Sunday, April 6, 2014

Shaklee Terbaik Pengasas Berkaliber

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kredibiliti produk adalah kredibiliti pengasasnya. 

Jadi hari ni, saya hendak kongsikan tentang sejarah founder Shaklee – Dr Forrest C. Shaklee.

Shaklee Founder


Latar Belakang Pendidikan

  • Beliau merupakan pengasas produk multivitamin pertama di dunia. Pada tahun 1915, beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiatnya – Vitalized Minerals. Biochemist kemudiannya menggelarkan sebatian itu dengan nama “vitamins”. Ini juga merupakan sejarah dari mana perkataan vitamin terhasil.
  • Dr Shaklee merupakan seorang chiropractor yang memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, divinity dan philosophy.
  • Beliau mempraktikkan ilmu chiropractor sehingga umurnya 65 tahun,  dan kemudiannya menubuhkan Shaklee Corporation bersama dua orang anaknya untuk berkongsi dan memasarkan produk kesihatan yang telah dihasilkan oleh kajiannya sepanjang hayat.
  • Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan waktu tersebut sebagai MAKANAN bukan dikenali sebagai dadah atau produk-produk lain dari syarikat farmaseutikal yang serupa.
  • Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabel sebagai leader in the nutritional industries.


Latar Belakang Peribadi

  • Sewaktu kecilnya, Dr. Forrest C. Shaklee disahkan lahir dengan tuberculosis, dan doctor meramalkan bahawa beliau berkemungkinan tidak akan hidup lama. 
  • Ibu bapa Dr. Shaklee menyediakan persekitaran yang natural untuk membantu proses penyembuhannya dengan membawa anak mereka berpindah ke kawasan utara dengan tanah yang kaya dengan nutrien.  Ubat-ubatan sintetik dari hospital digantikan dengan makanan bernutrien semulajadi yang ditanam di tanah kebun mereka.
  • Bermula dari situ, Dr. Shaklee sejak kecil telah ditanamkan dengan kefahaman bahawa untuk mendapat kesihatan yang optimum memerlukan nutrisi yang baik dan lengkap, persekitaran yang sihat dan senaman.



Kenapa penting untuk mengenali pengasas Shaklee ni?

It’s like surveying a school – siapa pengetuanya memberikan impak dan mempengaruhi imej sesebuah sekolah.

Sekiranya kita tahu bahawa pengetua sekolah pernah melakukan jenayah dan mempunyai track record yang buruk, tidak boleh tidak, sedikit sebanyak akan timbul perasaan ragu-ragu nak attend / hantar anak ke sekolah tu, kan? So kalau kita rajin, kita akan teruskan research untuk tengok betul atau tidak sekolah itu betul-betul buruk…dan kalau malas? Terus pangkah sekolah tu dari consideration. Adios, school.

Sama juga dengan produk Shaklee. Mengenali pengasas Shaklee memberikan lebih keyakinan untuk saya mengamalkan produk Shaklee, dan saya harap dengan mengenali Dr. Shaklee, anda akan lebih terbuka untuk terus menggali kebaikan produk Shaklee yang bermutu ni..

Saya akhiri perkongsian hari ini dengan quote di bawah - bye! :)





0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com