Wednesday, February 12, 2014

Bolehkah madu diberikan kepada bayi?

Khasiat madu yang pelbagai dan terbukti menjadikan madu salah satu makanan yang diamalkan untuk tujuan kesihatan oleh rata-rata rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, timbul persoalan terhadap kesesuaian madu terhadap bayi sehingga terdapat pelbagai jenis kerisauan di kalangan ibubapa.

Soalan-soalan seperti “Bolehkah madu diberikan kepada bayi?”, “Adakah madu sesuai untuk bayi yang baru lahir?” dan juga “Benarkah madu tidak patut sama sekali diberikan kepada bayi?” adalah antara soalan lazim yang sering kedengaran kebelakangan ini. 



Menurut American Academy of Paediatrics (APP), madu dinasihatkan TIDAK diberikan kepada bayi yang berumur di bawah satu tahun sama ada diberikan secara langsung (suap terus bayi dengan madu menggunakan jari / sudu) ataupun dicampurkan ke dalam makanan / susu / minuman bayi. 


Ini adalah kerana dikhuatiri madu yang dijual di pasaran TIDAK BERSIH dan masih mengandungi kuman Clostridium Botulinum, yang boleh membiak di dalam usus bayi yang masih belum matang. Jika bayi dijangkiti kuman ini, bayi akan mendapat kembung perut, sukar / tidak buang air besar, tidak aktif selepas beberapa jam diberikan madu dan juga menjadi lemah tidak bermaya. Kes jangkitan ini, walaupun jarang berlaku, boleh menyebabkan kematian.

Beberapa fakta tentang madu yang perlu kita ketahui berkaitan dengan bayi:

  • Madu mengandungi spora dari sejenis bakteria bernama “Clostridium Botulinum” yang boleh menyebabkan penyakit “Botulism Bayi”. 
  • Spora ini sukar dibunuh, tahan panas walaupun dididihkan selama beberapa jam / melalui proses penapisan. 
  • Penyakit ‘botulism’ bertindak dengan menyerang system saraf bayi dan mengakibatkan mata kabur, droopy eyelid (kelopak mata tertutup sedikit), muntah, cirit birit, dan sebagainya. 
  • Berbeza dengan bayi, usus orang dewasa telah cukup matang untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini, menjadikan madu selamat untuk orang dewasa.
Lepas ni, jauhkan madu dari baby, ya?


Putri Zulaikha Amin
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 6021189
♥ Emel : saudagaruntamu@gmail.com

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com