Friday, January 24, 2014

Cara Makan Vitamin Shaklee Eksklusif

Ramai yang kelam-kabut nak cari cara makan vitamin Shaklee. Masa mula-mula Putri start consume Shaklee, Putri pun salah seorang daripada orang yang kelam kelibut tu lah – strict sangat melampau - kalau vitamin tu nak kena ambil pagi, bila terlupa – langsung tak makan.

Kalau makan jugak tak ikut jadual yang diberikan, boleh mati – sampai tahap teruk macam ni sekali Putri fikir hohoho..

Jadi dalam post ni, Putri akan membongkar beberapa persoalan biasa tentang cara makan vitamin Shaklee, termasuklah:

Betul ke ada cara tertentu dan masa tertentu untuk makan vitamin? 

Bila masa yang sesuai untuk ambil vitamin?

Kalau salah cara makan, boleh keracunan tak?

Apa nak buat kalau terlupa makan vitamin?



Betul ke ada cara tertentu dan masa tertentu untuk makan vitamin, ataukah itu hanya mitos propaganda semata-mata?

Ya dan Tidak. Kenapa Put cakap ya dan tidak? YA Sebab memang betul ada sesetengah vitamin tak elok dimakan serentak, dan ada sesetengah vitamin yang disarankan untuk diambil pada masa-masa tertentu untuk optimumkan proses penyerapan dan badan dapat benefit yang terbaik dari vitamin tu. Ada customer yang merungut dah beli vitamin tapi tak nampak keberkesannya mungkin mengalami masalah ni lah...

TIDAK sebab ada sesetengah individu keadaannya bukanlah seperti orang biasa. Kalau orang biasa ambil vitamin waktu pagi untuk bekalan tenaga, orang yang kerja syif malam mungkin perlu ambil multivitamin pada waktu malam supaya kekal cergas untuk berkerja.

Jadi penting untuk beli produk dari distributor yang nak tahu jadual hidup kita terlebih dahulu tanpa melulu-lulu nak cadangkan jadual pengambilan vitamin...Hati-hati ya, tak semua distributor di luar sana kisahkan keberkesanan vitamin terhadap badan customer – sebab tu ramai customer yang beli dari distributor lain, tapi tanya info produk dari distributor lain...

Bila masa yang sesuai untuk ambil vitamin?

Bila-bila yang disarankan oleh botol, dan terpulang kepada desired efek yang kita mahukan dari vitamin tu.

Heh? Apekah maksudnya tu macam complicated je...

Hehe...Contoh, ada vitamin yang dilabelnya tulis “Take With Meal” dan ada jugak yang dicakap “Take Before Meal”...apeke bezanya? Tengah-tengah suap nasi tiba-tiba kena pause ke untuk makan vitamin? Ataupun lepas baca bismillahhh, sebelum suap suapan nasi pertama, kena makan vitamin dulu?

Contoh lagi satu – waktu makan ESP sama ada diambil sebelum atau selepas makan ada efek yang berbeza kepada rasa kenyang kita...Jadi waktu untuk ambil ESP kalau nak menguruskan badan dengan waktu untuk ambil ESP untuk menaikkan berat badan adalah BERBEZA!

Kalau salah cara makan, boleh keracunan tak?

Setakat yang Putri tahu, salah cara makan yang boleh membuatkan keracunan sehingga membawa maut cumalah MAKAN BERLEBIHAN DOS. Apa-apa pun yang diambil secara berlebihan akan memudaratkan. Islam pun suruh penganutnya mengamalkan konsep “bersederhana” dalam semua perkara, termasuklah pengambilan vitamin ya..

Yang lain, kalau tersalah waktu makan, ataupun tercampur sesetengah vitamin yang tak sepatutnya, cumalah akan mengurangkan keberkesanan penyerapan nutrien dari vitamin – vitamin tu.. Ni pun, kita taknak jugak jadi, sebab rugi aja istiqamah makan vitamin sungguh-sungguh, tapi nutrien yang dapat seciput je..

Apa nak buat kalau terlupa makan vitamin?

Apa lagi....makan lah! Lagi mau tanya.... Penting untuk pengguna tahu kenapa vitamin tu dimakan, dan apa nutrien yang sedang dibekalkan untuk tahu nak makan vitamin atau tak hari ni.

Contoh makan ostematrix – sekali terlupa daaaa nak makann...Apa nak buat? Ostematrix kan bekalkan kalsium, so tengok balik hari ni ada makan kalsium dari meal tak? Susu ada minum? Ada makan keju? Kalau ada, mungkin tak apa lah kalau tak ambil Ostematrix hari ni....

Kalau semalam pun takde ambil makanan berkalsium, hari ni pun takde, telan ostematrix tu ataupun pastikan esok tak lupa lagi!

Ni post cara makan vitamin shaklee kan...mana jadual pemakanan vitaminnya?

Seperti yang dah diterangkan di atas, tiada jadual pemakanan vitamin yang tertentu kerana setiap orang cara hidupnya berbeza, jadi untuk fleksibiliti, lebih penting untuk customer faham apa fungsi vitamin supaya dapat disesuaikan dengan cara hidup.

Setiap pembelian vitamin dari Saudagar Untamu akan disertakan dengan nasihat dan panduan makan yang bersesuaian dengan pembeli – dan juga konsultasi seumur hidup. 

Salam sayang - saya tunggu pesanan dari anda :)

Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com
♥ Laman web: Saudagar Untamu
♥ FanPage FB: Sihat on Saudagar Untamu















0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com