Friday, November 29, 2013

Eksekutif mengantuk ketika memandu pulang dari tempat kerja...salah siapa?

Salah eksekutif muda tu sendiri lah...
When I first started working aje ada satu masa ni asal drive balik kerja, mesti rase mengantuk. Mengantuk yang terlalu over yang kalau nak diceritakan ke'over'annya, perlu tulis dalam post yang lain sebab tersangatttt la panjang.
Tapi sepantas masa berubah, sepantas itu juga lah saya berubah ahaks..
Saya sekarang adalah seorang pengamal vitamin tegar (bukan pengamal ilmu yang bukan-bukan ya)..Saya yakin bahawa untuk mendapat kesihatan badan, kita perlu berusaha sebelum cakap " Ya Allah, aku redha dengan kesihatan badan yang Kau berikan ini", dan bagi saya salah satu usaha itu adalah dengan memastikan nutrien yang masuk ke dalam badan saya ni mencukupi.
Pill box besar...yang dah macam peti harta karun..
Pill box besar...yang dah macam peti harta karun..
442_thumbnail_image
Pillbox dengan pembahagian untuk vitamin yang perlu dimakan AM dan PM

Ramai rakan-rakan yang terbeliak biji matanya bila tengok 'pill-box' vitamin yang dok dikelek sana sini - lepas tu mula la keluar soalan-soalan cepumas :
  • Eh engkau sakit ke?
  • Banyak nye wei...keracunan vitamin nanti...
  • Wah kayanya dia..vitamin warna warni pelangi...
  • Eleh, ni banyak-banyak ni, kau makan konsisten ke tak ni?
  • Bagusnya makan vitamin, mesti kau sihat (alhamdulillahh, ade jugak yang positif..)
Sebenarnya, to be honest, I don't like eating vitamins either. Macam menyusahkan. Kena isi pill box tiap-tiap minggu (kalau pill box kecik macam saya punya), kena pastikan tak salah makan vitamin yang tak sepatutnya dimakan serentak (seperti Shaklee's Vitalea dan Ostematrix...nak tahu kenapa? Nanti saya cerita), nak pastikan stok sentiasa cukup...macam-macam lah.
Tapi, saya jugak adalah seorang yang:
  • Suka makan McDonald, walaupun dah berkali-kali dilarang oleh suami terutamanya. Makan MacDonald bermaksud saya suka makan fast food, dan seperti yang kita semua sedia maklum, fast food memang la 'tersangat' elok untuk kesihatan
  • Alergik terhadap jenis makanan hijau dalam tingkat piramid makanan kedua terbawah (alergik buatan la sebenarnye...)
  • Paling malas masak makanan yang sihat. Kalau terdesak tak ada makanan, pilihan pertama adalah maggi. Pilihan kedua adalah kentang goreng. Pilihan ketiga adalah telur goreng. Semua nak bergoreng. BERGORENG dengan minyak banyak yumss..
  • Selalu lupa nak basuh buah sebelum makan. Bila teringat, buah dah separuh kena telan. Dengan racun-racun serangga sekali aku telan.
  • Dulu selalu sakit kepala yang teruk, so untuk tak terlalu menderita, selalu makan panadol / ubat tahan sakit. Sekarang baru tahu ubat tahan sakit ni menghalang penyerapan nutrien ke dalam badan yang memang dah kurang pengambilannya.
Dan kerana sebab-sebab diatas, punya lah tak sihat rupanya badan ni - so sebagai salah satu usaha supaya tak asyik nak membuta aje, saya pun dengan 'reluctant' nya mula mengambil suplemen - Reluctant tau. Iya lah, sebelum ni sebutir vitamin pun takda, habis sekarang nak suruh makan sampai 3-4 biji? Hang gila ka....

Tapi sekarang, dah lain.
Sekarang saya betul-betul bersyukur dengan keputusan untuk makan suplemen tu - bukannya sebab saya mengandung dan wajib ambil makanan tambahan, tapi sebab saya memang dah rasa perubahan yang elok (kurang mengantuk, kurang penat, kurang stresss (yes!)) dan perasan jugak, selain daripada perubahan baik kepada diri sendiri, suplemen ni turut memberi kesan yang positif kepada masyarakat sekeliling saya yang mungkin selama ini tertekan dengan mood swing dan gaya pemakanan segera.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Jom la kita mula makan dengan sihat - and kalau korang macam saya yang tak berapa nak reti / rajin makan makanan seimbang ala-ala piramid makanan tu, mungkin boleh cuba ambil suplemen. Tak perlu pun ambil suplemen Shaklee kalau tak mahu / tak mampu (walaupun actually harga suplemen ni standard aja bahkan ada yang lebih murah dari pasaran), ambil lah apa-apa saja suplemen yang dirasakan bersesuaian.
Trust me you wont regret it :)...tapi saya bercakap atas experience bersama Shaklee aje lah eh hehe...
Untuk eksekutif baru bekerja yang selalu ada masalah macam saya dulu (simptom-simptom di bawah ni), boleh whatsapp / PM / email untuk sharing dan pertanyaan tentang set Shaklee yang saya ambil untuk mengatasi masalah ini.
  • Mengantuk waktu driving balik kerja
  • Cepat lesu
  • Cepat stress dan mudah marah




0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com