Friday, January 10, 2014

5 Cara Berinteraksi dengan Bayi dalam Kandungan

Sewaktu pergi potong rambut siang hari tu, kakak gunting rambut tu dengan senang hati bercerita tentang pengalaman ketika mengandung anak sulung.

Akak dulu, masa anak akak dalam perut akak selalu pesan - Adik, nanti keluar jangan suka nangis tau, nanti orang tak suka..Mama pulak kerja macam ni...(Kakak tu kerja service, cuma boleh cuti satu hari masa weekdays..)

Habis kak, keluarnya macam mana? 
Teruja saya nak tahu. Best jugak kalau baby tak menangis...

Keluar-keluar senang nak jaga! Nangis pun tak sangat...sekarang lagi lah, tak takut orang langsung...

Wahhhhh...betul ke baby tu tak suka nangis sebab kakak tu pesan macam tu?






Wallahualam. Semua tu kuasa Allah yang lebih mengetahui keajaiban hubungan antara ibu dan anak. Walau macam manapun, beberapa kajian turut buat conclusion yang bayi sudah boleh mendengar bermula pada minggu 24 - 28, kerana saat ini deria pendengarannya sudah mula matang. Ibu boleh perasan yang sekitar waktu ini, sebarang bunyi mengejut / musik kuat akan menyebabkan baby menendang sebab terkejut..hehe melatah kut kat dalam tu? Seorang child psychiatrist dari Columbian University juga menyatakan bahawa baby dalam kandungan mampu mengenal dan mengingati suara ibunya - sebab tu baby apabila lahir, lebih mudah tenang dengan suara ibu...awww :)

Pelbagai kajian telah dilakukan untuk cuba mengesahkan keadaan ini - researcher dari University Nottingham mengkaji aktiviti otak bayi dalam kandungan (fetal) menggunakan kaedah functional magnetic resonance imaging, dan dalam penemuannya beliau telah menyatakan bahawa terdapat aktiviti pada otak bayi selepas memperdengarkan bacaan sajak di perut ibunya. Studi lain turut mengatakan bahawa tangisan bayi yang baru dilahirkan berbeza-beza dan mempunyai pola khas yang dipengaruhi oleh bahasa dan bunyi persekitaran yang mereka dengari selama dalam kandungan, bermula trimester ketiga.

Sebab tu sekarang banyak produk yang menggalakkan ibu-ibu memulakan pendidikan bayi sejak dari dalam rahim lagi - seperti CD pendidikan, CD musik yang menenangkan siap dengan earphone untuk lekat kat perut, etc etc.

Antara aktiviti free yang boleh ibu-ibu lakukan untuk mendidik khalifah kecil ini sejak dari dalam perut lagi:

  • Untuk yang Islam, semestinya memperdengar bacaan Al-Quran. Lebih elok kalau ibu yang baca atau pasang kaset qari-qari terkenal tu? Tu terpulang masing-masing, tapi personally pada saya lebih elok jika ibu sendiri yang bacakan - selain daripada baby kenal suara ibu, membaca ayat suci juga membantu memberikan ketenangan emosi kepada ibu. Ibu tenang, anak riang, ya?
  • Memperdengarkan musik-musik yang menenangkan - seperti musik Mozart, Pachabelle, dan sebagainya. Kalau baby saya, bermula second trimester lagi saya dah kurang dengar Hitz Fm / Fly Fm / etc...bukan sebab tak mau baby terpengaruh dengan lagu-lagu barat yang tak ditapis, tapi sebab rupanya baby sendiri yang tak berapa nak gemar musik kuat-kuat dan rock - mula la nak mengamuk dalam perut haha tak kuasa den nak layan. Habis lah. Mak nya suka lagu rock hu hu
  • Berbual-bual dengan bayi. Contohnya dalam perjalanan ke kerja dan baby masih belum bergerak, boleh usap-usap perut dan mula berbual tentang perkara-perkara yang menarik perhatian ibu - trafik ke, matahari terbit ke, aircond sejuk ke. Kalau tak pernah buat, mungkin awal-awal tak akan ada reaction...tapi Ibu akan pleasantly surprise bila baby bergerak, seolah-oleh mengerti :)
  • Ajak si bapa untuk turut sama bercakap dengan baby dengan aktif. Baby jugak perlu kenal suara bapanya - sebab nanti bila dah keluar, kita sebagai ibu tak kan la kuasa sangat nak jaga setiap malam untuk dodoikan tidur. Baby mesti kenal bapanya. Kalau saya, saya akan paksa Husband usap2 perut dan ucapkan salam, the very minimal. Mula-mula Husband kekok, lama-lama dia pulak yang ketagih rasa baby bergerak in response :)
  • Balas gerakan bayi dengan tepukan perlahan. Berinteraksi!

Pesanan personal saya - banyakkan membaca al-Quran dengan kuat, perdengarkan pada baby, sebab Allah dah cakap


Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat (Al-A'raf, 204)
Besar harapan saya semoga khalifah-khalifah kita lahir dengan dilingkungi rahmat Allah inshaAllah..

Jadi untuk Baby I (namanya inshaAllah mula dengan I...teka teka...), pesanan Mak:

Hmm pesanan mak....

Hmm....

Jadi anak yang bijak dan menyenangkan hati, ya?

*Telan Omega Guard untuk bina sel otak*

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com