Wednesday, January 8, 2014

6 Langkah Mengawal Selera Makan Sewaktu Hamil

Sewaktu zaman awal-awal disahkan hamil, saya, seperti ramai lagi bakal-bakal ibu di luar sana terasa seperti dilanda masalah kelaparan yang melampau. Asal nampak makanan mesti nak makan, kalau bukan waktu makan pun, terfikir-fikir tentang makanan dan mulalah tak berapa nak senang duduk. Fenomena lapar ketika hamil ini dipanggil fenomena “mengidam”, bak kata orang tua.


Tengok, melampau tak makan nasik kerabu sampai 3 pinggan serentak? Oh ku tak bangga langsung...

Sebenarnya, apa yang menyebabkan ibu hamil mudah lapar?


  • Secara ringkasnya, peningkatan selera makan berlaku disebabkan bayi dalam kandungan sedang membesar dan memerlukan nutrient yang lebih. Lebih banyak mana? Haaa…hanya lebih 300 kalori sahaja tau – bersamaan dua mangkuk kecil nasi / dua gelas susu / dua biji epal…
  • Sama seperti di atas
  • Tiada lagi sebab lain.

Ye, ada satu sahaja sebab mengapa ibu hamil mudah  lapar – seperti yang diatas. Alasan “I am eating for two” tak berapa nak valid sebenarnya – betul kita sedang makan untuk dua orang, tapi yang lagi seorang tu alahai saiznya tersangatttt lah kecil…jadi tak boleh la cakap dua pinggan untuk dua orang, tau?

Makan di luar kawalan boleh menyebabkan beberapa masalah sewaktu kehamilan, termasuklah peningkatan berat badan yang berlebihan (memberi tekanan kepada bayi), mudah mendapat penyakit-penyakit sewaktu hamil seperti extra bloating, heartburn, sakit pinggang, sengal badan, dan sebagainya.

Jadi, apa yang boleh kita buat dengan masalah selera seperti orang kebuluran ni?
  • Pastikan hidangan makanan yang diambil adalah hidangan yang berkualiti dan kaya dengan nutrient untuk pastikan baby happy dan tak berapa nak demanding sangat. Coke dan cake secret recipe kadang-kadang OK, tapi mereka tak dikira dalam keluarga makanan berkualiti
  • Pilih makanan yang mengenyangkan, tetapi tak mengenyangkan secara melampau. Contohnya, whole-grain muffin, salad. Kalau nak mudah, boleh ambil ESP Shaklee yang tak heavy tapi boleh buat kita lupa untuk makan in the next 3 hours sebab kenyang lama.
  • Makan smaller meals dengan lebih kerap. Makan sedikit sebanyak 6 kali sehari lebih elok dari belasah makanan berat 3 kali. Bila kita rasa kurang makan, automatic secara psikologi kita akan rasa cepat lapar.
  • Jauhkan diri dari makanan-makanan yang tak sihat tetapi nampaknya begitu menggoda itu! Kalau masuk Giant, jangan lalu tempat makanan ringan dan Maggi. Jangan. Kita lah yang berhak mengawal diri kita.
  • Sekali sekala, boleh makan makanan kegemaran kita – set kan mungkin sebulan sekali, atau 2 minggu sekali. Ini akan memudahkan diri kita untuk lebih berdisiplin the next time kita pandang coklat sedap tu, boleh bisik pada diri “ Tak apa, dua minggu lagi aku akan ngap kau”..
  • Pastikan badan cukup nutrient! Salah satu tanda badan tidak cukup nutrient sewaktu mengandung adalah selera makan yang melampau – badan sedang beri signal. Kalau tak mampu nak sediakan / beli makanan yang bernutrien atas kekangan waktu, masa dan tenaga, boleh cuba suplemen set kehamilan Shaklee.

Selamat memilih makanan dengan bijak, dan bekalkan nutrisi yang cukup untuk baby :)

Sekiranya berminat untuk mencuba set kehamilan Shaklee, saya adalah pengedar anda yang sah dan boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com