Wednesday, April 30, 2014

Set ibu mengandung dari shaklee super lengkap, superior!

“Peninglah nak cari set lengkap untuk mengandung ni..”, ini anak pertama, boleh cadangkan set yang sesuai tak? Kenapa perlu makan vitamin-vitamin ni?

Nah, ini antara soalan yang sering saya terima daripada bakal-bakal ibu yang sedang hamil. Saya tentunya akan cadangkan set mengandung dari Shaklee yang saya dah pernah gunakan dan uji sendiri keberkesanannya, namun sesetengah ibu masih lagi ragu-ragu mendengar penjelasan yang mungkin pendek atau terputus-putus. Maklumlah, info melalui Whatsapp kadang-kadang guna short form ataupun disingkat-singkatkan sampaikan ibu-ibu bijak di luar sana ada yang menyuruh saya untuk tuliskan info vitamin ibu mengandung ini di blog.

Set ibu mengandung dari Shaklee ni dijamin lengkap dengan keperluan nutrisi yang serupa dengan apa yang disarankan oleh doktor – seperti pil obimin dan kalsium yang anda dapat setiap kali pergi check-up.
Tapi Shaklee ni, selain daripada nutrisi yang lengkap, kelebihannya adalah produk yang SEMULAJADI! Jangan sia-siakan kesempatan untuk berikan nutrisi berkualiti untuk perkembangan janin anda..

Kalsium nutrisi penting ibu hamil elakkan sakit belakang

Sudahlah badan semakin berat dan perlukan tulang yang kuat nak menampungnya, baby yang makin membesar pun perlukan kalsium yang mencukupi untuk membesar dengan sihat. Dua kali lebih kalsium yang perlu dimakan oleh ibu untuk DIRI SENDIRI dan juga untuk BAYI.

Tak sanggup nak minum susu bergelen-gelen, set mengandung Shaklee ni featuring Ostematrix, yang lengkap dengan vitamin D dan magnesium yang membantu untuk penyerapan kalsium yang optimum. Oleh kerana bentuknya dalam kaplet yang mesra alam, tak ada lagi masalah ‘lupa nak makan vitamin’ sebab anda boleh letak botol Ostematrix yang kedap udara tu di dalam beg tangan and off you go..

Elakkan risiko spina bifida pada bayi dengan asid folik


Spina bifida adalah sejenis kecacatan bayi yang mana tulang belakangnya tidak terbentuk dengan sempurna. Walaupun kajian masih dijalankan untuk mengenalpasti punca utama kecacatan ini, semakin ramai pengamal perubatan yang menyarankan agar ibu mengambil asid folik yang cukup untuk bantu kurangkan risiko spina bifida ini.

Vitamin B Complex yang ada dalam set mengandung Shaklee ni diperkaya dengan asid folik seperti yang diperlukan oleh ibu. Selain itu, vitamin B Complex ini jugak membantu mengawal hormon emosi bakal ibu – penting untuk pastikan ibu tak stress di awal mengandung nak hadapi perubahan fizikal yang semakin besar dan buncit, keletihan yang mungkin melampau dan sebagainya.

Vitalea multivitamin tampal kelompongan nutrisi

Membesarkan janin yang sihat bermaksud memberikan nutrisi yang lengkap dan terbaik untuk serapan. Apa yang sihatnya kalau ibu sibuk kerja sampai malam dan balik cuma sempat rendam magi aja? Atau setiap hari beli burger Pak Ali? Baby pun sedih-sedih aje nak membesar..

Selain daripada mesti cuba untuk amalkan diet ikut saranan piramid makanan, vitalea Shaklee lengkap dengan 28 vitamin dan mineral yang segar dan istimewa untuk dialirkan kepada bayi.

Vitalea Shaklee juga unik kerana diperkaya dengan iron – zat besi yang penting dan sangat diperlukan untuk orang yang anemia iaitu kekurangan sel darah merah.  Ibu hamil mempunyai kandungan darah yang berganda sewaktu tempoh kehamilan untuk angkut hemoglobin kepada sel baru, dan zat besi inilah yang berperanan untuk sintesis hemoglobin yang meningkat banyak ni.

Kekurangan zat besi akan mengurangkan keberkesanan sintesis ni, dan lebih parah lagi jika anda mengalami morning sickness atau alahan yang teruk sehingga muntah-muntah!

Tingkat Imunisasi Elak Mudah Selsema dengan Sustained Release Vita-C

Vitamin C yang kaya dalam buah oren atau buah-buahan citrus yang enak ni merangsang penghasilan kolagen untuk membina tulang rawan,otot-otot dan tulang fetus. Selain itu, ia turut membantu melawan jangkitan dan meningkatkan sistem imunisasi ibu hamil untuk elakkan ibu hamil hingus meleleh-leleh sambil angkut perut boyot. Satu pemandangan yang tak berapa nak menyenangkan.

Yang lebih menarik, 1 kapsul vitamin C sustained release ni adalah bersamaan dengan 7 biji buah oren…sanggup kau nak makan 7 biji oren sehari semata-mata? Telan satu kapsul aje, mudah…


Omega Guard bina saluran sinaps untuk otak yang cerdas dan cergas

Omega Guard pula menyumbangkan DHA yang penting untuk pembentukan otak, mata dan sistem saraf utama bayi. Ini penting sehinggalah selepas bayi lahir – jika tak, masakan setiap syarikat susu formula sibuk nak promosi susu mereka ada kandungan DHA yang paling tinggi..Jadi jangan lepaskan peluang untuk lahirkan anak yang bijak! Tidaklah sehingga lahir-lahir bayi terus menjadi Einstein (tu dah melanggar sunnatullah tu!), tapi inshaAllah bayi lahir dengan potensi yang besar dek sebab ibunya berikan cukup DHA dan EPA untuk pembentukan otak.

Selain itu, kajian juga menunjukkan pengambilan EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan pre-eklampsia.

Tambahan lagi Omega Guard ni dihasilkan dari bahan semulajadi yang bersih, berkesan dan selamat!


Energizing Soy Protein (ESP) protein soya non-GMO yang magis!


Haa yang ni tak asing lagi, salah satu produk yang mempunyai pelbagai benefit.Untuk ibu hamil, protein membantu membina sel-sel baru yang sihat. Jangan sampai sel-sel badan bayi anda tidak optimum dek kerana maknya lebih rela membelanjakan wang untuk membeli beg tangan dari vitamin!

Jangan tak tahu yang ESP ni dah ramai wanita yang ambil tau, sebab manfaatnya bukan setakat untuk ibu mengandung aje..

Bonus tambahan pula ibu akan kelihatan lebih berseri dengan kulit yang licin gebu – semakin bertambah-tambah seri mengandungnya sampaikan suami tersayang akan cakap – boleh mengandung selalu ni! Ahah!

Demikianlah sharing tentang set mengandung dari Shaklee yang awesome, value for money dan berbaloi-baloi nak dibeli nih. Kebanyakan pelanggan yang bermula dengan set kehamilan ni akan sambung terus set berpantang dan seterusnya setia dengan Shaklee, bukan sebab dibomohkan atau sengaja ‘ikut trend’, tapi sebab produk elok, siapa yang tak jatuh hati? Jangan ketinggalan..

Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com