Tuesday, December 31, 2013

DEMC Antenatal Class Review

Perlu kah pergi kelas antenatal?
Ikutkan hati dan diri yang memang dah rajin membaca dan membuat research (perasan), tak ada lah perlu sangat.
Tapi untuk hubby yang agak liat nak membaca dan lebih cenderung kepada "visual" learning, rasanya memang perlu. Hubby yang sangat bersemangat carikan kelas antenatal yang sesuai so pada 25 November yang lepas, terlihatlah sepasang ibu bapa muda pergi ke kelas antenatal..
DEMC Antenatal Class
Kelas start around 8:30 am - kami sampai agak lewat sebab pergi belasah roti canai dulu di kedai mamak hehe :) Yang best, untuk peserta yang belum makan pagi, DMEC ada sediakan makan pagi sebelum kelas bermula...tapi sebab kami dah lambat, tak pergi tengok pun lah apa makanan yang disediakan.
Kelas antenatal DEMC
Senarai talks yang ada sepanjang kelas sama sahaja untuk setiap kelas, dan boleh dirujuk di website DEMC sendiri.
Nutrition in Pregnancy
Not too bad - agak membosankan sedikit sebab banyak info-info yang dikongsi oleh nutritionist tu mostly saya dah tahu - tapi Hubby bersungguh-sungguh take note dan tanya-tanya nak check isteri dia dah amalkan atau belum :) Basically to summarise, nutritionist tu highlight nutrient2 penting untuk ibu mengandung, dan cara untuk dapatkan nutrient tersebut secara semulajadi dan juga secara suplement.
Nasib baik saya memang sudah mengamalkan Set Mengandung Shaklee sejak awal kehamilan, jadi alhamdulillah part ni agak lulus la...hehe...ngeri sikit tengok gambar spina bifida yang mungkin dialami oleh baby sekiranya ibu tak cukup folik asid...
Pregnancy & Labour Process
Selepas dengar talk from DEMC's ob-gyn on this topic, saya yang sememangnya telah cuak untuk bersalin semakin cuak jadinya, haha! Ob-gyn ni terangkan in details the labour process, komplikasi yang mungkin berlaku dan bagaimana doktor normally handled them.
Sebelum habis, kami sempat tengok video on real birth situation...bertambah ngeri! Semoga Allah mudahkan proses bersalin nanti ameen...
Pain Relief
Pain relief ni salah satu topik yang sangat informative! Mungkin sebab saya tak pernah research topik ni dengan detail - maka semua info yang diberikan memang sangat new dan berguna..
Mungkin boleh research dengan lebih banyak tentang possible pain relief, especially epidural - yang nampaknya macam sangat-sangat membantu ibu (dan doktor) untuk memudahkan proses bersalin hmm...
Breastfeeding
THE MOST ENJOYABLE TALK OF THE DAY!
Pn. Jasmeen (the speaker) siap bawak dummy breast + dummy baby untuk tunjuk cara-cara yang betul untuk breastfeeding, dan penerangan yang diberikan sangat-sangat membantu ibu muda tak berpengalaman macam saya ni untuk bersedia dengan segala kemungkinan / kesusahan yang mungkin dihadapi sepanjang tempoh breastfeeding nanti. InshaAllah, breastfeeding exclusive selagi mampu!
Beliau juga share brand breastpump yang bagus dan murah (yang mimik gaya hisapan baby), cara menyimpan breast milk yang betul, and many more info yang very new to me, so alhamdulillah tak jadi nak skip kelas ni (asalnya memang nak skip sebab kelasnya dah petang sangat...)
All in all, I would say pergi antenatal class ni sangat-sangat la berbaloi dengan harganya RM 120 per couple. Selain daripada dapat spend time dan involve your partner in preparing for the new baby, banyak jugak tahu tentang 'mitos' orang-orang tua yang sebenarnya mungkin tak berapa nak betul la...
Tambah pulak, rajin membaca + berguru inshaAllah lebih melengkapkan pemahaman kita tentang sesuatu perkara :)
Untuk pasangan yang berminat ke kelas antenatal DEMC, boleh rujuk website mereka di http://www.demc.com.my.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com