Wednesday, January 29, 2014

Set Kurus Shaklee Gabungan Produk Hebat

Nak kurus dan nak turun berat badan adalah dua perkara yang berbeza. Ada orang, kurus tetapi berat badan tinggi – mungkin sebab ketumpatan ‘muscle’ yang tinggi ataupun bak kata orang tua – tulang berat, hehe...Sejak dua tiga menjak ni ramai yang PM tanyakan tentang Set Kurus Shaklee, produk –produk yang ada dan soalan paling famous – Kak, boleh ke turun 15kg dalam masa seminggu?

Eh Dik, ini bukan the Biggest Loser ye...Dalam The Biggest Loser pun setiap kali ending dia akan tulis “Setiap peserta telah dipantau oleh doktor bertauliah dan diet telah disusun mengikut keperluan kesihatan peserta”...Jadi menjawab persoalan adik yang nak turun 15kg dalam masa seminggu tu, Shaklee bukan jawapannya..

Set Kurus Shaklee membantu menggalakkan pembakaran lemak dalam badan, pembuangan toksin dan juga memastikan ketumpatan otot kekal sepanjang proses pengurangan berat badan untuk elakkan “yo-yo” efek.

Kalau salah teknik diet, jadilah kita macam orang kat atas ni, terhayun-hayun tak tentu arah di atas bebola yo-yo...

Hari ni saya nak cerita tentang Set Kurus yang saya cadangkan pada customer yang bertanya...ada yang dah on-track untuk weight loss berkat pengambilan suplemen DISAMPING diet dan senaman yang berpatutan. Tahniah!

Set Kurus Shaklee 



Untun ganti breakfast atau dinner, boleh ambil Cinch Shaklee atau ESP. Dicadangkan ganti satu meal aje, waktu lain boleh makan nasik macam biasa – cuma portion perlu jaga.

Cinch ni ada 3 perisa – Vanilla, Chocolate dan Latte. Bancuh dengan susu atau buat fruit smoothies, memang tak terasa lapar. Sebelum saya plan untuk mengandung dulu, ada jugak ambil Cinch Chocolate – campur dengan ESP memang setiap hari balik kerja lambat pun tak kisah sebab tak perlu makan nasik lewat malam...

Kelebihan Cinch ni is dalam satu hidangan, dia ada nutrisi lengkap untuk 1 meal dewasa. Plus Cinch jugak ada “Leucine”, yang bantu kekalkan jisim otot sewaktu dalam proses diet. Ni paling penting dan berbeza dengan produk lain kerana apabila jisim otot berkurangan, keupayaan metabolisma badan turut berkurangan!

Omega dan lecithin berperanan untuk bakar lemak-lemak yang nak disingkirkan tu.

Apa beza Omega dan Lecithin?

Omega berfungsi membakar lemak-lemak yang dah lama termendap dalam badan. Bayangkan lelemaks yang dah syok duduk, dia dah selesa agak degil nak dihalau keluar.

Omega akan bantu jadi agen pembakar lemak ni untuk bantu turunkan berat badan.

Yang best jugak, Omega boleh rangsang penghasilan hormon Leptin - sejenis hormon yang beri signal kepada otak yang badan kita tak lapar - so tak adalah terdesak nak asyik munchhh aje :)

Lecithin pula berfungsi sebagai pengemulsi lemak. Ni khas untuk lemak-lemak baru yang datang dari makanan kita setiap hari.

What Lecithin does is dia akan mengemulsikan lemak baru ni (ie. pecahkan lelemak dari new meal kepada ketulan-ketulan kecil) supaya tak mudah melekat dalam badan dan senang dibakar.

Ada orang makan vitamin tapi tak kurus-kurus, mungkin salah satu sebabnya adalah jenis lemak yang ditarget tu salah.

Dia dah clean eating, tapi ambil lecithin yang cuma fokus untuk bakar lemak baru. Lemak lama masih terbiar situ...

Dua-dua ni adalah produk untuk PEMBAKARAN, jadi boleh tanya saya yang mana lebih sesuai untuk anda.

Alfalfa membantu detox seluruh badan – maksudnya dia akan bantu buang toksin-toksin dan lemak yang dibakar oleh Omega / Lecithin keluar dari badan. Herblax lebih power sikit, sebab Herblax spesifik untuk detox usus (organ penting untuk pastikan nutrien makanan terserap dengan sempurna, lagi penting untuk orang yang sedang diet!) – jadi kalau ada masalah sembelit, lebih elok mulakan detox dengan Herblax.

Ni lah tiga konsep kawalan berat badan yang Set Kurus Shaklee syorkan – Bakar, Buang dan Bina. Hati-hati dengan lambakan produk kurus badan di pasaran – banyak yang berikan gambaran “Indah Khabar Dari Rupa” dengan ilusi boleh kurus dengan sapu krim panas, makan pil langsing, minum minuman pembakar lemak dan sebagainya.

Shaklee bukan lah pil kurus! Ingat ya...




Kelebihan Shaklee dalam proses menjamin berat badan yang sihat adalah suplemen yang dihasilkan secara semulajadi dari bahan semulajadi, dan telah lalui ujian klinikal untuk pastikan tiada kesan sampingan yang memudaratkan kepada pengguna. Shaklee dah berada di pasaran lebih 50 tahun – ni aja adalah testimoni pada betapa kukuhnya produk Shaklee di pasaran.

Kalau nak kurus, baik uruskan bermula dari dalam badan ie. Detox dengan betul, pastikan makanan yang dimakan, most nutrient boleh diserap dengan baik, bina otot dengan betul untuk pastikan kurus bertenaga, dan sebagainya.

Nak mulakan hari ini untuk dapatkan BMI yang sihat?

Hubungi saya untuk pertanyaan!

Putri Zulaikha Amin
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 6021189
♥ Emel : saudagaruntamu@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com