Monday, May 1, 2017

Pengedar Shaklee Bukit Beruntung Respon Pantas!

Salam semua!

Anda cari pengedar Shaklee Bukit Beruntung yang akan respon pada pertanyaan dan masalah anda dengan pantas (dalam masa 1 jam) dan berikan konsultasi terbaik?

Anda boleh hubungi saya :)



Nama saya Putri.

Saya merupakan pengedar Shaklee aktif sejak tahun 2015, dan berpengalaman berikan konsultasi yang berkesan kepada beratus pelanggan saya sejak tahun 2015.

Saya juga kongsikan tips-tips vitamin di channel Youtube saya di sini.

Sekiranya anda perlukan produk Shaklee, tak usah segan-segan untuk terus hubungi saya ya.

InshaAllah saya bantu sebaik yang mungkin :)


Putri Zulaikha Amin
ID : 917819
Whatsapp / SMS : 017-602 1189
FB : Putri Zulaikha Amin

Monday, February 27, 2017

Nak Untung Bisnes Shaklee Sampai Sanggup Menipu Orang?

"Nak eff sv kena 5000uv ye kak?"

Bukan nak cerita berapa banyak UV utk efektif SV dalam Shaklee pun. Yang bisnes Shaklee, tahu lah. Yang tak bisnes Shaklee, konteks yang Put nak share ni bukan pasal UV ke SV ke Eff ke ape.

Put nak kongsikan kisah orang yang nak untung bisnes Shaklee ni tapi tak nak guna jalan yang betul.

Sebaliknya, dok menipu orang sana-sini.

Nak kongsikan sebab ini BUKAN bisnes Shaklee yang sebenar.

Al-kisahnya...

Kisahnya, adik ni nak buat bisnes Shaklee. Mungkin nampak potensi bisnes Shaklee ni sampaikan beliau berhenti kerja untuk fokus bisnes.

Malangnya, dapat upline yang hampeh.

Bukannya nak mengajar tips marketing dan teknik menjual yang berkesan, disuruhnya adik ni pi "beli stok" untuk cepat naik rank.

FYI, income rank terendah dalam Shaklee adalah Rm2500++ sebulan ya.

Yang adik ni pulak lurus bendul, pi laaa beli.

Lepas tu mungkin tak diajar dan dipandu dengan jelas sampaikan adik ni taktau pun berapa minimum requirement untuk maintain "rank" yang dibeli.

Allahu...

Put terkesan.

Tak dapat bayangkan macam mana adik tadi akan kelam kabut nak habiskan stok yang dibeli.
Tak dapat bayangkan macam mana hidup adik tu yang dah berhenti kerja dan nak gunakan Shaklee untuk jana income.

Sungguh, walaupun seadil mana pun sistem, ia tetap akan subject to manipulation.
Macam kisah upline suruh beli stok gini.

Dah macam MLM haram jadah plak dok?

Shaklee yang Sebenar Adalah Telus

Ketahuilah adik2 yang kak Put sayang;

Shaklee tak wajibkan anda beli stok. Malah masa di Business Leaders National Conference tempoh hari, mgmt Shaklee siap tekankan supaya kita "buy only what you can sell"

Bukan beli stok berlambak2 semata2 nak naik rank...dan lepas tu?

Modal permulaan Shaklee hanya rm80.

Tiada kewajipan untuk beli stok. Jika tak mahu simpan stok kecil2, anda cuma perlu promote sahaja dan bila orang order, cuma order sahaja di website, syarikat yang pos kan.

Sangat tiada maknanya untuk "beli stok" semata nak naik rank sebab rank yang dicapai macam ni, tak kekal.

Dan paling penting. 

...ini paling penting tau.

Pilih "ahli keluarga" Shaklee adik2 dengan sebaiknya. 

Kalau nampak bakal keluarga jenis2 suruh kumpul stok etc, cabut lari cepat cepat, dan cari keluarga lain.

Jangan tertipu dengan orang yang dok kerja nak manipulate sistem je nak cepat kaya sbb Shaklee bukan skim cepat kaya!

Nak Cuba Berbisnes Shaklee dengan Put?




Nama saya Putri.

Saya sangat menentang keras konsep bisnes yang menganiaya orang lain.

Bagi saya, rezeki melalui bisnes perlulah halal dan paling penting, di dapati dengan cara yang betul dan berkat.

Nak jadi darah daging kut....

Dan paling penting, saya bukan jenis upline suruh beli stok ya. 

Saya jenis upline yang akan ajar dan suruh anda buat sharing bersungguh2 sampai awak dapat kastemer lagi dan lagi dan lagi...

...dan akhirnya, naik rank.

:)

Wassap saya kalau anda berminat nak cuba ya!











Thursday, February 16, 2017

Pencuci Muka Yang Tak Keringkan Kulit

Ramai tak sini yang tercari-cari pencuci muka yang tak keringkan kulit?

Apa yang korang tengok kalau nak cari pencuci muka ya?

Brand?
Bahan?
Testimoni?
Ramai orang guna?

Hari ni Put nak kongsikan satu pencuci muka yang diperbuat dari berbelas bahan semulajadi yang elok untuk kulit.

Ni ha dia - rangkaian Nutriwhite dari Shaklee.

Selain daripada Put sendiri merupakan pengguna tegar Nutriwhite Shaklee ni, Nutriwhite juga adalah skincare kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Nutriwhite dah bantu ramai wanita untuk dapatkan kulit idaman yang cerah, glowing, bebas parut, berseri, gebu dan bebas jeragat SECARA SEMULAJADI.

Lebih menarik lagi, semua ni dapat dicapai tanpa menggunakan bahan kimia langsung!

Antara items yang ada dalam rangkaian Nutriwhite ni adalah;

NW Deep Cleanser--> membersihkan kulit dengan sempurna daripada segala kotoran dan minyak yang berlebihan.. Ada ekstrak strawberi begonia yang juga bertindak untuk mencerahkan kulit secara semuljadi..

NW Makeup Remover--> Membersihkan sisa mekap, habuk serta minyak dan membersihkan sehingga jauh ke dalam. Tahu tak kalau kita tak mekap pun perlu guna ni supaya kotoran dan habuk dari udara dan persekitaran kita tak tertinggal dan menyumbat pori?

NW Soothing Radiance Softener--> bertindak seperti toner untuk membantu memastikan kulit wajah bebas kotoran serta membantu merapatkan pori2.. Juga membantu mencerahkan kulit secara semuljadi dan menjadikan kulit berseri dari dalam

NW ultimate whitening lotion--> bertindak seperti losyen siang yang membantu melindungi kulit wajah daripada sinar uv berlebihan.. Melembapkan, Mencerahkan kulit dan membantu kulit kelihatan SIHAT dan GLOWING

NW defence whitening essence--> bertindak memberi perlindungan pada kulit dan tinggi dengan kandungan vitamin c untuk membantu mencerahkan lagi kulit. Yang ini adalah umpama serum yang akan melembapkan kulit dari dermis, iaitu bahagian kulit paling dalam. Jika digunakan berterusan, akan buatkan tona kulit semakin cerah dan sekata. Ada masalah sunburn? Cuba ini.

NW overnight renewal whitening cream--> krim malam terbaik! Bertindak memperbaiki sel kulit semasa anda tidur.. Bangun pagi dengan kulit yang lebih fresh, berseri dan cerah semulajadi

NW spot whitening treatment--> memudarkan PARUT dan JERAGAT di wajah.. Membantu mensekatakan warna kulit..

Satu testimoni dari yang guna Nutriwhite ni cakap muka makin licin, dan blackhead and whitehead yang degil dan susab nak hilang tu POOF! Licinnnnn

Bayangkan kalau kita selalu nampak blackheads tu bertandang, dah buat macam2 tapi masih juga tak hilang2?

Pencuci muka Nutriwhite ni sifatnya DEEP CLEANSING.

Maksudnya, bila cuci, pori muka akan dibuka dengan menyeluruh untuk kesan cucian yang lebih bersih.

Tu la kot sebab kenapa boleh tanggal habis segala warna heads tu... hihi

Yang ini pulak testimoni yang katakan pencuci muka tak sebabkan kulit rasa tegang, dan krim yang sangat tak melekit.

Bila kita cuci muka, sebenarnya kelembapan semulajadi (natural moisture) kulit akan dibuang. Kadar hakisan kelembapan ni bergantung pada berapa lembut pencuci muka kita bertindak.

Ada yang bertindak dengan sangat "keras", habis semua moisture dia rentap. Akibatnya, muka rasa sangat kering dan tegang lepas cuci.

Tapi bukan Nutriwhite.

Sama macam cik ni, ramai yang beri feedback pencuci muka nutriwhite buatkan muka rasa lembut dan lembap walaupun baru lepas cuci.

Apatah lagi lepas tepek moisturiser dia.

Mesti jadi asyik nak pegang pipi je.

Put nak kongsi jugak pengalaman sendiri guna moisturiser Nutriwhite.

Memang sangat TAK MELEKIT.

Sebelum ni Put sangat malas nak bermoisturiser bagai sebab produk sblm ni Put cuba, dia melekit sangat. Muka jadi mudah berpeluh.

Tapi lepas cuba NW, memang dah jadi sangat rajin pulak tepek moisturiser. Hehe.

Dan tahu tak muka yang kering atau tak dilembabkan dengan baik, akan mudah berkedut nanti?

Ihhh taknak lah kan! Jom jaga kulit dari sekarang!

Bayangkan setiap hari kita cuci muka dengan bahan bahan semulajadi macam ni?

Muka pun sayang kita tau hehehehe

Apa lagi, jom contact Put sekarang untuk Put bantu berikan nasihat produk skincare mana yang puan perlu cuba DAHULU untuk kulit puan.

Konsultasi terbaik, inshaAllah :)

SIAPA SAYA?

Nama saya Putri.

Saya adalah antara orang yang malas mekap (hehe) dan malas nak gunakan produk kecantikan yang macam macam untuk kulit saya.

Saya lebih utamakan amalan supplemen untuk jaga kulit dari dalam, dan juga sekarang adalah pengguna tegar produk skincare Nutriwhite dari Shaklee.

Bagi saya, rangkaian NW ni dah cukup lengkap dari pencuci kepada pelembao kepada perlindungan UV untuk kulit kita.

Ya, tak mekap tak bermaksud kita tak boleh ada kulit yang cantik.

Saya akan berikan khidmat nasihat dan panduan pemilihan produk skincare dan juga supplemen untuk penjagaan dalaman yang sesuai dengan keadaan kulit anda.

Menjadi impian saya untuk lihat lebih ramai rakyat Malaysia punyai kulit yang sihat dan cantik dengan produk yang selamat.

Kalau anda masih tercari-cari skincare, mungkin takdir tentukan anda untuk jumpa dengan saya?:)

Wassap lah ya!

Salam sayang,
Putri
SID 917819
No Contact : 017.602.1189

Monday, February 13, 2017

Bungee Jumping : Jump or Get Help to Jump

Minggu lepas kawan ofis Put baru balik bercuti.

Dia share dia buat bungee jumping.



Gilos scary untuk golongan mokcik2 macam ai ni hehehee so thanks but no thanks, no bungee jumping ever for the sake of my jantung, please.

Apa yang Put nak share hari ni was what my friend shared.

Kitorang tanya dia "ko ambik masa berapa lama kat atas tu sebelum terjun? Dia like "whenever you're ready ke?""

Kawan Put gelak terbahak.

Dia jawab "gila takde masa nak lama-lama. Takde maknenye "whenever you're ready" bagai. Queue panjang sangat, kalau ko je ambik masa 1 jam nak fikir nak lompat ke tak, orang belakang maki je lah. Tukang jaga tu tunjuk2 kat mana kamera pastu dia cakap okay 3,2,1 lompat"

hahahahaha

Kitorang tanya lagi "so ko lompat ke tak?"

"Lompatlah! Rugi lah kalau tak lompat" he said casually.

Kitorang masih tak puas hati.

Habis kalau orang takut nak lompat macam mana? Kan ada kan sampai at the edge and tiba-tiba rasa seram macam kaki beku gitu. Takkan dia suruh turun bawah bridge tu and queue semula untuk ambik semangat?

"Kalau ko tak lompat, dia tolak ko supaya ko jatuh" tambah kawan Put tu

Hahahahahhaha tergolek-golek tekan perut kitorang gelak, sampai keluar air mata punya lucu hehe

Ye lawak kot.

Masa dengar tu, kitorang gelak sakan bayangkan dah lah kita tengah cuak2 kat situ, pastu kena tolak gitu je.

Tak macho seyh captured on camera.

But later I thought, hey it does not matter actually whether you jumped, or somebody pushed you so that you jumped.

The fact is ---> HE JUMPED, when not many do.

That is an achievement kot sebenarnya rather than an embarrassment (walaupun yeah, still lawak kalau bayangkan hehe)

And that is life, and everything that you want to achieve but put on hold, just 'cause you're scared or not ready.

Cuba tutup mata and imagine these;

- that piano classes that you did not take because you're too old to play
- that business venture that you did not start because the fear of loss is just too intimidating
- that surah that you did not memorize, because you think you're not 'pure' enough
- that book that you did not read, because you think you didn't have time
- that travel that was always planned but never executed, because you're scared you might need the money for something else
- that one prospect that you did not approach because you're afraid of what he may think

And so much more benda yang tak jadi in your life, because of fear?

Sedih kan?

Kalau boleh overcome and make that 'jump" yourself, please do. Jump. Make that leap.

But please also know that if you cannot jump yourself,

IT.IS.OKAY.TO.GET.HELP

Put nak share sikit masa Put awal-awal decide untuk buat bisnes Shaklee.

Tak rajin pun nak promo, tak rajin pun nak tulis blog, semua pun tak rajin. Rasa macam tak cukup nya masa aku nak buat semua ni?

Tapi ada hati nak bonus besar, hehehe

So what I did was - get help.

Cari mentor.

I know I cannot summon the strength to do it alone, so Put pilih mentor untuk tunjukkan jalan pada Put to build a business.

Macam mana nak curi masa.
Macam mana nak beli masa.
Macam mana nak tulis dari jiwa.

Sepanjang Put berbisnes, Put rasa mentor banyak bantu bukakkan minda, bersihkan mindset Put from "I cant" to "I can".

Imagine kalau Put cuma bayangkan saja nak berbisnes, bayangkan nak income banyak supaya boleh travel, but did not do anything about it because I was scared to lose, to fail, to memalukan diri sendiri.

Melahu je la kat situ huhuu

So hari ni Put terpanggil nak kongsikan cerita bungee jumping kawan Put tu and the ibrah behind it.

If you can't do it yourself, get help.

Tak reti mengaji, pergi belajar or bayar ustaz to come to your house and learn.
Nak bisnes tapi tak pandai? Find a mentor, go to classes
Nak fully bf sebenarnya tapi dah start campur because supply tak cukup? Get an appointment with a lactation counselor - many have succeeded to fully bf with the right info, techniques and nutrition.

Get help. Get help to succeed.



It is perfectly okay and sapa yang kutuk tu, most probably dia tak pernah buat pun apa yang kita nak buat tu so let them laugh, and let us move a step closer towards what we want to achieve because we're brave enough to reach out for help.

Put doakan semua yang baca tulisan Put ni diberikan keberanian to make that "jump" and pursue your dreams, and if you don't have the courage to make that 'jump' yourself;

you be given the courage to get help to jump.

Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan keberanian untuk terus maju.

Salam sayang,
Put




Saturday, February 11, 2017

Percutian Pendek di Thistle Port Dickson (Part 1)




Selamat pagi semua!

Hari ni nak pergi staycation dengan anak-anak dan suami guna bonus Shaklee, hasil usaha keras bulan lepas.

Salah satu niat Put berbisnes Shaklee ni is supaya dapat bawak family (dan diri sendiri, oppsss) jalan-jalan tanpa risau nak kene curik duit dapur lah, duit pampers lah...

So pagi tadi dah book hotel dan zasssss we're on our way now!

Kawasan staycation yang Put pilih kali ni adalah PD.

Sebabnya nak bawak si Ali tu pijak-pijak pasir, almaklum lah hari biasa kerjanya dpk di taska pijak lantai je... nak kasi sel otak berkembang pulak pijak tekstur pasir.

Iman pulak, rasanya pernah dua kali je jejal pantai, sampaikan tadi bila Put beritahu kita akan ke pantai, dia macam terpinga pastu tanya "pantai tu apa?"

lols ni ha umi nak bawak la nihhhhh

Put pilih Thistle sebab dari survey;

pool besar and ada slides
ada private beach
ada lego room and play room (untuk bebudak)
breakfast sedap!

Nasib baik ade duit bonus Shaklee... book last minute pun layannn hehehe


Dalam perjalanan, sempat singgah penuhi jemputan kenduri kahwin kawan sekerja suami di Banting.

Mulanya macam malas nya nak pergi tapi nasib baikkkkkkkkk pergi sebab makanannya sodap gilos!

Ada sup daging weh. Kenduri mana sekarang ada sup kambing????

Ada cendol. Put kasi can suami makan dulu pastu suami pegang anak, ai melantakkk puas2 heehe...

Iman pun enjoy makan nasik habis, siap melantak ais krim dua kon..

Ni ha rupa budak comot yang makan eskrem tu...

Sebab makan nasik habis, boleh lahh umi upah.. hihi

Masih lagi dalam perjalanan, jumpa pulak nangka madu yang lazatt nih!

Sebekas polisterin tu dia jual rm5. Kami beli sebekas saja.

Iman dah merengek2 nak makan tapi yang ni umi tak beri, nanti melekit dalam kereta pulak. Tunggu sampai hotel nanti.

Oh sebab kami lalu jalan dalam, jumpa jugak orang jual buah naga tepi jalan. Meleleh air liur sebab suami bawak laju sangat, tak sempat nak suruh stop..

Maybe dia sengaja kot sabotaj

Jam 2:20petang macam tu kami sampai di Thistle PD.

Ramai juga orang tengah tunggu nak check in. Sambil tunggu tu, menjakun kan diri tengok pemandangan yang subhanallah, cantik yang amatttttt

Ada kolam luas, dan jauu sikit nampak pantai!

Pantaiiiiii tunggu aiiiii

Pengurusan untuk check in boleh tahan bagus.

Sebab ramai orang, ada seorang staff hotel yang tukang beri nombor, dan bila sampai turn kita, dia akan panggil.

Ni nombor kami, nombor 21.

Sebelah tu budak yang dah bosan menunggu.

Walaupun ada nombor, Put rasa pergerakan check in boleh laju sikit kalau ada lebih banyak kaunter yang dibuka.

Ini dia buka dua saja.

Mungkin nak berkejar dengan housekeeping sekali agaknya. Kang laju sangat check in, bilik tak ready pulak?

Ni masih lagi menunggu...

Konon konon nak baca paper dengan bebudak dua ni, tak dapek lah bang.

Yang sulung asyik nak tolong belek, yang bongsu menggelepar nak turun atas lantai....

Mula2 rajin nak pegang sebab lantai ni bukan bersih pun ek..

Tapi...

Dah ganas sangat, nah ko duduk je la atas lantai tu nak..u

Nanti kita mandi...

Kami dapat bilik jam 3:00pm.

Sekarang ni baru masuk bilik. bebudak dan suami tengah ngoroks.

Tilam empuk sangat dan nak charge tenaga untuk kecebur sat lagi....

Umi?

Umi tulis blog :)

Nanti sambung part 2 pulak lah yaaa

Blog Archive

Copyright © putrizulaikha.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com