Wednesday, April 30, 2014

Set ibu mengandung dari shaklee super lengkap, superior!

“Peninglah nak cari set lengkap untuk mengandung ni..”, ini anak pertama, boleh cadangkan set yang sesuai tak? Kenapa perlu makan vitamin-vitamin ni?

Nah, ini antara soalan yang sering saya terima daripada bakal-bakal ibu yang sedang hamil. Saya tentunya akan cadangkan set mengandung dari Shaklee yang saya dah pernah gunakan dan uji sendiri keberkesanannya, namun sesetengah ibu masih lagi ragu-ragu mendengar penjelasan yang mungkin pendek atau terputus-putus. Maklumlah, info melalui Whatsapp kadang-kadang guna short form ataupun disingkat-singkatkan sampaikan ibu-ibu bijak di luar sana ada yang menyuruh saya untuk tuliskan info vitamin ibu mengandung ini di blog.

Set ibu mengandung dari Shaklee ni dijamin lengkap dengan keperluan nutrisi yang serupa dengan apa yang disarankan oleh doktor – seperti pil obimin dan kalsium yang anda dapat setiap kali pergi check-up.
Tapi Shaklee ni, selain daripada nutrisi yang lengkap, kelebihannya adalah produk yang SEMULAJADI! Jangan sia-siakan kesempatan untuk berikan nutrisi berkualiti untuk perkembangan janin anda..

Kalsium nutrisi penting ibu hamil elakkan sakit belakang

Sudahlah badan semakin berat dan perlukan tulang yang kuat nak menampungnya, baby yang makin membesar pun perlukan kalsium yang mencukupi untuk membesar dengan sihat. Dua kali lebih kalsium yang perlu dimakan oleh ibu untuk DIRI SENDIRI dan juga untuk BAYI.

Tak sanggup nak minum susu bergelen-gelen, set mengandung Shaklee ni featuring Ostematrix, yang lengkap dengan vitamin D dan magnesium yang membantu untuk penyerapan kalsium yang optimum. Oleh kerana bentuknya dalam kaplet yang mesra alam, tak ada lagi masalah ‘lupa nak makan vitamin’ sebab anda boleh letak botol Ostematrix yang kedap udara tu di dalam beg tangan and off you go..

Elakkan risiko spina bifida pada bayi dengan asid folik


Spina bifida adalah sejenis kecacatan bayi yang mana tulang belakangnya tidak terbentuk dengan sempurna. Walaupun kajian masih dijalankan untuk mengenalpasti punca utama kecacatan ini, semakin ramai pengamal perubatan yang menyarankan agar ibu mengambil asid folik yang cukup untuk bantu kurangkan risiko spina bifida ini.

Vitamin B Complex yang ada dalam set mengandung Shaklee ni diperkaya dengan asid folik seperti yang diperlukan oleh ibu. Selain itu, vitamin B Complex ini jugak membantu mengawal hormon emosi bakal ibu – penting untuk pastikan ibu tak stress di awal mengandung nak hadapi perubahan fizikal yang semakin besar dan buncit, keletihan yang mungkin melampau dan sebagainya.

Vitalea multivitamin tampal kelompongan nutrisi

Membesarkan janin yang sihat bermaksud memberikan nutrisi yang lengkap dan terbaik untuk serapan. Apa yang sihatnya kalau ibu sibuk kerja sampai malam dan balik cuma sempat rendam magi aja? Atau setiap hari beli burger Pak Ali? Baby pun sedih-sedih aje nak membesar..

Selain daripada mesti cuba untuk amalkan diet ikut saranan piramid makanan, vitalea Shaklee lengkap dengan 28 vitamin dan mineral yang segar dan istimewa untuk dialirkan kepada bayi.

Vitalea Shaklee juga unik kerana diperkaya dengan iron – zat besi yang penting dan sangat diperlukan untuk orang yang anemia iaitu kekurangan sel darah merah.  Ibu hamil mempunyai kandungan darah yang berganda sewaktu tempoh kehamilan untuk angkut hemoglobin kepada sel baru, dan zat besi inilah yang berperanan untuk sintesis hemoglobin yang meningkat banyak ni.

Kekurangan zat besi akan mengurangkan keberkesanan sintesis ni, dan lebih parah lagi jika anda mengalami morning sickness atau alahan yang teruk sehingga muntah-muntah!

Tingkat Imunisasi Elak Mudah Selsema dengan Sustained Release Vita-C

Vitamin C yang kaya dalam buah oren atau buah-buahan citrus yang enak ni merangsang penghasilan kolagen untuk membina tulang rawan,otot-otot dan tulang fetus. Selain itu, ia turut membantu melawan jangkitan dan meningkatkan sistem imunisasi ibu hamil untuk elakkan ibu hamil hingus meleleh-leleh sambil angkut perut boyot. Satu pemandangan yang tak berapa nak menyenangkan.

Yang lebih menarik, 1 kapsul vitamin C sustained release ni adalah bersamaan dengan 7 biji buah oren…sanggup kau nak makan 7 biji oren sehari semata-mata? Telan satu kapsul aje, mudah…


Omega Guard bina saluran sinaps untuk otak yang cerdas dan cergas

Omega Guard pula menyumbangkan DHA yang penting untuk pembentukan otak, mata dan sistem saraf utama bayi. Ini penting sehinggalah selepas bayi lahir – jika tak, masakan setiap syarikat susu formula sibuk nak promosi susu mereka ada kandungan DHA yang paling tinggi..Jadi jangan lepaskan peluang untuk lahirkan anak yang bijak! Tidaklah sehingga lahir-lahir bayi terus menjadi Einstein (tu dah melanggar sunnatullah tu!), tapi inshaAllah bayi lahir dengan potensi yang besar dek sebab ibunya berikan cukup DHA dan EPA untuk pembentukan otak.

Selain itu, kajian juga menunjukkan pengambilan EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan pre-eklampsia.

Tambahan lagi Omega Guard ni dihasilkan dari bahan semulajadi yang bersih, berkesan dan selamat!


Energizing Soy Protein (ESP) protein soya non-GMO yang magis!


Haa yang ni tak asing lagi, salah satu produk yang mempunyai pelbagai benefit.Untuk ibu hamil, protein membantu membina sel-sel baru yang sihat. Jangan sampai sel-sel badan bayi anda tidak optimum dek kerana maknya lebih rela membelanjakan wang untuk membeli beg tangan dari vitamin!

Jangan tak tahu yang ESP ni dah ramai wanita yang ambil tau, sebab manfaatnya bukan setakat untuk ibu mengandung aje..

Bonus tambahan pula ibu akan kelihatan lebih berseri dengan kulit yang licin gebu – semakin bertambah-tambah seri mengandungnya sampaikan suami tersayang akan cakap – boleh mengandung selalu ni! Ahah!

Demikianlah sharing tentang set mengandung dari Shaklee yang awesome, value for money dan berbaloi-baloi nak dibeli nih. Kebanyakan pelanggan yang bermula dengan set kehamilan ni akan sambung terus set berpantang dan seterusnya setia dengan Shaklee, bukan sebab dibomohkan atau sengaja ‘ikut trend’, tapi sebab produk elok, siapa yang tak jatuh hati? Jangan ketinggalan..

Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6




Sunday, April 20, 2014

Vitamin Untuk Kesuburan

Hari ni terasa sebak hati sebagai seorang ibu bila dapat berita rakan-rakan yang hamil 4 weeks and gugur dan yang dah usaha-usaha tapi belum rezeki.

Alhamdulillah, Ya Allah, for bestowing upon my Husband and I the blessing to be a parent.

Iman Nasuha, at 65 days of age.

Jadi hari ni, bersempena dengan kesebakan hati saya dengar berita macam ni, nak kongsikan set Kehamilan Shaklee yang saya & Hubs guna sebelum conceive and I truly believe, dengan izin Allah melalui ilmuNya dan  kasih sayangNya, set Kehamilan Shaklee nilah yang membantu menyediakan saya secara optimum untuk mendapatkan bayi.

Sebelum saya mula share, suka saya nak ingatkan diri saya dan pembaca sekalian yang pemakanan vitamin adalah usaha untuk membantu pasangan mendapatkan zuriat, bukannya jaminan. Anak adalah rezeki dan amanah dari Allah, maka ingatlah selepas usaha, perlu nya doa dan rasa tawakal yang tinggi terhadap ketentuan Allah.

Segalanya bermula dengan USAHA.

Set Kehamilan Shaklee ni ambil kira kepentingan untuk menyediakan keadaan rahim yang sihat dan optimum untuk tempat tinggal bayi, dan jugak kualiti dan kuantiti sperma untuk meningkatkan the chances of getting pregnant.

Jadi Set Kehamilan Shaklee terdiri dari set vitamin yang berbeza untuk kedua-dua suami dan isteri.

Set Suami

Untuk suami, disarankan untuk mengambil Vita-E Complex + Zinc Complex (Set Asas Kehamilan). Selain itu, turut digalakkan untuk mengambil Vitalea, B Complex, Vitamin C, dan ESP, sekiranya punya bajet extra.

Vitalea, B Complex dan Vitamin C ni kalau perasan, adalah vitamin asas dalam semua set – dan jugak vitamin dalam Set Kesihatan Optimum. Suami isteri disarankan untuk consume these 3 vitamins untuk pastikan tubuh badan yang sihat dan segar secara am.

Spesifik untuk membantu meningkatkan peluang kehamilan adalah pemakanan vitamin E Complex dan Vitamin Zinc Complex.

How do these vitamins help?
Zinc Complex Shaklee - 120 biji sebotol, makan 1 biji sehari.

Zinc dapat meningkatkan bilangan, motiliti (pergerakan sperma berfokus) untuk membantu meningkatkan peluang persenyawaan dengan ovum, insyaaAllah.

Vita-E Complex Shaklee, 120 biji, 1 biji sehari

Gabungan Vitamin E dan Selenium dalam Vitamin E Complex dapat membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan kualiti sperma. Vitamin E turut membantu meningkatkan keinginan seksual suami yang dingin.

 Set Isteri

Set Isteri mengandungi vitamin asas unutk kehamilan iaitu GLA Complex + B Complex. Selain itu, isteria turut digalakkan untuk mengambil Vitalea, Vitamin C dan Energizing Soy Protein (ESP).

Vitamin asas yang penting untuk isteri pula adalah GLA Complex dan B Complex. Sekiranya pernah keguguran, disarankan untuk turut consume ESP. ESP adalah sumber protein yang membantu menguatkan tisu rahim dan bentuk tisu rahim yang sihat.

Bagaimana vitamin – vitamin ini membantu isteri untuk hamil?

GLA Complex Shaklee, 60 biji sebotol, 1-2 biji sehari

GLA Complex membantu mengawal keseimbangan hormon, dan membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan. Wanita yang mempunyai masalah period tidak teratur boleh mencuba GLA Complex untuk memperbaiki kitaran haid ini, dan apabila kitaran haid telah teratur, proses untuk merancang kehamilan akan lebih mudah.

Salah satu fungsi khusus GLA Complex adalah untuk menghasilkan lendir serviks yang baik iaitu berwarna putih telur. Perasan tak pada waktu subur, wanita akan menghasilkan lendir yang berwarna putih telur dalam kadar yang lebih banyak dari biasa? Ada sesetengah wanita yang mempunyai masalah untuk menghasilkan lendir ini. Lendir ini penting untuk membantu sperma berenang ke uterus dan ke tiub fallopio untuk bersenyawa dengan ovum.

B Complex Shaklee, 120 biji sebotol, 1 biji sehari untuk bekalan asid folik

Seperti yang disarankan oleh rata-rata pengamal perubatan, bakal ibu digalakkan untuk mula mengambil nutrisi yang penting untuk perkembangan bayi sejak DARI PROSES MERANCANG lagi. Oleh sebab itu, selain daripada vitamin asas untuk kehamilan, jika mempunyai budget lebih, bakal ibu boleh lengkapkan nutrisi dengan Vitalea  dan Vitamin C.

Spesifik tentang B Complex pula adalah ia membekalkan folic acid kepada bakal ibu. Kekurangan folic acid dalam diet ibu boleh menyebabkan kecacatan tulang belakang pada bayi yang dipanggil ‘spina bifida’. Kajian menunjukkan pengambilan folic acid sejak SEBELUM MENGANDUNG lagi membantu mengurangkan risiko kecacatan ini.

Kecacatan spina bifida yang memnyebabkan saraf bayi terkeluar dari tulang, akibat kekurangan folik asid. Sepanjang temph mengandung, ibu digalakkan mengambil gabungan Vitalea +  B Complex untuk mendapatkan folik asid yang mencukupi untuk pertumbuhan janin.

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee, 3 scoops sehari, tahan 2-3 bulan

ESP merupakan sumber protein non-GMO semulajadi yang membekalkan  tenaga kepada bakal ibu. Terutamanya untuk bakal ibu yang pernah keguguran, ESP membekalkan protein semulajadi tanpa pengawet yang membantu untuk memulihkan dan membina tisu dinding rahim yang kuat dan sihat untuk persenyawaan seterusnya.

Perlu ke makan banyak-banyak vitamin ni?
Anda tak akan google suplemen untuk meningkatkan peluang kehamilan sekiranya anda telah dikurniakan cahaya mata. Tak salah untuk usaha, kerana usaha meningkatkan peluang untuk anda berjaya, and remember, Allah pun suruh kita usaha untuk dapatkan sesuatu.



Selain daripada pemakanan yang sihat, bakal ibu bapa pun haruslah menyiapkan diri dengan ilmu keibu-bapaan, berterusan memperbaiki diri dan yang paling penting, jangan lupa berdoa mengharap kepada Tuhan. Kita ikhtiar pelbagai cara, inshaAllah.

Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6




Sunday, April 13, 2014

Cara Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee Mudah dan Meriah

Lepas dah do your research dan terasa membuak-buak nak cuba barangan Shaklee (hehe ye ke? Kalau tak, buakkan sekarang), step pertama is cari distributor Shaklee yang berwibawa seperti saya untuk anda pesan dan dapatkan produk. 

Atau jikalau anda bijak dan berfikir one step ahead, anda akan tetap juga cari distributor Shaklee berwibawa IAITU SAYA dan register sebagai ahli. Banyak faedahnya kalau register ahli kalau nak dibandingkan dengan beli terus dari distributor - faedah yang paling awesome adalah anda akan dapat potongan harga antara 10-15% untuk barangan yang anda order.

Kalau anda beli produk harga RM 400 - dah boleh saving RM 40! Banyak kan? Boleh beli tudung Bokitta sehelai / bayar bil celcom / makan ikan siakap stim saiz besar / dan sebagainya...

Cara nak register ahli mudah sahaja:-

1. Register dengan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 75 (WM) atau RM 85 (EM). Keahlian dengan bayaran ini adalah untuk seumur hidup, maka tak perlu risau perlu keluarkan RM 75 / RM 85 setiap tahun untuk aktifkan keahlian. Tak macam keahlian Cosway atau Amway contohnya (sebab saya member dua outlet ni), setiap kali nak beli barang perlu register ahli sebab nak dapatkan diskaun, sebab beli barang setahun sekali aje and membership tamat setiap tahun. Jimat dan mudah tak payah pening-pening nak ingat eh aku ni masih ahli ke dah kena tendang dari jadi ahli?


2. Kalau tak mahu spend yuran pendaftaran, jangan bimbang. Anda boleh mendapat keahlian percuma (tanpa perlu membayar yuran seperti di (1)) dengan membuat belian produk sebanyak 200 points. Untuk pengetahuan, setiap produk ada points masing-masing seperti di bawah. 




Jika rasa nak buat belian sebanyak 200 points tu terlalu banyak, anda boleh kongsi beli dengan adik adik, mak ayah atau sedara mara. Asalkan cukup 200 points dah dapat keahlian.

Tak boleh kah saya pergi Shaklee Branch untuk register sendiri?

Boleh dik, kalau tinggal dekat dengan Empire (atau branch Shaklee yang lain) boleh pergi sana, isi borang dan register. Tapi anda memerlukan ID Shaklee Distributor sebagai "Sponsor" untuk register kan diri anda. Boleh gunakan ID saya untuk register (ID : 917819) dan lepas register, hubungi saya untuk dapatkan akses EKSKLUSIF ke group Facebook dan Whatsapp untuk perkongsian vitamin dan tips-tips bisnes sekiranya anda nak mula berniaga :)


Awas! Tersilap menggunakan sponsor mungkin menyebabkan kerugian di lain hari! 

Hubungi saya untuk pertanyaan kenapa laaaa nak rugi sangattt hehe...:)

Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6





Saturday, April 12, 2014

3 Tips Pilih Shaklee Distributor yang Berwibawa

Sewaktu saya mula-mula decide nak jadi Shaklee Independent Distributor (SID) yang aktif, satu kerisauan saya yang paling over sekali adalah waktu customer tanyakan set dan mintak cadangan. Macam-macam perkara negatif yang saya fikirkan, termasuklah:

  • Kalau saya tersalah cadangkan set, kasihan customer...
  • Apa jadi kalau set yang saya cadangkan ini tak berkesan, adakah customer akan marah?
  • Kalau customer tak suka cara saya layan dia, nanti dia beli dekat orang lain...rugi lah...
  • Dan macam-macam lagi fikiran negatif yang timbul even before ada orang tanya apa-apa pun...Baru nak ber’Hai saya nak tanya pasal Shaklee’, saya dah berpeluh...haha


Tapi saya berpegang pada pada “Buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan sebaik yang mungkin” – maka setiap persoalan customer yang saya terima saya cuba jawab dengan sehabis baik.Tak ada yang lebih menggembirakan hati saya melainkan dapat komen macam ni:




Jadi hari ni saya nak sentuh sikit tentang tip memilih Shaklee Independent Distributor...

Nak beli vitamin pun kena particular pilih pembekal? Ya betul...

3 Tips Memilih Distributor Shaklee Anda:
  1.  Distributor harus berdaftar secara sah dengan Shaklee. Apabila anda hendak membeli barang, tanyakan atau check sama ada distributor tu ada ID Shaklee yang sah atau tidak. ID yang sah boleh memberikan keyakinan bahawa produk Shaklee yang dibeli adalah genuine...Jangan sampai tertipu dengan barangan Shaklee tiruan!
  2. Pilih distributor yang berwibawa dan arif tentang produk yang dijual. Anda perlu rasa selesa bahawa distributor yang membekalkan produk pada anda memberikan khidmat nasihat sesuai untuk keadaan ANDA, bukan keadaan orang lain yang dianggap normal. Setiap customer adalah unik, jadi jika anda tanya nak beli SET KURUS BADAN SHAKLEE dan distributor terus quote harga tanpa tanya apa-apa, anda sepatutnya mula rasa berwaspada. Chances are – dia hanya mahukan keuntungan dan tak peduli sama ada produk betul-betul sesuai atau tidak dengan situasi anda. Anda juga tak mahu beli produk yang berkemungkinan tidak sesuai dan seterusnya memberikan kesan negatif kepada badan, kan?
  3. Pilih distributor yang datang dari support group yang berwibawa jugak! Ini penting sekiranya satu hari nanti anda mengambil keputusan nak mula menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, anda telah berada dalam kumpulan yang hebat dengan support group yang MANTAP. Caranya? Tanyalah distributor tu siapa penaung groupnya, apa yang mereka boleh berikan sekiranya anda berniat hendak berbisnes, dan sebagainya.

Mudahkan?

Nampak mudah, tetapi anda akan terkejut sekiranya anda tahu betapa ramainya distirbutor Shaklee di luar sana yang tidak menepati ciri-ciri mudah di atas.

Pengalaman saya pertama kali beli Vitamin Shaklee dengan SID XX – alhamdulillah servis nya cepat, barangan pun sampai sepertimana yang saya order.. Dua hari lepas cuba (masa tu saya beli Set Kesihatan Optimum) – saya perasan warna air kencing saya sedikit pekat. Saya tanya kepada SID XX untuk dapatkan khidmat nasihatnya..tapi kali ini, tak berapa nak pantas. Respon tunggu 2 hari – dan responnya tak menyelesaikan masalah saya pun..(sebab sekarang saya dah tahu apakah sebenarnya yang menyebabkan air kencing saya tu jadi pekat hehe – kalau mahu tahu, boleh hubungi saya untuk tips-tips dan borak-borak J )

Berbekalkan pengalaman saya tu lah, saya berazam setiap customer yang beli produk dari saya akan diberikan PRODUCT CONSULTATION SEUMUR HIDUP. Ya seumur hidup.

Apa kelebihan membeli Shaklee dari saya?


  • Seperti yang telah dimention, anda entitle kepada PRODUCT CONSULTATION SEUMUR HIDUP
  • Bimbingan dan tips makan vitamin secara eksklusif, SESUAI dengan KEPERLUAN dan GAYA HIDUP anda
  • Akses kepada PRIVATE WHATSAPP / FACEBOOK GROUP – sesuai dengan keselesaan anda.
  • FIRST HAND ACCESS kepada promosi-promosi produk Shaklee dan juga PROMO KHAS untuk group.
  • Sekiranya satu hari nanti anda berminat untuk memulakan bisness Shaklee, anda akan diberi akses kepada SUPPORT GROUPS HEBAT (sila perhatikan yang groupS adalah plural – maksudnya akses kepada LEBIH DARI SATU support group) yang akan memberikan guidance step by step tentang cara hendak memulakan bisnes dan, tips untuk buat sales, dan tips tips MAGIC yang lain!


Teruja kan? Saya yang tukang taip ni pun terasa teruja nak menerima kedatangan anda dalam keluarga Shaklee saya! Hehe...

Boleh hubungi saya di nombor / facebook details di bawah untuk further questions, dan saya sudahi perkongsian hari ini dengan quote pengasas vitamin kesayangan saya – Dr. Forrest C. Shaklee.




 Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No (Whatsapp / SMS) : 0176021189
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com





Friday, April 11, 2014

Ostematrix Mudahkan Proses Sleep Training Anak?

Sedang menunggu gadis kesayangan saya lelap. Baru sudah disusukan, dan sekarang tengah testing tiarapkan dia buat kali yang ke 34 (serius tak tipu), tengok dia lelap ke tak.

Dua hari yang lepas, saya start baca tentang sleep training. Tak lama lagi nak mula kerja, kesian pulak dekat neneknya (yang akan jaga) kalau Iman tak reti tidur sendiri... Sekarang pun bukan tak pandai, in fact she's a very easy baby alhamdulillah...kalau perut kenyang lampin kering, tepok tepok sikit bontot, nyanyi sedas dua lagu Siti Nurhaliza ke, P Ramlee ke, nasyid2 terkini ke...inshaAllah tidur.

Tapi lagi canggih kalau perut kenyang lampin kering, kita letak tak payah tepok2 dia dah tidur. Hehe..maka bermulalah journey sleep training saya.

Hari pertama, 2 jam dok mengangkat letak mengangkat letak Iman. Letak, dia nangis kejap, saya angkat dan tenangkan. Lepas tu letak balik. Nangis lagi. Tunggu lama sikit, angkat dan tepok bontot (tepok bontot ni menenangkan betul!), letak...dan ulang la selama 2 jam.

Sakit-sakit pinggang ni terasa. Dah lama tak sakit pinggang, tapi hari training tu agaknya duduk terlalu lama pantau anak dengan stressnye...

Akhirnya Ummi mengalah dan tepok bontot Iman smpai tertidur. Tak apa, training to be continued...

Sebelum tidur, telan Ostematrix 4 biji. Ya Allah, sembuhkanlah lenguh pinggang ku ini melalui usahaku memakan ostematrix ni..

Guess what?

Ostematrix
Ostematrix teman kesayangan - bersepah-sepah dekat bedside table...juga boleh dibuat rattle untuk tarik perhatian anak kalau meragam hehe..

Esok pagi bangun dengan segar dan bebas sengal pinggang :) Ready for the next training session yo!

Selain daripada membantu cukupkan kalsium harian, ostematrix is also known to (these are based on my personal experience - akan kongsi detail produk dalam entry yang lain..) :

1. Membantu melembutkan najis melalui kandungan magnesiumnya. 
This is also something yang I have personally tried. Sebelum ni memang sejak azali lagi ada masalah sembelit..lepas kahwin pun suami aware sangat2 masalah genetik ni sampaikan kalau mengadu sakit pinggang, dia akan tanya "dah lama tak membuang ke?..Talk about true soulmate to know about your shitty business..

Lepas makan ostematrix, suami pun dah dilepaskan dari tanggungjawab menyoal macam tu sebab dah JARANG SANGAT SANGAT sakit pinggang sbb tak buang air.

Masa mengandung pun Ummi ada tanya nak beli phytonatal Nona Roguy tak untuk elak sembelit, dan saya dengan yakinnya menolak sebab ada Ostematrix ni. Alhamdulillah, it does not disappoint. Kalau waktu2 kritikal ni tak menjadi pulak memang nak kena sembelihhh Shaklee ni, tapi alhamdulillah dengan izin Allah, good product is good product. Its just what it is.

2. Bantu berikan tidur yang berkualiti.
Selalu kalau sebelum tidur orang suruh minum susu suam kan? Rupanya calcium dikenali utk memudahkan tidur dan jugak berikan tidur yang berkualiti! Tapi bukan sebarang kalsium tau - fungsi magnesium dalam kalsium tu yang bantu berikan tidur yang berkualiti - tidur yang betul-betul lena dan merehatkan badan. Tidur sikit, tapi inshaAllah kualiti tinggi dan boleh bangun segar bugar! Tried, and tested OK. :)

3. Ambil secara konsisten boleh bantu kurangkan sakit pinggang dan senggugut sewaktu haid

4. Bantu elakkan kejang / cramp kaki – ni penting untuk saya masa pregnant! Pernah sekali skip ambil Ostematrix seminggu, terbangun tengah malam sebab kaki menyentak! Lepas tu insaf terus konsisten..hehe..

5. Bantu bekalkan kalsium untuk mereka yang payah nak minum susu macam saya


Promo bulan April 2014 is beli 6 Ostematrix Free 1. Berbaloi sangat-sangat nak buat stok dengan semua benefit yang sangattttt la membenefitkan saya. Must order.

Berminat? Let me help you solve your calcium-deficiency problem. 
Hubungi saya untuk consultation sekarang, sementara masih bulan April ni...

Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com
♥ Facebook PM : http://on.fb.me/1iyXIn6


Thursday, April 10, 2014

Faedah Vitamin B Complex

Saya pernah kongsikan faedah vitamin B Complex suatu masa dulu. Klik SINI untuk baca secara detail tentang kebaikan dan faedah vitamin B complex ni, yang juga dikenali dengan nama “The Happy Vitamin”!

Hari ni saya nak kongsikan 3 faedah vitamin B Complex yang telah saya rasai sendiri sejak mula mengambilnya secara konsisten..secara konsisten ya, bukan sekejap on sekejap off..hehe..


1. Kurang rasa penat selepas balik kerja…sebelum ambil vitamin ni, saya selalu rasa mengantuk ketika memandu pulang. Selepas ambil, alhamdulillah boleh memandu dengan tenang dan yang penting, selamat! Saya dah kongsikan jugak kisah kepenatan melampau saya ni – boleh klik SINI untuk baca..


2. Sewaktu dalam pantang anak pertama, alhamdulillah mood saya stabil dan most of the time (ye lah, tipu kalau nak cakap ALL the time hehe) saya ceria dan gembira. Adalah jugak rasa stress waktu baby malam-malam menangis sakit perut, tapi tak ada sampai rasa nak meroyan pukul baby. Saya attributekan perasaan saya tu kepada support system yang bagus (ada suami dan family yang bantu) dan juga vitamin B Complex yang telah dikaji membantu mengurangkan tekanan emosi dan mengawal stress.


3. Kurang gugur rambut
– tahukah anda gabungan Vitamin B complex + Zinc Complex Shaklee membantu mengurangkan masalah rambut gugur? Kedua-dua vitamin ini juga terdapat dalam Set Berpantang / Bersalin Shaklee, untuk bantu cegah keguguran rambut yang biasa dihadapi oleh ibu-ibu selepas melahirkan. 

Mahu cuba vitamin B complex juga untuk rasai kebaikannya? Harga sebotol B Complex Shaklee dijual pada retail price RM 53 untuk 120 biji – maksudnya setiap hari, sebiji Happy Vitamin ni cuma berharga RM0.45! Dan sudah tentu boleh didapati dengan harga jauh lebih murah sekiranya anda register sebagai ahli Shaklee.

Ask me how to get your fix of B Complex today, and ask me how you can get it cheaper.

Nama : Putri Zulaikha
Phone / Text Message / Whatsapp : 017-6021189
Facebook Page : Add Sihat on Saudagar Untamu dan private PM


Sunday, April 6, 2014

Shaklee Terbaik Pengasas Berkaliber

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kredibiliti produk adalah kredibiliti pengasasnya. 

Jadi hari ni, saya hendak kongsikan tentang sejarah founder Shaklee – Dr Forrest C. Shaklee.

Shaklee Founder


Latar Belakang Pendidikan

  • Beliau merupakan pengasas produk multivitamin pertama di dunia. Pada tahun 1915, beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiatnya – Vitalized Minerals. Biochemist kemudiannya menggelarkan sebatian itu dengan nama “vitamins”. Ini juga merupakan sejarah dari mana perkataan vitamin terhasil.
  • Dr Shaklee merupakan seorang chiropractor yang memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, divinity dan philosophy.
  • Beliau mempraktikkan ilmu chiropractor sehingga umurnya 65 tahun,  dan kemudiannya menubuhkan Shaklee Corporation bersama dua orang anaknya untuk berkongsi dan memasarkan produk kesihatan yang telah dihasilkan oleh kajiannya sepanjang hayat.
  • Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan waktu tersebut sebagai MAKANAN bukan dikenali sebagai dadah atau produk-produk lain dari syarikat farmaseutikal yang serupa.
  • Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabel sebagai leader in the nutritional industries.


Latar Belakang Peribadi

  • Sewaktu kecilnya, Dr. Forrest C. Shaklee disahkan lahir dengan tuberculosis, dan doctor meramalkan bahawa beliau berkemungkinan tidak akan hidup lama. 
  • Ibu bapa Dr. Shaklee menyediakan persekitaran yang natural untuk membantu proses penyembuhannya dengan membawa anak mereka berpindah ke kawasan utara dengan tanah yang kaya dengan nutrien.  Ubat-ubatan sintetik dari hospital digantikan dengan makanan bernutrien semulajadi yang ditanam di tanah kebun mereka.
  • Bermula dari situ, Dr. Shaklee sejak kecil telah ditanamkan dengan kefahaman bahawa untuk mendapat kesihatan yang optimum memerlukan nutrisi yang baik dan lengkap, persekitaran yang sihat dan senaman.



Kenapa penting untuk mengenali pengasas Shaklee ni?

It’s like surveying a school – siapa pengetuanya memberikan impak dan mempengaruhi imej sesebuah sekolah.

Sekiranya kita tahu bahawa pengetua sekolah pernah melakukan jenayah dan mempunyai track record yang buruk, tidak boleh tidak, sedikit sebanyak akan timbul perasaan ragu-ragu nak attend / hantar anak ke sekolah tu, kan? So kalau kita rajin, kita akan teruskan research untuk tengok betul atau tidak sekolah itu betul-betul buruk…dan kalau malas? Terus pangkah sekolah tu dari consideration. Adios, school.

Sama juga dengan produk Shaklee. Mengenali pengasas Shaklee memberikan lebih keyakinan untuk saya mengamalkan produk Shaklee, dan saya harap dengan mengenali Dr. Shaklee, anda akan lebih terbuka untuk terus menggali kebaikan produk Shaklee yang bermutu ni..

Saya akhiri perkongsian hari ini dengan quote di bawah - bye! :)





Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com