Thursday, May 22, 2014

3 Tips MUDAH Tambah Susu Badan

Saya lihat hari ini ramai ibu-ibu yang mempunyai semangat untuk memberikan susu badan kepada anak masing-masing.

Syabas dan tahniah saya ucapkan - bukan mudah hendak berikan susu badan sepenuhnya terutama bagi ibu yang bekerja, tapi Allah dah jadikan kaum ibu sebagai orang yang kuat semangat, kan?

Sambil menulis ni, saya sambil-sambil pam susu buat stok untuk Iman Nasuha, dan tergerak nak berkongsi 3 Tips Mudah untuk Tambah Susu Badan. Tips ni memang nampak macam simple aje, tapi yang simple ni lah yang seringkali ibu-ibu terlepas pandang!

Tips #1 : Pam Susu Sekerap Mungkin

Semakin kerap ibu mengepam dan mengosongkan payudara, semakin banyak susu yang dihasilkan. badan akan hantar 'signal' ke otak untuk cakap "Hello, susu dah takda ni, tolong buat susu lagi please" dan otak akan hantar signal ke kelenjar susu supaya payudara di-refill semula.

Seelok-eloknya pam setiap 2-3 jam sekali, dan jangan tunggu sehingga breast penuh baru hendak di pam!

Tips #2 : Minum Air yang Banyak

Setiap orang berbeza-beza, tetapi sebagai rule of thumb, ibu menyusu memerlukan air sekurang-kurangnya 3 litre atau lebih untuk mengekalkan kuantiti susu yang memuaskan.

Tahukan yang komposisi utama air susu adalah 80% air?

Tips #3 : Bertenang!

Ibu harus ceria ketika mengepam susu supaya hormon oxytocin yang berfungsi untuk mengalirkan air susu dapat dirembeskan dengan baik dan melancarkan susu ketika dipam. Perasaan stress dan bimbang susu tak banyak boleh mengganggu rembesan hormon ini, dan ibu akan dapati yang perahan susu akan berkurang!

Jika sedang bekerja, seelok-eloknya cari tempat yang selesa untuk mengepam dan sewaktu mengepam, fikirkan yang indah indah seperti muka anak bangun tidur pagi tadi ka, video baby, dan sebagainya.


Set Penyusuan Shaklee untuk Tambah Susu Badan




Kalau ibu sudah melakukan tips-tips di atas tapi masih melihat hasil yang tidak begitu memuaskan, Set Penyusuan Shaklee mungkin boleh membantu.

Boleh rujuk di artikel Set Penyusuan Shaklee di mana saya telah terangkan dengan terperinci fungsi-fungsi setiap vitamin di dalamnya. Secara ringkasnya, set Penyusuan Shaklee mengandungi vitamin-vitamin berikut:

  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Energizing Soy Protein (ESP)
  • Alfalfa Complex
  • Ostematrix
6 vitamin ini merupakan set paling lengkap untuk susu yang melimpah-ruah. Ibu-ibu yang mempunyai budget besar dan inginkan hasil perahan yang memuaskan selalunya akan memilih set ini.


Saya amat galakkan ibu mencuba set Penyusuan Shaklee untuk susu yang melimpah-ruah, kerana ia mengandungi vitamin / suplemen yang membantu memelihara kesihatan badan ibu dan menggalakkan penghasilan susu.
Awas - ibu perlu memahami konsep Supply vs. Demand dan mengamalkannya sebelum ambil mana-mana suplemen, hatta Set Penyusuan Shaklee sekalipun. Sekiranya ibu malas nak pam susu, makan lah suplemen bertong-tong, susu tetap tak akan melimpah ruah.


Hubungi saya hari ini untuk sebarang pertanyaan dan pesanan!

p.s : Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk jayakan penyusuan, sila tinggalkan komen di ruangan komen dan saya akan menghubungi anda untuk membantu.


Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com