Monday, December 16, 2013

Set Mengandung Shaklee Terbaik

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya boleh katakan bahawa Set Mengandung Shaklee adalah set suplemen terbaik dan paling lengkap untuk ibu mengandung.
Kenapa saya katakan Set Mengandung Shaklee adalah yang terbaik?
  • Semua produk Shaklee di dalam set ini mengandungi keperluan UTAMA untuk ibu mengandung
  • Vitamin Shaklee adalah vitamin natural – jadi logiknya kalau nak dibandingkan dengan vitamin sintetik, semestinya yang natural itu lebih baik, kan?
  • Tambahan pula, setiap nutrient yang diambil oleh ibu mengandung akan terus DISERAP oleh bayi dalam kandungan, maka seboleh-bolehnya ibu mestilah mengambil nutrient tanpa bahan pengawet, seperti yang terdapat dalam vitamin-vitamin sintetik.
  • Harga Set Mengandung Shaklee berpatutan dan mampu milik – semasa saya mula-mula dapat tahu bahawa saya sedang hamil, saya dah survey semua jenis vitamin ibu mengandung sebab iya lah, perlu mula kumpulkan wang untuk menyambut kelahiran bayi jadi seboleh-bolehnya saya nak pastikan vitamin yang saya ambil terbaik, dan murah..ha..ha..ha..
Baiklah, mari kita tinjau apakah produk yang ada dalam Set Mengandung Shaklee.
Set Mengandung Shaklee
Secara asasnya, Set Mengandung Shaklee mengandungi 5 produk asas iaitu Vitalea, B Complex, Sustained Release Vita-C, Ostematrix dan Omega Guard. Omega Guard ini perlu diambil bermula trimester kedua hingga tamat tempoh bersalin, manakala yang lain sudah boleh dimulakan sejak tahu bahawa ibu sedang mengandung..
350554_6716741. Vitalea
  • Merupakan multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan galian, yang berperanan untuk mengekalkan kesihatan ibu secara general.
  • Khasiat utama untuk ibu mengandung : Vitalea dilengkapi dengan zat besi (iron) yang penting dalam pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Iron penting untuk merendahkan risiko kelahiran pra-matang pada bayi.




350540_6716862. B-Complex
  • Lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan, termasuklah Folic Acid (B9) yang amat penting untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan serta mengelakkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect”
  • Membantu mengawal stress dan tekanan emosi – ibu mengandung sedang melalui fasa perubahan hormon, fizikal dan mental maka penting untuk mendapat suplemen yang mencukupi dari dalam untuk menangani masalah ini
  • Vitamin B juga membantu meningkatkan taraf metabolism badan, mengelakkan kelesuan dan meningkatkan tenaga

OsteMatrixGäó3. Ostematrix
  • Vitamin Shaklee yang membekalkan sumber kalsium dan vitamin D
  • Kalsium penting untuk pembentukan gigi dan tulang bayi, dan pada masa yang sama memastikan tulang dan gigi ibu tidak menjadi rapuh sepanjang tempoh kehamilan. Ini kerana jika ibu tidak mendapat bekalan kalsium yang mencukupi, bayi akan menyerap kalsium dari tulang ibu!
  • Tanpa kalsium yang cukup juga, ibu mengandung akan terdedah kepada risiko pre-eclampsia, yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi
  • Tambahan kelebihan Ostematrix Shaklee – Magnesium dalam Ostematrix membantu melembutkan najis, dan seterusnya mengelakkan sembelit!



shaklee-vitamin-c-500-mg-sustained-release-slimmingshop-1310-03-slimmingshop@14. Sustained Release Vita-C
  • Sustained Release Vitamin C, sesuai dengan namanya, mengandungi 500mg Vitamin C yang akan dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam badan ibu (100mg setiap satu jam).
  • Vitamin C bertindak sebagai anti-oksidan dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi terhadap penyakit. Vitamin C juga berperanan dalam membantu sintesis kolagen yang akan




Untitled5. Omega Guard
  • Omega Guard mengandungi asid lemak Omega-3, DHA dan EPA. Kelebihan Omega Guard Shaklee berbanding produk lain adalah ia diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk, bukannya dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
  • DHA adalah nutrient utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Dalam konteks perkembangan bayi, DHA sangat penting untuk menyokong perkembangan neurologi dan membantu perkembangan memori bayi
  • Bayi dalam kandungan tidak dapat menghasilkan DHA sendiri dan akan menyerap DHA dari ibu melalui plasenta. Oleh itu, penting untuk ibu mendapat bekalan DHA yang mencukupi untuk kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan

Selain daripada 5 produk diatas yang membentuk Set Bersalin Shaklee (Asas), saya juga turut menggalakkan ibu-ibu yang mempunyai bajet tambahan untuk turut mengambil Energizing Soy Protein (ESP).

350555_6716706. Energizing Soy Protein (ESP)
  • Protein amat penting dalam pembentukan sel – sel bayi dan memelihara tisu
  • ESP penting dalam tempoh-tempoh awal kandungan (trimester pertama), terutama untuk ibu-ibu yang pernah keguguran dan mempunyai masalah dinding rahim yang tidak kuat – protein yang dibekalkan oleh ESP membantu menguatkan tisu rahim untuk mengelakkan keguguran
  • ESP juga memberikan tenaga yang boleh tahan berjam-jam lamanya kepada ibu.


Bagus sangat ke Set Mengandung Shaklee ni?
Saya telah mengamalkan Set Mengandung Shaklee sejak mula mengandung lagi – dan alhamdulillah apa yang saya boleh observe pada diri sendiri:
  • Tidak ada lagi masalah sembelit – saya sejak remaja lagi ada masalah sembelit yang teruk. Kalau saya tidak membuang dalam masa 2 hari, pinggang saya akan mula sakit sangat sangat – seksanya Allah je yang tahu. Sejak konsisten makan Ostematrix, alhamdulillah tiada lagi masalah sembelit.
  • Kurang kejang kaki. Salah satu perkara yang saya risaukan sejak saya mula mengandung adalah possibility untuk dapat kejang kaki / lenguh yang melampau. Sebelum bersalin, boleh dikatakan setiap minggu, hampir 4 malam saya akan mengadu lenguh kaki kepada Hubby dan setiap malam itu jugak lah saya akan sapukan “Counter Pain” (ubat muscle pain). Perlu ingat saya kerja office 12 jam sehari (hanya duduk di depan komputer) dan memandu dari Shah Alam ke Kuala Lumpur dalam trafik yang teruk..
  • Saya lebih happy, dan kurang moody ha..ha..ha..Ini Hubby yang cakap dan confirmkan tau…saya ni senang sikit stress, so bila Hubby sendiri cakap macam ni, saya mula la wondering..is it because of the supplements I took or memang sedang happy menunggu baby keluar? :)
  • Kulit muka lebih licin dan glowing (perasan sikit lah) – jerawat dah berkurangan berkat pengambilan ESP yang berterusan
  • Baby lebih alert – boleh respon terhadap stimulasi contohnya mengamuk (gerak kuat-kuat) kalau saya pasang music kuat dalam kereta, dan kalau dia lama tak bergerak – saya cuma perlu ketuk 3 kali dekat bahagian sekitar pusat dan baby akan tendang balik…:)
Secara keseluruhannya, saya memang berpuas hati dengan Set Mengandung Shaklee ni..untuk ibu mengandung lain yang turut berminat nak cuba Set Mengandung Shaklee, boleh hubungi saya untuk konsultasi dan dapatkan harga terbaik sesuai dengan keadaan anda..
Semoga kita sama-sama dapat menjalani tempoh 9 bulan ini dengan penuh kesabaran dan pada masa yang sama, menyediakan ‘rumah’ terbaik untuk si kecil membesar.. :)

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com