Wednesday, December 11, 2013

Perlukah makan vitamin?

Familiar tak dengan statements di bawah ni?
Alah, vitamin bukan boleh sembuhkan penyakit pun...Yang penting perlu makan seimbang, ada semua nutrien..kalau dah cukup, vitamin tak perlu..Vitamin? Apa tu? Alien ke?
vitamin

Nanti kalau sakit, baru lah beli vitamin...Banyak sangat brand, malas nak pilih...Dah cuba satu brand XXX, tak ada kesan apa-apa pun...membazir aje..Mahal lah..dari aku beli vitamin, baik aku beli xxx <masukkan barang-barang shopping pilihan hati>Dan lagi...dan lagi...dan lagi...

 
Saya juga turut akui saya lah salah seorang penyumbang kepada alasan-alasan di atas..masa tulis ni idea mencurah-curah datang untuk letak alasan ha..ha.. malu sungguh.
Jadi, perlukah sebenarnya nak makan vitamin ni?
Jawapannya - ya dan tidak. Its not that clear cut, sebab setiap orang berbeza tubuhnya dan keperluannya. Penting untuk fahami bahawa vitamin adalah supplement, yang membantu menggantikan apa-apa yang kurang kepada tubuh badan. Jadi setiap kali kita ragu-ragu dan mula bertanya 'Perlu ke aku makan vitamin xx?', mesti ingat rule of thumb ini:
Rule of thumb : Kalau kita tergolong dalam golongan 'normal' dan mempunyai diet habit yang seimbang dan sihat, inshaAllah, tak perlukan vitamin. Kita boleh dapatkan sahaja semua keperluan vitamin dan mineral daripada makanan.
Tapi, sekiranya kita tergolong dalam kumpulan yang tidak 'normal', sewajarnya kita consider untuk ambil vitamin. Golongan yang dikategorikan sebagai tidak normal ini antaranya termasuklah:
  • Perubahan hormon dalam badan : Ibu mengandung dan menyusukan, menopause, sakit / krem perut sewaktu menstruasi, etc..
  • Gaya hidup : Atlet yang aktif dan giat bersukan, eksekutif pejabat yang keluar kerja sebelum matahari timbul, dan pulang selepas matahari terbenam, dan sambung buat kerja di rumah, pekerja syif yang sering mengantuk, walaupun tidur cukup, etc..
  • Keadaan-keadaan spesifik mengikut peringkat umur : adakah anda warga tua yang sering sakit sendi?
  • Style diet pilihan - seorang vegan, allergik terhadap makanan tertentu, etc.
  • Diet yang tidak sihat langsung dan dah tentu-tentu badan kekurangan nutrien.....
Anda tergolong dalam kumpulan yang mana satu? :)

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com