Sunday, December 29, 2013

6 gelas air kosong selepas bangun pagi untuk lancarkan 'pembuangan'

Minum-air


Mak selalu berbangga dengan cara hidup suaminya a.k.a ayah saya. Katanya, Ayah kau tu Keyo (nama manja di kampung), alhamdulillah sejak mula-mula kahwin lagi tak pernah tinggal tabiat minum air kosong setiap kali bangun tidur, sebelum ke jamban (tak pasti apakah relevannya informasi ini) dan juga sebelum solat subuh. Kata Mak, banyak kelebihan minum air kosong di pagi hari ni. Dan kesannya ternyata, alhamdulillah walaupun Ayah yang sekarang berumur 68 tahun bebas dari penyakit kronik seperti  kencing manis dan darah tinggi sehingga hari ini. Semoga ayahku kekal bebas dari penyakit-penyakit ini dan dipelihara kesihatan sehingga akhir hayatnya. Amin ya rabb.
Saya? Semestinya tak percaya bahawa tabiat minum air lah yang membantu mencegah penyakit-penyakit tu...Mak kan orang kampung, mana ada bukti saintifik, kan? Kan?


Kemudian saya berkahwin. Nak dijadikan cerita, kahwin pulak dengan perempuan yang setiap malam akan bawak botol air masuk bilik, dan setiap pagi bangun Subuh - bangun saja dari katil diteguknya air sebotol sampai habis. Ya, Allah memang Maha Adil - kerana saya memperkecil nasihat mak, sekarang Allah beri hidup dengan perempuan yang amalannya sebijik macam yang saya pernah kecilkan itu.
minum air kosong selepas bangun pagi
Yang paling tak tahan tu disuruhnya saya minum air jugak macam dia. Kalau tak minum, dibebelnya setiap hari sampailah saya pun OK OK OK ABANG MINUM. Mulanya geli jugak, sebab tak gosok gigi lagi dah nak minum air. Euuuww.. haha mula-mula seteguk, lepas tu meningkat dua tiga teguk, lama-lama boleh lah separuh botol...
Dek kerana curious selalu didera untuk bangun tidur, saya pun Google apakah benar amalan yang menggelikan ini (sebab minum air liur basi sendiri) mempunyai faedah seperti yang digembar-gemburkan oleh dua wanita yang saya kasihi ini..
Dan ternyata...
Sayalah manusia yang dalam kerugian.
Google sahaja faedah minum air kosong selepas bangun tidur - dah berlambak-lambak artikel dan kajian yang mengesahkan faedahnya. Antara faedah utama ialah minum air masak selepas bangun tidur pagi (tanpa gosok gigi!) akan membantu 'activate' organ dalaman untuk berfungsi dengan lebih pantas dan cekap - patutlah setiap kali aku minum air kosong ni, pagi-pagi asyik nak 'membuang' aje...ha..ha..ha...
Selain itu, kelebihan lain minum air kosong sebaik sahaja bangun tidur adalah:
  • Membuatkan kulit kita kelihatan bercahaya, ala-ala segah gitu - kerana air akan menyahkan toksin dalam badan!
  • Memperbaharui sel-sel badan
  • Menyeimbangkan fungsi sistem limpa.
  • Membantu mengurangkan berat badan - minum air kosong di pagi hari membantu meningkatkan kadar metabolisme badan sebanyak 24%.
  • Membersihkan kolon - usus besar akan dibersihkan dan penyerapan nutrien melalui makanan yang akan diambil seterusnya akan lebih mudah diserap oleh badan..
  • Mengelakkan penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, gangguan kanser , muntah , penyakit tekak, cirit-birit , penyakit air kencing dan lain-lain.
Jumlah air masak yang perlu diminum selepas bangun pagi untuk mendapat faedah ini?
1.5 liter air bersamaan 5-6 gelas! Waaaahhhhhhh banyaknyaaaaa!!
Tak apa, mula-mula memang akan rasa sedikit pelik dan kembung mungkin. Saya lihat isteri rileks aje minum satu botol, tapi saya?
Kaedah Minum Air Masak Selepas Bangun Tidur Pagi oleh Keyo:
Minum 2 gelas air - rehat 5 minit sambil layan ngantuk - minum lagi 2 gelas - bangun solat Subuh - minum lagi baki gelas. 
Ada sesiapa lagi yang amalkan minum air masak ini? Boleh sharekan pengalaman dan kegelian anda di sini...ha..ha..ha..

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com