Saturday, January 11, 2014

Kelebihan ESP Shaklee untuk Semua

Salah satu produk Shaklee yang sangat versatile dan digemari ramai adalah ESP – Energizing Soy Protein. ESP Shaklee kebaikannya tersangatlah banyak, dan penting untuk tahu yang ESP ni adalah makanan tambahan protein yang berasaskan kacang soya, jadi point pertama kelebihan protein jenis ni ialah orang yang mengamalkan diet vegetarian / vegan pun boleh consume.


Dalam post ini, saya akan kongsikan beberapa maklumat am berkenaan ESP shaklee termasuklah:

Kelebihan ESP Shaklee berbanding makanan tambahan soya yang lain

Kenapa kita perlukan makanan tambahan protein walaupun ambil protein dalam diet seharian

Manfaat utama ESP Shaklee

Siapa yang digalakkan mengambil ESP Shaklee

Kos sehari untuk makan ESP Shaklee


Sebelum saya share kelebihan ESP, tahukah kita bahawa protein merupakan antara komponen utama yang membantu mengekalkan kesihatan badan? Kekurangan protein boleh menyebabkan simptom- simptom / masalah kesihatan di bawah:
  • Lemah sistem imun dalam melawan / mencegah penyakit
  • Masalah lebihan air yang tinggi dalam badan
  • Kehilangan kepejalan otot
  • Membantutkan pertumbuhan – protein kan sumber utama untuk pembentukan sel baru
  • Pelbagai masalah penghadaman
  • Masalah penghasilan hormon dan darah yang boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ
  • Pelbagai masalah kulit – seperti kulit kusam, mudah berkedut, berjeragat, etc.

Oleh itu, kita perlu pastikan yang badan dapat sumber protein yang cukup, dan BERKUALITI. Kenapa saya tekankan perkataan berkualiti tu?

OK cuba bayangkan ya...Sebagai orang Melayu, makanan ruji kita adalah nasi, dan lauk pauk yang kita makan dengan nasik tu contohnya ayam, ikan, etc etc – semuanya sumber protein, kan? Jadi secara logiknya, kalau pola pemakanan macam tu, semua orang Melayu akan cukup proteinlah, ye tak?

Memang ya, kalau protein yang diambil menepati ciri-ciri berikut:
  • Dimasak secara sihat – terlalu banyak makan ayam goreng yang rangup disalut dengan kulit dan tepung gorengan yang rangup bermakna sumber protein kita adalah protein tepu.
  • Dimasak dengan kaedah yang “preserve” kandungan protein itu – memasak makanan pada suhu tinggi dengan terlalu lama akan memusnahkan kandungan protein, jadi apa yang kita dapat selepas makan ayam itu adalah perasaan kenyang semata-mata.
  • Sumber semulajadi – ayam yang di”inject” dengan preservative / hormon supaya cepat besar mengandungi bahan toksik yang akan membahayakan badan.

So atas kesedaran ni dan merasakan mungkin protein yang diperoleh dari makanan kurang kualiti, ramai juga yang sudah mula mengambil protein tambahan. Ada banyak makanan tambahan protein yang dijual di pasaran, maka tugas pembeli sekarang adalah menilai produk manakah yang akan memberikan suplemen protein yang terbaik..:)

Kelebihan ESP Shaklee sebagai sumber tambahan protein berbanding protein tambahan yang lain:
  • ESP Shaklee menggunakan kacang soya non-GMO (non genetically modified organisms) yang diproses pada suhu rendah untuk mengekalkan kuantiti dan kualiti protein, sebab protein, macam yang kita belajar di kelas Biologi tingkatan 4, akan musnah pada suhu tinggi.
  • Mempunyai kadar indeks glisemiks (GI) yang rendah iaitu serendah 39, menjadikan ESP sesuai dimakan oleh pengidap kencing manis..
  • Diproses menggunakan air untuk mengekalkan kandungan isoflavones yang bermanfaat kepada kesihatan. Sesetengah produk protein soya di luar sana diproses dengan alkohol, dan ini akan memusnahkan kandungan isoflavones dalam soya.
  • Diproses menggunakan proses pensijilan yang dikenali sebagai Identity Preserved Program(IPP), untuk memastikan kacang soya yang digunakan bebas daripada pendedahan perubahan genetik, dari benih hinggalah kepada pengeluar.
  • Menggunakan sumber semulajadi!
  • Mengandungi asid amino lengkap, temasuk asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia

Manfaat Utama ESP pula:
  • Awet muda : asid amino penting untuk pembentukan otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan sebagainya. Pengambilan yang kerap dalam kuantiti yang betul boleh menyumbang kepada awet muda
  • Baik untuk hormon badan : membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  • Baik untuk kesihatan prostat : Genistein dalam kacang soya telah terbukti membantu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
  • Baik untuk kulit : merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga : ESP membekalkan tenaga dengan segara dan kerana ia mempunyai kandungan GI yang rendah, memberi rasa “kenyang” yang lebih lama!
  • Membaiki pigmentasi : Membaiki masalah rambut seperti uban dan gugur, membaiki pigmentasi, kedutan dan kesan tua

Siapa yang perlukan ESP?
  • Golongan yang ingin membaiki tahap kesihatan secara optimum, tidak kira umur
  • Golongan muda yang sibuk bekerja dan tidak dapat mengambil pemakanan seimbang
  • Ibu hamil yang ingin menjaga kesihatan janin (ESP membantu menguatkan rahim yang penting untuk mengelakkan keguguran)
  • Ibu menyusu yang ingin maintain penghasilan susu
  • Atlet yang aktif
  • Individu yang mempunyai masalah kulit kering, kusam, parut, tona tidak sekata dan ingin memperbaiki keadaan kulit

Harga?

Satu tin ESP dijual dengan harga RM 150, dan dengan pemakanan normal satu canister ini akan bertahan selama 2 bulan. Ini bermakna harganya adalah RM 75 sebulan, bersamaan dengan RM 2.50 sehari. Mahal?

Harga ESP sehari = Harga nasik lemak lauk telur goreng
Harga ESP sehari = Harga segelas jus oren di kedai mamak
Harga ESP sehari = Harga tiket parking di kawasan bandar selama 1 jam hehe..

Selepas melihat kesannya, inshaAllah kita tak akan teragak-agak untuk spend lagi RM 2.50 sehari sebab kesannya sangatlah ketara! Saya kongsikan testimonial dari pelanggan dalam post yang lain, ok...

Saya turut tawarkan harga istimewa untuk pelanggan Saudagar Untamu, jadi untuk sebarang pertanyaan dan info tentang harga istimewa ni, boleh hubungi saya secara peribadi seperti yang tertera di bawah:

Nama : Putri Zulaikha
Phone / Text Message / Whatsapp : 017-6021189
Facebook Page : Add Sihat on Saudagar Untamu dan private PM

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com