Wednesday, January 15, 2014

Healing Crisis - Penyebab dan Cara Atasi

Ada sesetengah individu, apabila dia mula mengambil suplemen, komplen yang badan jadi semakin sakit – ada yang demam-demam, jerawat naik ke muka,terasa loya dan muntah-muntah, badan rasa penat yang melampau, etc etc. 

Mereka pun stop ambil vitamin, dan automatik simptom demam & selesema tu hilang. 

Aik? Kesimpulannya, jangan ambil suplemen, kerana badan aku tak sesuai ambil suplemen sampai mungkin jatuh sakit sebab terlebih nutrien... 

Betul? 

SALAH





Simptom seperti penyakit yang dialami oleh sesetengah individu apabila pertama kali mengambil suplemen ini dinamakan “Healing Crisis” – iaitu tindak balas tubuh terhadap penerimaan zat makanan setelah sekian lama tidak menerima sebarang zat dan badan telah mengumpulkan toksin yang banyak. Healing crisis juga merupakan petanda bahawa keasidan dalam badan adalah tinggi, dan badan sedang dalam proses untuk menyingkirkan asid tersebut. Sebaik sahaja menerima zat daripada suplemen, badan terus menjalankan proses detox yang mungkin menyebabkan simptom demam dan selesema ini. 

Semasa proses healing crisis berlaku, antara tanda-tanda fizikal yang mungkin akan dialami termasuklah sakit kepala, mengantuk, loya, muntah-muntah, jerawat, lesu yang melampau, berpeluh, dan sebagainya yang merupakan tanda toksin sedang keluar dari badan.

Healing crisis selalunya akan terjadi dalam masa 1 hingga 3 hari sebelum badan kembali pulih - walau bagaimanapun, jika tenaga individu rendah dan langkah-langkah mengurangkan simptom healing crisis tidak diambil dengan betul, tempoh masa mungkin akan berlanjutan hingga mencecah minggu...

Satu lagi fakta yang perlu diketahui mengenai healing crisis ini adalah kadang kala, ia tidak hanya akan tamat selepas satu kali. Sekiranya badan terlalu bertoksik, individu mungkin akan mengalami healing crisis dalam cycle yang berulang-ulang, setiap satu dengan intensiti yang lebih rendah dari sebelumnya sebagai tanda badan sedang dalam proses detox yang berterusan.

Tak semua orang akan mengalami healing crisis ini. Mereka yang telah terbiasa mengambil makanan yang berkhasiat / mengambil suplemen sejak kecil besar kemungkinan tidak akan dilanda krisis ini. Jadi, siapakah yang mungkin terdedah pada healing crisis ini? 

  • Individu yang selalu mengambil diet tidak seimbang dan kurang sihat 
  • Individu yang tidak pernah mengambil suplemen 
  • Stress yang berpanjangan 
  • Sering tidur lewat 
  • Kekurangan nutrisi badan 

Sekiranya kita merupakan salah seorang yang mengalami ‘healing crisis’ ini, disarankan untuk melakukan perkara di bawah: 

  • Jangan berhenti makan vitamin! Ini bukanlah jalan penyelesaian yang sebenar, sebaliknya dapatkan nasihat daripada pengedar – disarankan untuk mengurangkan dos vitamin yang diambil atau mengambil vitamin selang sehari sehinggalah simptom berkurangan 
  • Pastikan pengambilan air yang mencukupi, sekurang-kurangnya 3L setiap hari..Air yang mencukupi akan memastikan vitamin diserap dengan sempurna, dan juga membantu menyingkirkan toksin dari dalam badan dengan lebih berkesan 
  • Bersabar dan bertenang, dan sentiasa berusaha untuk menjadi positif...kesusahan pada waktu ini adalah kesenangan pada masa hadapan. Bayangkan toksin-toksin yang sedang dinyahkan dari tubuh kita dan ucapkan selamat tinggal selamanya! 
  • Sekiranya demam tinggi tak turun, dinasihatkan untuk berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor untuk check-up dan pastikan tiada penyakit lain yang sedang menyerang – kita tak mahu terlepas pandang sekiranya demam itu adalah disebabkan oleh denggi dan sebagainya, kan? 
  • Berdoa agar dipermudahkan

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com