahan terangkan kebaikan penyusuan ibu sambil tetap bertegas dengan keputusan anda.

Anda berhak berikan yang terbaik kepada bayi anda.

5. Teknik lekapan yang sempurna

Bayi perlu melekap dengan betul untuk pastikan payudara dikosongkan secara efektif. Lekapan yang tidak sempurna akan menimbulkan beberapa masalah yang boleh merencatkan penyusuan dan seterusnya mengurangkan susu, antaranya termasuklah:

  • Puting pedih-pedih dan luka - ini akan mengganggu proses penyusuan
  • Bayi akan gelisah dan mungkin menangis kerana tak dapat hisap susu dengan baik

Anda mungkin sedang mengalami masalah lekapan sekiranya:

  • Terasa sakit sewaktu bayi sedang menyusu.. Lekapan yang sempurna akan memastikan tiada rasa sakit.
  • Bunyi bayi menghisap susu yang kuat - klik klik - dan pipi bayi nampak lesung pipit sewaktu menyedut. Ini tandanya bayi kemungkinan hanya menghisap pada puting susu sahaja.

Apabila payudara tidak dikosongkan dengan efektif, anda tahu akibatnya. Rujuk Rahsia #2.

Teknik lekapan bayi yang perlu dilatih 

6. Posisi penyusuan yang betul

Posisi penyusuan yang betul dan selesa untuk ibu dan bayi akan memberikan pengalaman penyusuan yang indah. Pengalaman yang ngeri mungkin akan menyebabkan ibu takut untuk breastfeed, menjadikan ibu stress, merencatkan rembesan hormon daaaaannnnn menyebabkan susu kuranglah sebab dah malas nak menyusukan.

Posisi penyusuan yang pelbagai boleh berikan pengalaman
menyusu yang menyenangkan untuk ibu dan anak


7. Kuasai ilmu penyusuan

Walaupun penyusuan adalah semulajadi kepada semua ibu, ia masih perlu dipelajari! Rajinkan diri untuk menghadiri kelas, atau bagi yang gemar membaca, boleh melabur untuk membeli buku khas breastfeeding untuk dijadikan panduan.


Antara buku panduan penyusuan yang lengkap. Boleh dibeli di Love Breastfeeding. Kursus penyusuan juga turut dijalankan dalam bahasa Inggeris, bagi yang berminat. Untuk yang lebih selesa dengan Bahasa Melayu, boleh cuba tengok di SusuIbu

Ibu yang mengepam juga perlu tahu cara-cara menjaga susu perahan supaya tidak rosak untuk elakkan keracunan kepada bayi.

Sekiranya anda mengalami bengkak susu, apa yang boleh dilakukan untuk mengatasinya?

Ataupun nipple luka? Atau engorgement? Atau saluran susu tersumbat? Atau Mastitis? Atau inverted nipple?

Ha banyakkan? Jadi mula lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan..Banyak cara yang boleh digunakan, termasuklah:

  • Menghadiri seminar/kelas penyusuan
  • Join group yang pro-breastfeeding di masjid kawasan rumah anda atau paling senang, di Facebook
  • Membaca buku berkenaan penyusuan
  • Berbual dengan ibu-ibu yang berpengalaman menyusukan anak dan mintak tips-tips praktikal serta rahsia kejayaannya
  • Mencari maklumat di internet


8. Jangan Malu untuk Invest dalam Breastfeeding Gear yang Canggih
Sebaik sahaja anda mengambil keputusan untuk menyusukan, anda perlu tahu yang anda mungkin perlu mengosongkan payudara di tempat-tempat yang tak dijangka - contohnya shopping mall yang tiada bilik khas, tandas, dalam kereta dan sebagainya.

Maka perlu alatan yang sepatutnya.

Saya cadangkan setiap ibu yang menyusu badan melabur untuk membeli nursing cover yang berkualiti, pam susu yang elok dan tahan lama serta baju yang 'nursing-friendly', sekiranya anda malas nak selak-selak baju untuk menyusu. Cooler bag yang bagus saiznya serta ice-packs juga perlu untuk menyimpan susu yang telah dipam.

Jangan jadikan alasan tak ada tempat nak pam, baby tinggal di rumah, tak ada bilik khas dan sebagainya sebagai alasan untuk tidak mengosongkan payudara.


9. Bertenang!

Ya, bertenang! Yakinlah bahawa secara fisiologinya, anda telah diciptakan untuk menyusukan bayi anda sebaik sahaja bayi lahir..Menurut kajian, hanya kira-kira 2 peratus sahaja ibu yang tidak mampu menghasilkan susu badan atas sebab-sebab kesihatan...ha, jika anda sihat walafiat saja, yakinlah bahawa susu badan anda mencukupi untuk si kecil.

Perasaan risau dan negatif yang mengatakan bayi lapar, tak cukup minum, susu tak keluar dan sebagainya hanya akan menjadikan anda lebih stress, dan apabila anda stress, rembesan hormon oxytocin yang berfungsi untuk mengalirkan susu dari payudara kepada bayi akan terganggu, maka terjadilah semua perkara yang anda risaukan itu..

Tentu anda tak mahukan?



Tips untuk bertenang:
  • Sewaktu menyusukan bayi dan bayi kelihatan gelisah, jangan cepat gelabah dan fikir alamak susu tak cukup alamak! Tarik nafas, bertenang, dan usaplah si comel sambil bercakap-cakap untuk menenangkannya. Kadang-kadang bayi akan fussy pada 1-2 minit pertama penyusuan kerana tak sabar untuk tunggu let-down dan dapatkan susu. Lebih tenang anda, lebih cepat let-down, dan lebih cepat bayi akan menikmati susunya.
  • Sekiranya anda seorang ibu yang bekerja dan perlu mengepam, cari tempat mengepam yang selesa. Kalau sewaktu mengepam belakang badan sakit sebab terpaksa membongkok, tempatnya panas, dan sebagainya, anda mungkin akan stress dan akan mengurangkan kuantiti susu yang dapat dipam.
  • Bayangkan antibodi dalam badan anak anda yang sedang galak hebat berperang dengan kuman. Anda lah penyumbang pada kekuatannya itu!

Itu sahaja 9 rahsianya..diharapkan dengan mempunyai ilmu, ibu-ibu tak akan mudah panik atau putus semangat bila dugaan tiba.

Bagi yang berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee untuk menambahkan tenaga, menceriakan diri dan inshaAllah membantu tambahkan susu, boleh hubungi saya di 017-6021189 untuk pesanan atau terus beli dengan klik butang di bawah:


Semoga kita sama-sama berjaya memberikan yang terbaik untuk anak kita!



Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com