Sunday, April 20, 2014

Vitamin Untuk Kesuburan

Hari ni terasa sebak hati sebagai seorang ibu bila dapat berita rakan-rakan yang hamil 4 weeks and gugur dan yang dah usaha-usaha tapi belum rezeki.

Alhamdulillah, Ya Allah, for bestowing upon my Husband and I the blessing to be a parent.

Iman Nasuha, at 65 days of age.

Jadi hari ni, bersempena dengan kesebakan hati saya dengar berita macam ni, nak kongsikan set Kehamilan Shaklee yang saya & Hubs guna sebelum conceive and I truly believe, dengan izin Allah melalui ilmuNya dan  kasih sayangNya, set Kehamilan Shaklee nilah yang membantu menyediakan saya secara optimum untuk mendapatkan bayi.

Sebelum saya mula share, suka saya nak ingatkan diri saya dan pembaca sekalian yang pemakanan vitamin adalah usaha untuk membantu pasangan mendapatkan zuriat, bukannya jaminan. Anak adalah rezeki dan amanah dari Allah, maka ingatlah selepas usaha, perlu nya doa dan rasa tawakal yang tinggi terhadap ketentuan Allah.

Segalanya bermula dengan USAHA.

Set Kehamilan Shaklee ni ambil kira kepentingan untuk menyediakan keadaan rahim yang sihat dan optimum untuk tempat tinggal bayi, dan jugak kualiti dan kuantiti sperma untuk meningkatkan the chances of getting pregnant.

Jadi Set Kehamilan Shaklee terdiri dari set vitamin yang berbeza untuk kedua-dua suami dan isteri.

Set Suami

Untuk suami, disarankan untuk mengambil Vita-E Complex + Zinc Complex (Set Asas Kehamilan). Selain itu, turut digalakkan untuk mengambil Vitalea, B Complex, Vitamin C, dan ESP, sekiranya punya bajet extra.

Vitalea, B Complex dan Vitamin C ni kalau perasan, adalah vitamin asas dalam semua set – dan jugak vitamin dalam Set Kesihatan Optimum. Suami isteri disarankan untuk consume these 3 vitamins untuk pastikan tubuh badan yang sihat dan segar secara am.

Spesifik untuk membantu meningkatkan peluang kehamilan adalah pemakanan vitamin E Complex dan Vitamin Zinc Complex.

How do these vitamins help?
Zinc Complex Shaklee - 120 biji sebotol, makan 1 biji sehari.

Zinc dapat meningkatkan bilangan, motiliti (pergerakan sperma berfokus) untuk membantu meningkatkan peluang persenyawaan dengan ovum, insyaaAllah.

Vita-E Complex Shaklee, 120 biji, 1 biji sehari

Gabungan Vitamin E dan Selenium dalam Vitamin E Complex dapat membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan kualiti sperma. Vitamin E turut membantu meningkatkan keinginan seksual suami yang dingin.

 Set Isteri

Set Isteri mengandungi vitamin asas unutk kehamilan iaitu GLA Complex + B Complex. Selain itu, isteria turut digalakkan untuk mengambil Vitalea, Vitamin C dan Energizing Soy Protein (ESP).

Vitamin asas yang penting untuk isteri pula adalah GLA Complex dan B Complex. Sekiranya pernah keguguran, disarankan untuk turut consume ESP. ESP adalah sumber protein yang membantu menguatkan tisu rahim dan bentuk tisu rahim yang sihat.

Bagaimana vitamin – vitamin ini membantu isteri untuk hamil?

GLA Complex Shaklee, 60 biji sebotol, 1-2 biji sehari

GLA Complex membantu mengawal keseimbangan hormon, dan membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan. Wanita yang mempunyai masalah period tidak teratur boleh mencuba GLA Complex untuk memperbaiki kitaran haid ini, dan apabila kitaran haid telah teratur, proses untuk merancang kehamilan akan lebih mudah.

Salah satu fungsi khusus GLA Complex adalah untuk menghasilkan lendir serviks yang baik iaitu berwarna putih telur. Perasan tak pada waktu subur, wanita akan menghasilkan lendir yang berwarna putih telur dalam kadar yang lebih banyak dari biasa? Ada sesetengah wanita yang mempunyai masalah untuk menghasilkan lendir ini. Lendir ini penting untuk membantu sperma berenang ke uterus dan ke tiub fallopio untuk bersenyawa dengan ovum.

B Complex Shaklee, 120 biji sebotol, 1 biji sehari untuk bekalan asid folik

Seperti yang disarankan oleh rata-rata pengamal perubatan, bakal ibu digalakkan untuk mula mengambil nutrisi yang penting untuk perkembangan bayi sejak DARI PROSES MERANCANG lagi. Oleh sebab itu, selain daripada vitamin asas untuk kehamilan, jika mempunyai budget lebih, bakal ibu boleh lengkapkan nutrisi dengan Vitalea  dan Vitamin C.

Spesifik tentang B Complex pula adalah ia membekalkan folic acid kepada bakal ibu. Kekurangan folic acid dalam diet ibu boleh menyebabkan kecacatan tulang belakang pada bayi yang dipanggil ‘spina bifida’. Kajian menunjukkan pengambilan folic acid sejak SEBELUM MENGANDUNG lagi membantu mengurangkan risiko kecacatan ini.

Kecacatan spina bifida yang memnyebabkan saraf bayi terkeluar dari tulang, akibat kekurangan folik asid. Sepanjang temph mengandung, ibu digalakkan mengambil gabungan Vitalea +  B Complex untuk mendapatkan folik asid yang mencukupi untuk pertumbuhan janin.

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee, 3 scoops sehari, tahan 2-3 bulan

ESP merupakan sumber protein non-GMO semulajadi yang membekalkan  tenaga kepada bakal ibu. Terutamanya untuk bakal ibu yang pernah keguguran, ESP membekalkan protein semulajadi tanpa pengawet yang membantu untuk memulihkan dan membina tisu dinding rahim yang kuat dan sihat untuk persenyawaan seterusnya.

Perlu ke makan banyak-banyak vitamin ni?
Anda tak akan google suplemen untuk meningkatkan peluang kehamilan sekiranya anda telah dikurniakan cahaya mata. Tak salah untuk usaha, kerana usaha meningkatkan peluang untuk anda berjaya, and remember, Allah pun suruh kita usaha untuk dapatkan sesuatu.



Selain daripada pemakanan yang sihat, bakal ibu bapa pun haruslah menyiapkan diri dengan ilmu keibu-bapaan, berterusan memperbaiki diri dan yang paling penting, jangan lupa berdoa mengharap kepada Tuhan. Kita ikhtiar pelbagai cara, inshaAllah.

Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com