Thursday, January 30, 2014

Bahaya air masak kepada bayi

Walaupun telah jadi kebiasaan atau kepercayaan sesetengah warga tua, ramai yang masih tidak mengetahui tentang bahaya air masak kepada bayi. Antara amalan mak-mak kita adalah menyuap bayi yang berusia 6 bulan ke bawah (hatta bayi yang baru lahir 1 hari) dengan air masak jika dilihat bayi seolah-olah sedang haus.

Sekarang pun ramai ibu muda yang serba salah untuk memberitahu ibu masing-masing tentang bahaya air masak kepada bayi – risau terasa hati, segan sebab ya lah, orang tua dah lebih lama makan garam, dan sebagainya…



Saya nak kongsikan 4 sebab mengapa air masak  bahaya untuk bayi:

1. Merencatkan pertumbuhan akal dan tumbesaran

Perut bayi yang masih kecil dan system pencernaan yang belum matang boleh merencatkan pertumbuhan bayi sekiranya diberi air masak. Pada umur kurang 6 bulan, kapasiti perut bayi telah diciptakan cukup-cukup untuk susu ibu sahaja.

Bayangkan apa yang terjadi jika bayi telah disuap dengan air masak terlebih dahulu sebelum susu. Perutnya yang kecil akan penuh dan apabila disuapkan susu, susu akan dimuntahkan semula. Nutrien dan khasiat dari susu tidak dapat diterima.

2. Pencemaran

Air kosong, walaupun telah dimasak, masih boleh menjadi punca kuman kepada bayi, sama ada melalui sumber air itu sendiri ataupun dari bekas yang digunakan untuk menyimpan air. Kita selalu dengar orang sterilize botol susu, tapi tak pernah dengar ada orang sterilize botol air masak, kan? Pencemaran air ini mungkin akan mengakibatkan cirit birit kepada bayi.

Berbeza dengan susu ibu yang diberikan kepada bayi secara terus dari payudara (tiada possibility untuk dicemari kerana dihasilkan on demand) DAN juga susu ibu yang diperah dan disimpan (biasa untuk ibu yang bekerja) kerana susu ibu yang diperah mempunyai anti-bacterial properties yang menjadikan bakteria sukar membiak dalam susu ibu.

3. Air masak bersifat menghakis

Air akan menghakis salutan pelindung yang terdapat dalam susu ibu – mendedahkan bayi kepada jangkitan pelbagai penyakit.

4. Air masak melarutkan kandungan garam dalam badan bayi

Terdapat kepercayaan bahawa penyakit jaundis / demam kuning boleh disembuhkan sekiranya bayi diberikan air masak yang banyak. Ini adalah SALAH sama sekali. Air masak berlebihan akan melarutkan kandungan garam semulajadi dalam badan bayi, dan mengakibatkan bayi kembung perut atau terkena penyakit sawan.

Peringatan untuk semua:
Air masak adalah sekadar air semata-mata, dan tidak mempunyai sebarang nutrient yang diperlukan bayi!

Kalau bayi dahaga?

Berikan susu pilihan anda – bukan air masak! Susu ibu adalah pilihan yang terbaik kerana kandungannya yang tinggi dengan air iaitu sebanyak 80%, dan mengandungi semua nutrient yang penting untuk tumbesaran bayi.

Selamat memilih yang terbaik!

----

Klik SINI untuk tahu bagaimana pengambilan suplemen boleh membantu menjayakan proses penyusuan badan

Klik SINI untuk tahu Set Penyusuan Shaklee sesuai dengan budget anda

Putri Zulaikha Amin
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 6021189
♥ Emel : saudagaruntamu@gmail.com




Wednesday, January 29, 2014

Set Kurus Shaklee Gabungan Produk Hebat

Nak kurus dan nak turun berat badan adalah dua perkara yang berbeza. Ada orang, kurus tetapi berat badan tinggi – mungkin sebab ketumpatan ‘muscle’ yang tinggi ataupun bak kata orang tua – tulang berat, hehe...Sejak dua tiga menjak ni ramai yang PM tanyakan tentang Set Kurus Shaklee, produk –produk yang ada dan soalan paling famous – Kak, boleh ke turun 15kg dalam masa seminggu?

Eh Dik, ini bukan the Biggest Loser ye...Dalam The Biggest Loser pun setiap kali ending dia akan tulis “Setiap peserta telah dipantau oleh doktor bertauliah dan diet telah disusun mengikut keperluan kesihatan peserta”...Jadi menjawab persoalan adik yang nak turun 15kg dalam masa seminggu tu, Shaklee bukan jawapannya..

Set Kurus Shaklee membantu menggalakkan pembakaran lemak dalam badan, pembuangan toksin dan juga memastikan ketumpatan otot kekal sepanjang proses pengurangan berat badan untuk elakkan “yo-yo” efek.

Kalau salah teknik diet, jadilah kita macam orang kat atas ni, terhayun-hayun tak tentu arah di atas bebola yo-yo...

Friday, January 24, 2014

Cara Makan Vitamin Shaklee Eksklusif

Ramai yang kelam-kabut nak cari cara makan vitamin Shaklee. Masa mula-mula Putri start consume Shaklee, Putri pun salah seorang daripada orang yang kelam kelibut tu lah – strict sangat melampau - kalau vitamin tu nak kena ambil pagi, bila terlupa – langsung tak makan.

Kalau makan jugak tak ikut jadual yang diberikan, boleh mati – sampai tahap teruk macam ni sekali Putri fikir hohoho..

Jadi dalam post ni, Putri akan membongkar beberapa persoalan biasa tentang cara makan vitamin Shaklee, termasuklah:

Betul ke ada cara tertentu dan masa tertentu untuk makan vitamin? 

Bila masa yang sesuai untuk ambil vitamin?

Kalau salah cara makan, boleh keracunan tak?

Apa nak buat kalau terlupa makan vitamin?



Betul ke ada cara tertentu dan masa tertentu untuk makan vitamin, ataukah itu hanya mitos propaganda semata-mata?

Ya dan Tidak. Kenapa Put cakap ya dan tidak? YA Sebab memang betul ada sesetengah vitamin tak elok dimakan serentak, dan ada sesetengah vitamin yang disarankan untuk diambil pada masa-masa tertentu untuk optimumkan proses penyerapan dan badan dapat benefit yang terbaik dari vitamin tu. Ada customer yang merungut dah beli vitamin tapi tak nampak keberkesannya mungkin mengalami masalah ni lah...

TIDAK sebab ada sesetengah individu keadaannya bukanlah seperti orang biasa. Kalau orang biasa ambil vitamin waktu pagi untuk bekalan tenaga, orang yang kerja syif malam mungkin perlu ambil multivitamin pada waktu malam supaya kekal cergas untuk berkerja.

Jadi penting untuk beli produk dari distributor yang nak tahu jadual hidup kita terlebih dahulu tanpa melulu-lulu nak cadangkan jadual pengambilan vitamin...Hati-hati ya, tak semua distributor di luar sana kisahkan keberkesanan vitamin terhadap badan customer – sebab tu ramai customer yang beli dari distributor lain, tapi tanya info produk dari distributor lain...

Bila masa yang sesuai untuk ambil vitamin?

Bila-bila yang disarankan oleh botol, dan terpulang kepada desired efek yang kita mahukan dari vitamin tu.

Heh? Apekah maksudnya tu macam complicated je...

Hehe...Contoh, ada vitamin yang dilabelnya tulis “Take With Meal” dan ada jugak yang dicakap “Take Before Meal”...apeke bezanya? Tengah-tengah suap nasi tiba-tiba kena pause ke untuk makan vitamin? Ataupun lepas baca bismillahhh, sebelum suap suapan nasi pertama, kena makan vitamin dulu?

Contoh lagi satu – waktu makan ESP sama ada diambil sebelum atau selepas makan ada efek yang berbeza kepada rasa kenyang kita...Jadi waktu untuk ambil ESP kalau nak menguruskan badan dengan waktu untuk ambil ESP untuk menaikkan berat badan adalah BERBEZA!

Kalau salah cara makan, boleh keracunan tak?

Setakat yang Putri tahu, salah cara makan yang boleh membuatkan keracunan sehingga membawa maut cumalah MAKAN BERLEBIHAN DOS. Apa-apa pun yang diambil secara berlebihan akan memudaratkan. Islam pun suruh penganutnya mengamalkan konsep “bersederhana” dalam semua perkara, termasuklah pengambilan vitamin ya..

Yang lain, kalau tersalah waktu makan, ataupun tercampur sesetengah vitamin yang tak sepatutnya, cumalah akan mengurangkan keberkesanan penyerapan nutrien dari vitamin – vitamin tu.. Ni pun, kita taknak jugak jadi, sebab rugi aja istiqamah makan vitamin sungguh-sungguh, tapi nutrien yang dapat seciput je..

Apa nak buat kalau terlupa makan vitamin?

Apa lagi....makan lah! Lagi mau tanya.... Penting untuk pengguna tahu kenapa vitamin tu dimakan, dan apa nutrien yang sedang dibekalkan untuk tahu nak makan vitamin atau tak hari ni.

Contoh makan ostematrix – sekali terlupa daaaa nak makann...Apa nak buat? Ostematrix kan bekalkan kalsium, so tengok balik hari ni ada makan kalsium dari meal tak? Susu ada minum? Ada makan keju? Kalau ada, mungkin tak apa lah kalau tak ambil Ostematrix hari ni....

Kalau semalam pun takde ambil makanan berkalsium, hari ni pun takde, telan ostematrix tu ataupun pastikan esok tak lupa lagi!

Ni post cara makan vitamin shaklee kan...mana jadual pemakanan vitaminnya?

Seperti yang dah diterangkan di atas, tiada jadual pemakanan vitamin yang tertentu kerana setiap orang cara hidupnya berbeza, jadi untuk fleksibiliti, lebih penting untuk customer faham apa fungsi vitamin supaya dapat disesuaikan dengan cara hidup.

Setiap pembelian vitamin dari Saudagar Untamu akan disertakan dengan nasihat dan panduan makan yang bersesuaian dengan pembeli – dan juga konsultasi seumur hidup. 

Salam sayang - saya tunggu pesanan dari anda :)

Putri Zulaikha
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
♥ Contact No: 0176021189
♥ Emel: saudagaruntamu@gmail.com
♥ Laman web: Saudagar Untamu
♥ FanPage FB: Sihat on Saudagar Untamu















Friday, January 17, 2014

Tambah Susu Badan dengan ESP dan Alfalfa

Perlukah untuk ibu-ibu ambil makanan tambahan untuk banyakkan susu badan?

Salah satu soalan yang pernah saya dapat daripada customer – jawapan saya – adakah orang yang sudah mempunyai wang berhenti bekerja dan berharap yang wang tersebut akan sentiasa mencukupi?
Tentu tak, kan? Setiap orang mesti akan mahukan yang terbaik – jika susu ibu sekarang sudah banyak dan mencukupi untuk baby, saya yakin yang ibu mahu melakukan ‘the best’ untuk pastikan it stays that way..

Salah satu set bajet minimum HOT Shaklee yang membantu membanyakkan susu ibu adalah ESP dan Alfalfa – jangan salah faham! Ini bukannya pil magik ye ibu-ibu, sebaliknya ini adalah makanan tambahan yang membantu merangsang pengeluaran susu yang pekat dan mengenyangkan SEKIRANYA ibu-ibu menjalankan konsep penyusuan yang betul iaitu Supply & Demand...


Yang paling best, set penyusuan paling bajet ni akan memberikan ibu sentiasa bertenaga dan cergas – tak ada lagi lah alasan untuk malas menyusukan atau mengepam susu...Malas-malas ni tak mau tau, nanti body ingat kita dah tak perlukan susu so mulalah supply merudum...


Seperti yang telah di-share-kan sebelum ni, Saudagar Untamu menyediakan pelbagai set penyusuan yang bersesuaian dengan keadaan ibu – tapi hari ni kita fokus tentang set penyusuan bajet ni dulu ya..

Klik SINI untuk lihat  set-set penyusuan yang sesuai dengan keadaan ibu!

Set Bajet Menyusu Shaklee ni sangat sesuai untuk:

  1. Ibu yang tak mempunyai masalah penyusuan – kuantiti susu mencukupi tapi mahukan susu yang lebih berkualiti..Set Bajet Penyusuan Shaklee membantu MEMEKATKAN susu dan membuatkan baby CEPAT KENYANG
  2. ibu yang risau berat badan anak tak naik-naik
  3. ibu yang risau susu ibu CAIR semacam dan kelihatan TIDAK BERNUTRIEN
  4. ibu yang berazam hendak menyusukan anak hingga dua tahun dan mahukan pastikan BEKALAN SUSU berpanjangan

Kenapa penting untuk ambil makanan tambahan susu?

Kerana diet setiap ibu berbeza, dan mungkin dietnya kurang berkhasiat ataupun ibu banyak memakan makanan yang boleh merencatkan penghasilan susu dan banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh mempengaruhi penghasilan susu..Bagi ibu menyusu, ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti. Jadi elok untuk melabur sikit lah kan supaya susu yang ibu hasilkan lebih berkualiti..


  • Bertindak sebagai milk booster
  • Memekatkan susu ibu
  • Memberi tenaga yang berpanjangan
  • Beri kesan kenyang lebih lama
  • Baik untuk kulit, kulit jadi lebih anjal
  • Memperbaiki sel-sel badan yang telah mati
  • Sumber protein yang terbaik
  • 100% semulajadi, 1 botol ESP bersamaan 30kg kacang soya
  • Menurunkan kolestrol
  • Membantu mengawal berat badan
  • Mengurangkan alahan


Kebaikan Alfalfa?
  • Terkenal dari dulu kata sebagai herba milk booster (galactagogue)
  • Susu bertambah banyak dan pekat
  • Mengurangkan sinus
  • Menjadikan proses penghadaman lebih baik
  • Mengurangkan keputihan
  • Bertindak sebagai 'Kacip Fatimah'
  • Detox badan dengan lebih baik
  • Mempunyai Vitamin K, bagi penghasilan susu yang lebih banyak
  • Mengawal paras kolestrol dalam darah
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah, jadi nafsu makan lebih terkawal
  • Mengelakkan edema aka bengkak air
  • Merawat masalah sembelit 



Berminat boleh PM saya untuk pertanyaan. Usah jadi ibu yang kecundang di tengah jalan dalam breastfeeding journey hanya kerana kekurangan ilmu dan usaha...

Harga Retail Satu Set Penyusuan Bajet RM213 termasuk kos pos (RM10)

Pesanan?

Putri Zulaikha Amin
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 917819 ]
Contact No | WhatsApp :017 6021189
Emel : saudagaruntamu@gmail.com
Laman web: saudagaruntamu.blogspot.com




Thursday, January 16, 2014

Testimoni Set Berpantang Shaklee


Alhamdulillahh, ramai jugak yang bertanya tentang set pantang Shaklee..Gembira bila ditanya sebab (1) ada possibility untuk dapat customer dan dapatkan duit sampingan dan (2) ini tandanya ramai ibu-ibu di luar sana yang telah sedar akan kepentingan mengambil suplemen semulajadi untuk berikan yang terbaik buat baby.

Untuk yang baru mengenali Shaklee atau masih tengah buat research untuk suplemen berpantang & ter’mendarat’ dekat blog Putri ni, Putri nak kongsikan tentang vitamin pantang Shaklee.

Basically set pantang ataupun set bersalin Shaklee ni ada 4 vitamin asas iaitu Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc complex..4 vitamin ni penting untuk membantu memulihkan kesihatan ibu luar dan dalam, termasuklah mempercepatkan penyembuhan luka jahitan melalui pengambilan zinc complex tu...


Saudagar Untamu turut menawarkan kombinasi-kombinasi set pantang yang turut mengandungi vitamin tambahan (on top of the 4 basic vitamins) sesuai dengan keadaan ibu – contohnya sekiranya ibu menghadapi masalah sembelit, atau ingin menguruskan badan dengan cepat selepas melahirkan, dan sebagainnya. Boleh hubungi saya untuk konsultasi dan mendapatkan cadangan set yang sesuai untuk ibu.

Ibu juga boleh rujuk link di bawah untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai set bersalin yang ada..

Klik SINI untuk baca pilihan set berpantang dan set bersalin Shaklee

Klik SINI untuk ketahui perbezaan set berpantang Shaklee dengan jamu

Klik SINI untuk ketahui harga set bersalin Shaklee dan ketahui cara untuk dapatkan khidmat istimewa - khas untuk customer saya!

Wednesday, January 15, 2014

Healing Crisis - Penyebab dan Cara Atasi

Ada sesetengah individu, apabila dia mula mengambil suplemen, komplen yang badan jadi semakin sakit – ada yang demam-demam, jerawat naik ke muka,terasa loya dan muntah-muntah, badan rasa penat yang melampau, etc etc. 

Mereka pun stop ambil vitamin, dan automatik simptom demam & selesema tu hilang. 

Aik? Kesimpulannya, jangan ambil suplemen, kerana badan aku tak sesuai ambil suplemen sampai mungkin jatuh sakit sebab terlebih nutrien... 

Betul? 

SALAH



Monday, January 13, 2014

B Complex – The Happy Vitamin!

Salah satu vitamin asas yang diperlukan badan adalah vitamin B Complex, yang lebih dikenali dengan nama The Happy Vitamin. Banyak jenama B Complex telah dikeluarkan oleh syarikat pengeluar suplemen – Shaklee juga ada produk B Complex nya yang tersendiri...

Memperkenalkan Vitamin B Complex Shaklee!



B Complex Shaklee berbeza dengan produk B Complex jenama lain dari segi:
  • Mengandungi asid folik, menjadikannya sesuai diambil oleh ibu mengandung
  • Mempunyai kadar serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti – ini penting kerana asid folik yang semulajadi dan bukan sintetik (hampir 99% asid folik di pasaran adalah sintetik) tidak mudah diserap oleh tubuh badan manusia, dan B Complex Shaklee dengan bioavailability tinggi ini membantu memastikan kandungannya diserap dengan baik oleh badan..
  • Lengkap dengan kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan badan : Thiamin (B-1),Riboflavin (B-2), Niacin (B-3),Pantothenic acid (B-5),Pyridoxine (B-6),Biotin (B-7), Folic acid (B-9), Cobalamin (B-12)

Salah satu sebab mengapa kita mahu consider B Complex Shaklee, kan?  Selain tu, jom kita tengok secara am kenapa badan kita perlukan vitamin B Complex ni…

Fungsi B Complex untuk badan:
  1. Dikenali sebagai “The Happy Vitamin” - Mengurangkan tekanan emosi dan mengawal stress (mengelakkan masalah meroyan pada golongan ibu yang sedang dalam pantang)
  2. Membantu menukarkan makanan kepada tenaga
  3. Membantu metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
  4. Meningkatkan tahap metabolisme badan, meningkatkan tenaga dan mengelakkan kelesuan
  5. Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran serta daya tumpuan
  6. Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina
  7. Meningkatkan seri wajah (jika diamalkan berterusan,  kulit lebih berseri dan glowing)
  8. Menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.
  9. Bantu tingkatkan sistem pertahanan badan
  10. Melancarkan fungsi sistem saraf
  11. Mengawal/bantu merawat masalah kencing manis

B Complex ni juga salah satu vitamin dalam Set Kesihatan Asas Shaklee – dan melalui pengalaman saya sendiri, makan Set Kesihatan Asas ni membantu mengurangkan rasa lesu secara keseluruhan dan juga mengurangkan masa-masa yang saya terjadi stress tak tentu pasal hehe…Boleh baca pengalaman saya di SINI. Dulu sebelum saya cuba set Kesihatan Asas ni, saya ade beli vitamin Blackmore’s Executive B – untuk beberapa minggu pertama memang boleh rasa kurang penat, tapi somehow selepas beberapa minggu symptom keletihan melampau saya tu datang semula…

Alhamdulillah lepas mula ambil Set Kesihatan Optimum Shaklee, dah tak ada rasa mengantuk lagi sewaktu balik drive

OK berbalik semula pada B Complex ni (tercerita testimoni sendiri pulak), siapa yang perlukan vitamin ni?
  • Individu yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Individu yang terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat fokus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang
  • Ibu dalam pantang 

Harga sebotol B Complex Shaklee dijual pada retail price RM 53 untuk 120 biji – maksudnya setiap hari, sebiji Happy Vitamin ni cuma berharga RM0.45!

Berminat atau nak tahu lebih lanjut bagaimana vitamin ni boleh membantu improve keadaan seharian anda, boleh hubungi saya :)

Nama : Putri Zulaikha
Phone / Text Message / Whatsapp : 017-6021189
Facebook Page : Add Sihat on Saudagar Untamu dan private PM


Saturday, January 11, 2014

Kelebihan ESP Shaklee untuk Semua

Salah satu produk Shaklee yang sangat versatile dan digemari ramai adalah ESP – Energizing Soy Protein. ESP Shaklee kebaikannya tersangatlah banyak, dan penting untuk tahu yang ESP ni adalah makanan tambahan protein yang berasaskan kacang soya, jadi point pertama kelebihan protein jenis ni ialah orang yang mengamalkan diet vegetarian / vegan pun boleh consume.


Dalam post ini, saya akan kongsikan beberapa maklumat am berkenaan ESP shaklee termasuklah:

Kelebihan ESP Shaklee berbanding makanan tambahan soya yang lain

Kenapa kita perlukan makanan tambahan protein walaupun ambil protein dalam diet seharian

Manfaat utama ESP Shaklee

Siapa yang digalakkan mengambil ESP Shaklee

Kos sehari untuk makan ESP Shaklee


Sebelum saya share kelebihan ESP, tahukah kita bahawa protein merupakan antara komponen utama yang membantu mengekalkan kesihatan badan? Kekurangan protein boleh menyebabkan simptom- simptom / masalah kesihatan di bawah:
  • Lemah sistem imun dalam melawan / mencegah penyakit
  • Masalah lebihan air yang tinggi dalam badan
  • Kehilangan kepejalan otot
  • Membantutkan pertumbuhan – protein kan sumber utama untuk pembentukan sel baru
  • Pelbagai masalah penghadaman
  • Masalah penghasilan hormon dan darah yang boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ
  • Pelbagai masalah kulit – seperti kulit kusam, mudah berkedut, berjeragat, etc.

Oleh itu, kita perlu pastikan yang badan dapat sumber protein yang cukup, dan BERKUALITI. Kenapa saya tekankan perkataan berkualiti tu?

OK cuba bayangkan ya...Sebagai orang Melayu, makanan ruji kita adalah nasi, dan lauk pauk yang kita makan dengan nasik tu contohnya ayam, ikan, etc etc – semuanya sumber protein, kan? Jadi secara logiknya, kalau pola pemakanan macam tu, semua orang Melayu akan cukup proteinlah, ye tak?

Memang ya, kalau protein yang diambil menepati ciri-ciri berikut:
  • Dimasak secara sihat – terlalu banyak makan ayam goreng yang rangup disalut dengan kulit dan tepung gorengan yang rangup bermakna sumber protein kita adalah protein tepu.
  • Dimasak dengan kaedah yang “preserve” kandungan protein itu – memasak makanan pada suhu tinggi dengan terlalu lama akan memusnahkan kandungan protein, jadi apa yang kita dapat selepas makan ayam itu adalah perasaan kenyang semata-mata.
  • Sumber semulajadi – ayam yang di”inject” dengan preservative / hormon supaya cepat besar mengandungi bahan toksik yang akan membahayakan badan.

So atas kesedaran ni dan merasakan mungkin protein yang diperoleh dari makanan kurang kualiti, ramai juga yang sudah mula mengambil protein tambahan. Ada banyak makanan tambahan protein yang dijual di pasaran, maka tugas pembeli sekarang adalah menilai produk manakah yang akan memberikan suplemen protein yang terbaik..:)

Kelebihan ESP Shaklee sebagai sumber tambahan protein berbanding protein tambahan yang lain:
  • ESP Shaklee menggunakan kacang soya non-GMO (non genetically modified organisms) yang diproses pada suhu rendah untuk mengekalkan kuantiti dan kualiti protein, sebab protein, macam yang kita belajar di kelas Biologi tingkatan 4, akan musnah pada suhu tinggi.
  • Mempunyai kadar indeks glisemiks (GI) yang rendah iaitu serendah 39, menjadikan ESP sesuai dimakan oleh pengidap kencing manis..
  • Diproses menggunakan air untuk mengekalkan kandungan isoflavones yang bermanfaat kepada kesihatan. Sesetengah produk protein soya di luar sana diproses dengan alkohol, dan ini akan memusnahkan kandungan isoflavones dalam soya.
  • Diproses menggunakan proses pensijilan yang dikenali sebagai Identity Preserved Program(IPP), untuk memastikan kacang soya yang digunakan bebas daripada pendedahan perubahan genetik, dari benih hinggalah kepada pengeluar.
  • Menggunakan sumber semulajadi!
  • Mengandungi asid amino lengkap, temasuk asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia

Manfaat Utama ESP pula:
  • Awet muda : asid amino penting untuk pembentukan otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan sebagainya. Pengambilan yang kerap dalam kuantiti yang betul boleh menyumbang kepada awet muda
  • Baik untuk hormon badan : membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  • Baik untuk kesihatan prostat : Genistein dalam kacang soya telah terbukti membantu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
  • Baik untuk kulit : merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga : ESP membekalkan tenaga dengan segara dan kerana ia mempunyai kandungan GI yang rendah, memberi rasa “kenyang” yang lebih lama!
  • Membaiki pigmentasi : Membaiki masalah rambut seperti uban dan gugur, membaiki pigmentasi, kedutan dan kesan tua

Siapa yang perlukan ESP?
  • Golongan yang ingin membaiki tahap kesihatan secara optimum, tidak kira umur
  • Golongan muda yang sibuk bekerja dan tidak dapat mengambil pemakanan seimbang
  • Ibu hamil yang ingin menjaga kesihatan janin (ESP membantu menguatkan rahim yang penting untuk mengelakkan keguguran)
  • Ibu menyusu yang ingin maintain penghasilan susu
  • Atlet yang aktif
  • Individu yang mempunyai masalah kulit kering, kusam, parut, tona tidak sekata dan ingin memperbaiki keadaan kulit

Harga?

Satu tin ESP dijual dengan harga RM 150, dan dengan pemakanan normal satu canister ini akan bertahan selama 2 bulan. Ini bermakna harganya adalah RM 75 sebulan, bersamaan dengan RM 2.50 sehari. Mahal?

Harga ESP sehari = Harga nasik lemak lauk telur goreng
Harga ESP sehari = Harga segelas jus oren di kedai mamak
Harga ESP sehari = Harga tiket parking di kawasan bandar selama 1 jam hehe..

Selepas melihat kesannya, inshaAllah kita tak akan teragak-agak untuk spend lagi RM 2.50 sehari sebab kesannya sangatlah ketara! Saya kongsikan testimonial dari pelanggan dalam post yang lain, ok...

Saya turut tawarkan harga istimewa untuk pelanggan Saudagar Untamu, jadi untuk sebarang pertanyaan dan info tentang harga istimewa ni, boleh hubungi saya secara peribadi seperti yang tertera di bawah:

Nama : Putri Zulaikha
Phone / Text Message / Whatsapp : 017-6021189
Facebook Page : Add Sihat on Saudagar Untamu dan private PM

Friday, January 10, 2014

5 Cara Berinteraksi dengan Bayi dalam Kandungan

Sewaktu pergi potong rambut siang hari tu, kakak gunting rambut tu dengan senang hati bercerita tentang pengalaman ketika mengandung anak sulung.

Akak dulu, masa anak akak dalam perut akak selalu pesan - Adik, nanti keluar jangan suka nangis tau, nanti orang tak suka..Mama pulak kerja macam ni...(Kakak tu kerja service, cuma boleh cuti satu hari masa weekdays..)

Habis kak, keluarnya macam mana? 
Teruja saya nak tahu. Best jugak kalau baby tak menangis...

Keluar-keluar senang nak jaga! Nangis pun tak sangat...sekarang lagi lah, tak takut orang langsung...

Wahhhhh...betul ke baby tu tak suka nangis sebab kakak tu pesan macam tu?




Thursday, January 9, 2014

Pilihan Set Breastfeeding / Penyusuan Shaklee untuk Ibu Baru

Salam Semua!

Hari ni nak kongsi tentang suplemen Shaklee yang khas untuk penyusuan…Ramai ibu yang mengalami masalah kurang susu sebaik sahaja melahirkan, hingga terpaksa menamatkan cita-cita untuk breastfeed baby…sedih kan? Kalau join group-group di Facebook jugak ramai ibu-ibu yang bertanyakan tentang cara menambahkan susu ibu (bagi yang kurang susu), dan rata-rata akan mencadangkan pengambilan makanan tambahan yang terbukti menyumbang pada peningkatan penghasilan susu ibu…



Saya sendiri, masih lagi menanti cahaya mata yang pertama jadi tak dapat lah nak berikan testimonial sendiri hehe…Tapi berdasarkan pembacaan dan cerita-cerita kejayaan yang dikongsikan oleh ibu-ibu lain, saya inshaAllah akan cuba mengamalkan vitamin penyusuan Shaklee untuk bakal baby girl..

Set menyusu Shaklee telah terbukti berkesan sebagai suplemen tambah susu ibu – memahami keadaan ibu yang mungkin mempunyai budget sendiri atau pun pertama kali hendak mencuba produk Shaklee, set penyusuan Shaklee untuk tambah susu badan ini boleh dikategorikan kepada 3 set, bergantung pada harga, produk dalam setiap set dan of course, harga :)

Wednesday, January 8, 2014

6 Langkah Mengawal Selera Makan Sewaktu Hamil

Sewaktu zaman awal-awal disahkan hamil, saya, seperti ramai lagi bakal-bakal ibu di luar sana terasa seperti dilanda masalah kelaparan yang melampau. Asal nampak makanan mesti nak makan, kalau bukan waktu makan pun, terfikir-fikir tentang makanan dan mulalah tak berapa nak senang duduk. Fenomena lapar ketika hamil ini dipanggil fenomena “mengidam”, bak kata orang tua.


Tengok, melampau tak makan nasik kerabu sampai 3 pinggan serentak? Oh ku tak bangga langsung...

Sebenarnya, apa yang menyebabkan ibu hamil mudah lapar?

Set Bersalin / Set Pantang Shaklee Ikut Budget

Semua ibu mahukan yang terbaik untuk bayi, dan juga diri sendiri. Tambah-tambah lagi sebaik sahaja baru melahirkan, pertambahan ahli keluarga baru, perubahan hormone dalam badan, keperluan bayi yang mungkin memakan jumlah yang agak besar menyebabkan ibu-ibu cuba mencari keperluan berpantang yang terbaik pada harga yang kompetitif.

Kami di Saudagar Untamu menyediakan beberapa pakej set bersalin / berpantang bagi membantu ibu baru memilih set pantang yang sesuai dengan badan dan keperluan mereka dan pada masa yang sama, memenuhi budget kewangan masing-masing…- tak perlu nak beli yang mahal dan ada bermacam-macam produk di dalam set nya tapi akhirnya….terbuang tak terpakai huhu…

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com