Thursday, January 30, 2014

Bahaya air masak kepada bayi

Walaupun telah jadi kebiasaan atau kepercayaan sesetengah warga tua, ramai yang masih tidak mengetahui tentang bahaya air masak kepada bayi. Antara amalan mak-mak kita adalah menyuap bayi yang berusia 6 bulan ke bawah (hatta bayi yang baru lahir 1 hari) dengan air masak jika dilihat bayi seolah-olah sedang haus.

Sekarang pun ramai ibu muda yang serba salah untuk memberitahu ibu masing-masing tentang bahaya air masak kepada bayi – risau terasa hati, segan sebab ya lah, orang tua dah lebih lama makan garam, dan sebagainya…



Saya nak kongsikan 4 sebab mengapa air masak  bahaya untuk bayi:

1. Merencatkan pertumbuhan akal dan tumbesaran

Perut bayi yang masih kecil dan system pencernaan yang belum matang boleh merencatkan pertumbuhan bayi sekiranya diberi air masak. Pada umur kurang 6 bulan, kapasiti perut bayi telah diciptakan cukup-cukup untuk susu ibu sahaja.

Bayangkan apa yang terjadi jika bayi telah disuap dengan air masak terlebih dahulu sebelum susu. Perutnya yang kecil akan penuh dan apabila disuapkan susu, susu akan dimuntahkan semula. Nutrien dan khasiat dari susu tidak dapat diterima.

2. Pencemaran

Air kosong, walaupun telah dimasak, masih boleh menjadi punca kuman kepada bayi, sama ada melalui sumber air itu sendiri ataupun dari bekas yang digunakan untuk menyimpan air. Kita selalu dengar orang sterilize botol susu, tapi tak pernah dengar ada orang sterilize botol air masak, kan? Pencemaran air ini mungkin akan mengakibatkan cirit birit kepada bayi.

Berbeza dengan susu ibu yang diberikan kepada bayi secara terus dari payudara (tiada possibility untuk dicemari kerana dihasilkan on demand) DAN juga susu ibu yang diperah dan disimpan (biasa untuk ibu yang bekerja) kerana susu ibu yang diperah mempunyai anti-bacterial properties yang menjadikan bakteria sukar membiak dalam susu ibu.

3. Air masak bersifat menghakis

Air akan menghakis salutan pelindung yang terdapat dalam susu ibu – mendedahkan bayi kepada jangkitan pelbagai penyakit.

4. Air masak melarutkan kandungan garam dalam badan bayi

Terdapat kepercayaan bahawa penyakit jaundis / demam kuning boleh disembuhkan sekiranya bayi diberikan air masak yang banyak. Ini adalah SALAH sama sekali. Air masak berlebihan akan melarutkan kandungan garam semulajadi dalam badan bayi, dan mengakibatkan bayi kembung perut atau terkena penyakit sawan.

Peringatan untuk semua:
Air masak adalah sekadar air semata-mata, dan tidak mempunyai sebarang nutrient yang diperlukan bayi!

Kalau bayi dahaga?

Berikan susu pilihan anda – bukan air masak! Susu ibu adalah pilihan yang terbaik kerana kandungannya yang tinggi dengan air iaitu sebanyak 80%, dan mengandungi semua nutrient yang penting untuk tumbesaran bayi.

Selamat memilih yang terbaik!

----

Klik SINI untuk tahu bagaimana pengambilan suplemen boleh membantu menjayakan proses penyusuan badan

Klik SINI untuk tahu Set Penyusuan Shaklee sesuai dengan budget anda

Putri Zulaikha Amin
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 6021189
♥ Emel : saudagaruntamu@gmail.com




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com