Thursday, January 9, 2014

Pilihan Set Breastfeeding / Penyusuan Shaklee untuk Ibu Baru

Salam Semua!

Hari ni nak kongsi tentang suplemen Shaklee yang khas untuk penyusuan…Ramai ibu yang mengalami masalah kurang susu sebaik sahaja melahirkan, hingga terpaksa menamatkan cita-cita untuk breastfeed baby…sedih kan? Kalau join group-group di Facebook jugak ramai ibu-ibu yang bertanyakan tentang cara menambahkan susu ibu (bagi yang kurang susu), dan rata-rata akan mencadangkan pengambilan makanan tambahan yang terbukti menyumbang pada peningkatan penghasilan susu ibu…



Saya sendiri, masih lagi menanti cahaya mata yang pertama jadi tak dapat lah nak berikan testimonial sendiri hehe…Tapi berdasarkan pembacaan dan cerita-cerita kejayaan yang dikongsikan oleh ibu-ibu lain, saya inshaAllah akan cuba mengamalkan vitamin penyusuan Shaklee untuk bakal baby girl..

Set menyusu Shaklee telah terbukti berkesan sebagai suplemen tambah susu ibu – memahami keadaan ibu yang mungkin mempunyai budget sendiri atau pun pertama kali hendak mencuba produk Shaklee, set penyusuan Shaklee untuk tambah susu badan ini boleh dikategorikan kepada 3 set, bergantung pada harga, produk dalam setiap set dan of course, harga :)

Set Menyusu Shaklee B1


Set B1 ni ada 4 vitamin asas di dalamnya, iaitu Vitalea, B Complex, Sustained Release Vita-C dan Alfalfa Complex. Vitalea, B Complex dan Sustained Release Vita-C berfungsi sebagai vitamin asas untuk pastikan tubuh badan ibu cukup nutrient untuk di"transfer"kan kepada bayi, dan alfalfa complex pula adalah tergolong sebagai Galactagogue, iaitu bertindak sebagai milk booster :) 

Ibu mana yang sesuai ambil set B1?
  • Ibu menyusu yang tidak mempunyai masalah penyusuan langsung – maksudnya kuantiti susu badan cukup dengan keperluan bayi dan tidak ada masalah “shortage”
  • Ibu menyusu yang mahu memperkaya nutrisi susu ibu untuk diberikan kepada bayi – setiap nutrient yang ibu makan akan di”transfer” straight to baby, jadi kalau ibu kurang makan makanan yang berkhasiat, elok ambil set B1 ni..
  • Ibu menyusu yang sibuk bekerja dan mahu mengekalkan kesihatan tubuh badan – kalau ibu sakit, kesian baby nak menyusu pun susah, tau?

Set Menyusu Shaklee B2


Set B2 pula mengandungi vitamin asas penyusuan yang sama seperti set B1, cuma dalam set ini ditambahkan Ostematrix, iaitu sumber kalsium untuk badan ibu. Kelebihan ostematrix Shaklee ni, dia ada kandungan magnesium yang membantu melembutkan najis, jadi ia membantu untuk mengelakkan sembelit pada ibu menyusu.

Ibu yang disarankan untuk memilih set B2 ni:
  • Ibu menyusu yang seringkali merasa keletihan melampau akibat kerja / bangun malam
  • Ibu menyusu yang alah / alergi dengan susu lembu, dan tidak mendapat intake kalsium yang mencukupi untuk penyusuan. Untuk pengetahuan, kalsium penting untuk penghasilan susu yang berkualiti dan juga memelihara kesihatan tulang ibu sepanjang tempoh penyusuan..
  • Ibu menyusu yang mengalami masalah kurang kalsium.

Set Menyusu Shaklee 3M


Set 3M ni adalah set terakhir dalam kategori penyusuan dan juga merupakan set yang paling laris sekali! Ibu-ibu yang pada mulanya bermula dengan set percubaan atau mengambil set B1 / B2, akhirnya inshaAllah akan buat repeat order dengan set 3M pula selepas yakin dengan keberkesanan produk hehe…

Jadi, perbezaan set 3M ni dengan Set B1 dan B2 adalah adanya produk protein powder ESP sebagai tambahan kepada vitamin asas Vitalea, B Complex, Sustained Release Vita-C, Ostematrix dan Alfalfa… Selain daripada bertindak sebagai milk booster, ESP turut membantu dalam pelbagai segi lagi baik untuk dalaman dan luaran si ibu…ada customer yang cakap lepas consume ESP kulit semakin lembab dan gebu, kurang jeragat, semakin bertenaga, berat badan berkurangan (sebab minum ESP ni mengenyangkan tau) dan banyak lagi lah. Baby pun cepat kenyang sebab susu yang lebih banyak dan pekat – banyak nutrient la agaknya ni…hehehe

Secara am nya, semua ibu sangat sangat digalakkan untuk ambil set 3M, bukan sebab ianya menguntungkan Shaklee (lol), tapi sebab memang terbukti bahawa set 3M ni paling lengkap untuk pastikan kejayaan penyusuan, terutama untuk ibu baru..

Secara spesifiknya, ibu-ibu berikut disarankan untuk memulakan journey penyusuan dengan set 3M ni:
  • Ibu yang menyusukan bayi kembar, anak susuan atau bayi yang kuat menyusu
  • Ibu yang ingin melakukan induce lactation / relaktasi
  • Ibu yang mempunyai masalah perahan susu yang sangat sedikit (1 Oz) untuk setiap kali susuan sangat sangat digalakkan untuk berikhtiar menggunakan set ini
Jadi secara keseluruhannya, kami menawarkan 3 set berbeza yang boleh dipilih oleh ibu sesuai dengan keadaan masing-masing…Dah tau set yang ada, mesti nak tau berapa harganya:


Diharap jadual di atas sedikit sebanyak membantu ibu membuat budget dan memilih set yang bersesuaian…

Memahami bahawa ada ibu-ibu yang belum pernah mencuba produk Shaklee dan agak keberatan untuk melaburkan wang sebanyak beratus-ratus, atau dalam kata lainnya baru hendak “mencuba”, boleh PM saya untuk pertanyaan set yang sesuai dengan budget ibu.

Saya juga hendak kongsikan beberapa Frequently Asked Questions berkenaan kenapa ibu perlu membeli set Penyusuan Shaklee ni dengan Saudagar Untamu:
Q: Mahalnya set Shaklee ni, bandingkan dengan set lain lebih murah aje.. 
A: Apalah sangat wang nak dibandingkan dengan nutrient dan kesihatan baby kita, kan? Tapi sebenarnya, harganya berpatutan tau…secara logiknya, saya ambil contoh set 3M ya…harga total retail RM 497, yang rata-ratanya untuk kegunaan 4 bulan (kecuali ESP dan Ostematrix)…jadi kos sebulan hanyalah sekitar RM 497 / 4 bulan = RM 124 ++…Jauh lebih murah berbanding harga susu tin di pasaran yang perlu dibeli setiap minggu jika bayi kuat menyusu, tau? Terpulang pada ibu untuk membuat perbandingan…
Q: Sudah ramai pengedar Shaklee yang offer set penyusuan, kenapa saya perlu beli dengan Saudagar Untamu? 
A: Setuju, dan saya sebagai orang Islam percaya bahawa rezeki Allah ada untuk setiap makhluk..Tujuan utama saya menjual produk ini selain daripada untuk menjana pendapatan sampingan, adalah untuk sama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu – saya sendiri tak akan mahu terperangkap dalam situasi kekurangan / tiada susu, jadi seboleh-bolehnya saya juga tidak mahu ibu lain menghadapi masalah yang sama. Atas dasar ini, saya seikhlas hati menyarankan ibu mencari produk yang paling bersesuaian dengan badan ibu, tak kisah dari sumber mana-mana pun, tak semestinya dengan saya, dan mendoakan agar niat ibu untuk memberikan yang terbaik untuk khalifah kita diberkati inshaAllah..Jika ibu berkenan untuk membeli dengan saya, inshaAllah saya akan cuba bantu sedaya upaya saya – itu janji saya selaku pengedar.
Q: Pengedar Shaklee lain jual dengan harga lebih murah, apa yang saya dapat kalau beli dengan Saudagar Untamu? 
A: Pernah dengar quotation daripada Warren Buffet, di mana beliau katakan dengan bijak sekali “ Price is what you pay, value is what you get”? Saya suka untuk turut sama berpegang dengan konsep ini, iaitu di Saudagar Untamu kami turut mengutamakan ‘value’.
Apa yang ibu akan dapat sekiranya ibu membeli dengan Saudagar Untamu:
  • Diskaun terhadap harga yang saya paparkan. Cuma perlu hubungi saya untuk maklumat lanjut dan inshaAllah saya akan cuba sesuaikan harga dengan keadaan ibu.
  • Tips EKSKLUSIF penyusuan yang hanya akan diberikan kepada pelanggan saya
  • Akses ke Group Facebook khas penyusuan ibu – dimana ibu boleh berkongsi pendapat dan penyelesaian masalah dengan ibu-ibu lain. Ini adalah Group tertutup dan hanya boleh di-akses oleh invited people saja, iaitu CUSTOMER Saudagar Untamu
  • Konsultasi produk yang lengkap – ramai Shaklee distributor di luar sana yang menjual produk dan mementingkan keuntungan semata-mata, maka ramai pelanggan yang mengadu tidak mendapat konsultasi yang sepatutnya. Di Saudagar Untamu, ibu tak perlu risau ini akan terjadi.


Pilihan di tangan ibu :)


Untuk pertanyaan lanjut / konsultasi pre-purchase / sembang-sembang, boleh hubungi saya pada nombor di bawah.

Nama : Putri Zulaikha
Phone / Text Message / Whatsapp : 017-6021189
Facebook Page : Add Sihat on Saudagar Untamu dan private PM



0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com