Sunday, May 11, 2014

5 Sebab Peribadi Saya Terjebak Dalam Bisnes Shaklee

Selamat hari minggu!

Apa kabar semua? Hujung-hujung minggu macam ni, mesti semua ada rancangan-rancangan sendiri... mesti jugak banyak kenduri kahwin yang nak dihadiri, kan? Saya, pagi tadi mengekor mak ke pasar beli ikan dan ayam, dan sekarang sementara mak tengah masak (punya pemalas nak tolong, hehe..) dan Iman Nasuha tengah tidur petang, ambik kesempatan nak mencoret kat blog ni sekejap..

Sejak saya aktif dalam bisnes Shaklee, ada seorang dua kawan yang rapat tanya kenapa saya nak jual barang bisnes MLM ni.. Iya lah, dah ada kerja tetap, gaji cukup, lepas tu buat bisnes sampingan lepas waktu kerja kan penat? Anak lagi? Semangat kau mak?

Kawan yang tak berapa rapat pun saya rasa diorang nak tanya, tapi takut kot? Hehe..

Jadi hari ni saya nak kongsikan 5 sebab peribadi yang menyebabkan saya jatuh cinta dengan bisnes Shaklee ni..

1. Pulangan yang berganda berkadar terus dengan usaha

Saya, adalah orang yang paling pantang tengok orang yang nak pulangan besar, tapi malas nak put in the effort. Pantang datuk nenek dan moyang. Rasanya normal kot, kan? Kalau di ofis tu, work attitude tak bagus tapi dapat promotion, senang aje orang ingat dia bodek bos. Saya tak suka, paling pantang dan alergik.

Bisnes Shaklee ni sesuai dengan jiwa saya kerana berapa banyak bonus yang saya dapat, adalah sesuai dengan usaha saya. Kalau rajin, inshaAllah dapat banyak. Kalau malas, tak payahlah nak complaint Shaklee ni penipu, sebab kau yang pi tipu diri sendiri...

Dalam Shaklee, kalau malas, bonus dan imbuhan pun malas jugak nak datang...

Betapa adilnya dalam Shaklee ni - ada downline yang mengatasi upline untuk naik rank / pangkat..tak jadi cerita yang sebab upline tak naik-naik, kita downline tak boleh naik walau usaha la macam nak mati sekalipun..

2. Pendedahan pada ilmu yang meluas dan baru dan interesting.

Dia ni...betul-betul produk ni elok
ke dia deperate nak duit aku ni?
Ke ade hutang dengan along?!
Dalam KPI Sime Darby FY 13/14, bos saya tulis - Putri has a constant thirst for knowledge. Pergh kombang den. Bos ni mulut manis sangat lah..

Tapi saya perasan, memang perkara-perkara baru mudah menarik hati saya.

Untuk kembangkan bisness Shaklee, bukan macam jual barang cikai-cikai sambil update blog / facebook buat promosi mari beli shaklee...shaklee bagus...tak beli shaklee anda rugi..bukan anda je rugi, seluruh generasi anda rugiii dan sebagainya...

Kalau tulis macam tu sepanjang masa, orang yang nak beli pun putus angin kot nak tegur? Macam scary je minah ni...kehkehkeh


Untuk kembangkan bisness Shaklee, perlu tahu ilmu psikologi pelanggan untuk close deal, kena pandai mengorat customer, kena tahu ilmu penulisan blog untuk maximise kan traffic - SEO lah keyword lah anchor text lah bermacam lagi - and of course sebab jual suplement, kena ada ilmu untuk jual suplemen.

A whole new world of knowledge, which excites me.

3. Tak payah keluar cari orang

Ni paling best! Sebelum saya decide nak serious, saya beritahu kepada suami. Mintak restu, moga-moga dengan restu suami, Allah mudahkan bisness saya untuk jadi jutawan muslimah pada usia muda..

Suami cakap - kalau nak kena cari-cari orang, aniaya orang, TAK PAYAH

Habis jenuhlah lah saya study Shaklee Opportunity Book tu, dan kasi contoh-contoh praktikal tentang pengiraan bonus kepada suami saya, sebelum dapat go-ahead.

Saya cuma perlu cari orang untuk beli produk aje..ye lah, dah nama jual barang, mesti la kena ada pembeli, kan?

Tapi tak payah hegeh nak cari 10 orang, den setiap 10 orang kena cari lagi 10 orang, lagi 10 orang, dan lagi, dan lagi....

Agak-agak bila dah habis orang, apa jadi dengan bisnes kita, ye?

The world is your oyster...terpulang anda nak mengambil manfaat daripadanya..

4. Produk yang elok dan berkesan


With Shaklee, you benefit yourself, as
well as others...whats not to love?
Saya bermula makan Shaklee sejak mula bekerja di Sime Darby lagi...sedikit-sedikit sampai sekarang saya rasa macam nak try semua produknye sebab sangat best dan dah rasa berkesan. Tak rasa rugi langsung nak laburkan duit - sekurang-kurangnya ada jugak hala lain saya nak bershopping daripada beli shawl yang banyak tapi saya asyik pakai yang warna hitaammm aje..hehe..

Lepas dah makan dan rasa berkesan, I thought, why not share my story with people?

And why not generate some cash whilst doing it?



5. Latih diri bersabar dan tak cepat sentap

Haha...ini kalau tanya pada suami saya, memang jawapannya saya ni perempuan yang tak berapa nak sabar dan cepat nak terasa hati.

Tapi bila dah jual barang, hati perlu cekal, minda perlu terbukak luas dan semangat kena tinggi.

Contoh kalau kau asyik update facebook pasal Shaklee dan peluang dengan Shaklee, orang cakap "Gila duit lah dia ni..."

Contoh kalau orang tiba-tiba cakap " Alah aku tak makan vitamin sihat je, susu banyak je, kaki tak sakit pun berdiri 24 jam, blah blah blah..", takkan kau nak terasa dan mengalirkan air mata pulak?

Contoh bila dah spend masa 3 jam consult product dan orang cakap "Takpe lah Kak, saya beli dengan orang ni dah sebenarnye.." - apa tindakan yang sewajarnya?

Setiap hari takat kesabaran saya semakin tinggi, it amazes myself sometimes. (self-proclaim pun bolehhh)

Takat pergantungan pada Allah pun semakin kuat, sebab walau apapun yang terjadi, rezeki adalah milik Allah, selepas saya letakkan usaha 150%!

Tak pasal-pasal Iman Nasuha pun kena belajar bersabar...hehe


Itu sahaja 5 sebab peribadi saya. Sekiranya anda baru memulakan bisnes Shaklee anda, apa pula sebab anda? :)

Sekiranya anda masih belum lagi terjebak macam saya, dan terasa rasa macam nak terjebak tapi tak pasti adakah kalau terjebak itu bagus atau tak, meh contact saya so saya boleh kongsikan 10 lagi sebab kenapa kita sama-sama patut menjebakkan diri..

Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6






.









0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com