Friday, December 27, 2013

Set Kehamilan Shaklee Jimat 20% Pilihan Ibu Mengandung


Sebaik sahaja setiap ibu dapat tahu bahawa beliau sedang membawa seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini, saya yakin ibu pasti mahukan yang terbaik untuk khalifah kecil itu.
Saya pun tidak ketinggalan. Sebaik sahaja saya tahu bahawa saya mengandung, saya telah menjalankan research untuk pastikan saya mengambil suplemen yang terbaik untuk si kecil :) Berikut saya senaraikan soalan-soalan biasa yang diterima berkenaan Set Bersalin Shaklee – soalan yang sama yang pernah saya tanyakan sebelum saya mula mengambil set ini…Semoga dapat membantu ibu-ibu di luar sana…


1. Saya tidak pernah makan asid folik sebelum mengandung. Perlukah saya menambahkan dos asid folik saya sekarang?
Tidak perlu. Seeloknya ibu mula mengambil asid folik sebaik sahaja tahu bahawa ibu sedang mengandung – vitamin B Complex yang terdapat dalam Set Hamil Shaklee akan membekalkan asid folik mengikut keperluan yang bersesuaian untuk ibu.
2. Saya baru pregnant 2 minggu – selamatkah untuk saya mengambil produk Shaklee?
Antara kelebihan Set MengandungShaklee adalah ia memang disahkan selamat untuk ibu mengandung, dan setiap ibu digalakkan untuk mula mengambil Set Mengandung Shaklee seawal yang mungkin untuk pastikan sejak awal lagi, bayi mendapat zat yang mencukupi
3. Saya dapat Obimin dari klinik, perlukan saya makan vitamin ini lagi jika saya nak ambil Set Bersalin Shaklee?
Perlu faham bahawa fungsi Obimin adalah sebagai multivitamin – dan dalam Set Mengandung Shaklee, Vitalea berfungsi sebagai multivitamin. Maka jika ibu hendak mengambil Set Mengandung Shaklee, tidak perlu lagi makan Obimin kerana dikhuatiri terlebih dos vitamin.
4. Jadi kalau macam tu, sebab saya dah ada Obimin, tak perlu lah ambil Shaklee, kan?
Terpulang kepada ibu. Yang saya nak tekankan adalah tujuan asal kita mengambil vitamin sewaktu mengandung adalah untuk memastikan zat yang cukup untuk perkembangan bayi – maka secara logiknya tak kisah pun apa ‘brand’ vitamin yang diambil..Kelebihan Vitamin Mengandung Shaklee terletak pada sifat vitaminnya yang semulajadi, dan juga keunikan setiap vitaminnya yang boleh dirujuk di artikel ini…
5. Saya tak tahan bau vitamin..
Vitamin Shaklee adalah semulajadi tanpa bahan tiruan, dan tidak mengeluarkan bau yang kadang kala terdapat pada vitamin sintetik lain. Maka ibu yang tak tahan dengan bau vitamin inshaAllah tak akan menghadapi masalah untuk telan vitamin dalam Set Kehamilan Shaklee ini..
6. Berapa lama satu Set Bersalin Shaklee akan tahan?
Setiap Set Mengandung Shaklee (asas) mengandungi
  1. B Complex (120 biji) – tahan selama 4 bulan dengan pemakanan 1 biji sehari
  2. Omega Guard (90 biji) – tahan selama 3 bulan dengan pemakanan 1 biji sehari
  3. Sustained Release Vita-C (180 biji) – tahan selama 6 bulan dengan pemakanan 1 biji sehari
  4. Vitalea (120 biji) – tahan selama 3-4 bulan dengan pemakanan 1-2 biji sehari
  5. Ostematrix (120 biji) – tahan selama 2 bulan dengan pemakanan 2 biji sehari
  6. ESP (satu canister) – tahan selama 1-2 bulan dengan pemakanan maksimum 3 sudu besar sehari
Maka secara kasarnya, satu Set Mengandung Shaklee cukup untuk keperluan 2-4 bulan average…kalau ada di antara vitamin yang telah habis awal (contohnya Ostematrix, ibu ambil maksimum 4 biji sehari kerana langsung tak minum susu / ambil sajian yang membekalkan kalsium), boleh tambah beli loose vitamin tersebut sahaja :)
7. Berapa harga satu set Mengandung Shaklee?
Sila rujuk Senarai Harga Produk Shaklee untuk harga runcit setiap vitamin dalam set mengandung Shaklee…sebagai summary - harga Set Asas Mengandung yang terdiri dari 5 jenis vitamin (Vitalea, B Complex, Ostematrix, Vitamin C dan Omega Guard) dijual pada harga runcit RM 432.00…mahal? Cuba lihat pengiraan taburan kos dibawah:

Set Mengandung Shaklee akan tahan purata 2-4 bulan…katakan kita ambil 3 bulan sebagai purata iaitu 90 hari:

Maka kos 1 hari = RM 432 / 90 = RM 4.80.

Hanya RM 4.80 sehari untuk memastikan ibu sentiasa sihat sepanjang tempoh mengandung! Murah kan?
Masih tak berpuas hati?
Seperti yang telah saya nyatakan, setiap pembelian di Saudagar Untamu akan diberikan further discount sehingga hampir 20%! :)  Saya pun nak kalau diskaun macam tu…ha..ha..ha.. Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan claim diskaun tersebut okay!

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com